Monday, December 7, 2009

Bumi Sendiri

Bumi Sendiri
A.Samad Said



Balada Hilang Peta -1990



Kita perlu turun
Dari menara
Melepas capal
Berjalan kaki
Merasakan keresahan
Nafas bumi

Kita sekarang sedang
Didesak ditengah
Dendam gelegak
Sedang disiku
Dari selurh penjuru
Sedang dihina
Kerana terlalu lama
Sengaja mengalah



Kita sedang genting
Dan sedang gering
Kita perlu marah
Sejujur hati,
Untuk bermamah
Dibumi sendiri

Kali ini
Jika kita bernyanyi
Biarlah lagu yang
Paling hakiki
Jika kita bersuara
Biarlah jujur rasa
Biarlah ketika didengar anak cucu
Mereka akan bangga
Datuk neneknya
Lelaki tang berani

Mereka akan merasa
Bermaruah ditengah
Buminya sendiri
Kita perlu bangun
Sekali ini
Bangun pertahan
Yang hakiki

Sajak yang penuh dengan makna, tetang hak anak bumi. Sajak yang penuh dengan makna ini perlu disebarkan kepada seluruh bangsa Melayu. Jangan dibiarkan hak kita digadai kerana kita tidak mengetahui.

Friday, October 30, 2009

Ulasan Buku : Khalifah Umar Al-Khatab


Assalamualaikum, kepada semua pengunjung blog fikirfakta yang selalu diingati. Hari ini kita berkongsi berkenaan dengan apa yang kita baca seharian untuk meningkatkan ilmu yang kita ada. Saya tahu, kalian juga ada membaca buku. Buku jenis apa yang kalian baca, wallahu’alam. Tetapi, buku yang ilmiah akan mendatangkan manfaat kapada kalian didunia mahupun diakhirat.


Hari ini, izinkan penulis berkongsi pengalaman atas pembacaan penulis sekarang. Penulis sedang membaca sebuah buku yang bertajuk “Khalifah Umar Al-Khatab – Reformis Dunia Islam” tulisan Abdul Latip Talib. Umum mengetahui, siapakah sebenarnya Khalifah Umar Al-Khatab ini, bukan? Sebab mustahil seorang manusia yang berilmu tidak mengetahui 4 Khalifah yang juga sebagai sahabat Rasullah S.A.W.


Tidak dinafikan, bahawa Umar Alkhatab adalah seorang dari kaum Bani Adi. Beliau juga telah dilatih oleh ayahanda beliau (al-Khattab bin Naufal al-Mahzumi) semasa kecil untuk menjadi seorang yang berjiwa kental, keras kepala, pantang dicabar dan bersikap berani. Beliau pernah memenangi, kejohanan gusti yang selama ini bukan dimenangi oleh Kaum Bani Adi. Dan menjadikan beliau dan kaum Bani Adi ini dijulang namanya dalam kelumpur Quraisy. Beliau pernah tanam anak beliau secara hidup-hidup, jikalau anda baca buku ini, betapa sedihnya kisah beliau tanam anak beliau. kerana, sikap manja anak Umar Al-Khattab ini sebelum ditanam kepada Umar membuatkan beliau terasa menyesal sehingga beliau masuk Islam.


Rasullah s.a.w pernah mendoa agar salah seorang antara Abu Jahal atau Umar al-khatab untuk memuluk agama Islam. Ternyata, sikap keras kepala dan sombong bongkak Umar ini, lebur setelah beliau cuba hendak menentang Rasullah s.a.w dan akhirnya membuatkan beliau memeluk agama Islam.


Sewaktu hidup Rasullah S.A.W, khalifah Umar Alkhatab ini bertindak sebagai penjaga keselamatan dan juga sahabat Rasullah s.a.w. Rasullah S.A.W selalu berbincang antara sahabat, termasuk khalifah Umar Alkhatab dalam mendapatkan keputusan. Adakalanya, pendapat Umar Alkhatab diterima Rasullah s.a.w dan adakalanya Rasullah s.a.w tidak menerima pendapat Umar. Ternyata, walaupun pendapat Umar tidak diterima Rasullah S.A.W beliau langsung tidak bersikap kecil hati, tetapi tetap bersama Rasullah S.A.W
Selepas kematian Rasullah s.a.w beliau terus bersama dengan Kepimpinan Khalifah yang pertama iaitu Khalifah Abu Bakar As-Sidiq. Beliau bersikap terbuka dengan Khalifah Abu Bakar As-Sidiq, apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Khalifah Abu Bakar As-Sidiq, Khalifah Umar Al-Khatab ini menerima dengan hati yang terbuka. Walaupun, adakalanya beliau menentang keputusan Khalifah Abu Bakar ini, tetapi akhirnya beliau dapat menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.


Semasa beliau mengambil alih tugas sebagai seorang Khalifah daripada kepimpinan Khalifah Abu Bakar As-Sidiq, beliau telah memrangi Raja Parsi yang kuat menentang Islam. Pejuang Islam, yang berperang sewaktu itu menang dalam peperangan. Beliau sendiri selalu mengingatkan kepada panglima perang beliau supaya, berfikir dan berbincang sebelum membuat keputusan. Bersikap baik dengan orang yang tidak menentang Islam, tidak mendatangkan keburukan dan kekacauan kepada orang yang tidak menentang Islam.
Dan akhir sekali, sewaktu beliau wafat, beliau tidak menyerahkan kempimpinan Khalifah kepada anak beliau, walaupun ada beberapa sahabat beliau yang merestuinya. Tetapi, beliau serahkan kepada 10 orang sahabat untuk memutuskan sendiri, siapakah antara mereka yang layak untuk menjadi penganti beliau. Beliau meninggal dalam keadaan serba kekurangan, tidak meninggalkan harta kepada anak-anaknya walaupun beliau merupakan seorang khalifah.


Pembaca sekalian, dalam kesebukan kita mengajar nikmat dunia, luangkanlah sedikit masa anda untuk mempelajari kisah sejarah Rasullah s.a.w, khalifah dan pejuang-pejuang Islam dahulu. Ternyata, sifat kepimpinan beliau dan cara hidup beliau perlu dicontohi oleh kita. Kita lihat bagaimana sewaktu dahulu, zaman kegemilangan Islam, Islam dipandang mulia oleh mereka yang bukan menganut agama Islam. Dari situ, kemudiannya lahirnya Ilmuan Islam yang tersohor seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Al-Ghazali, Ibnu Khaldun. Tetapi, apa yang terjadi kepada umat Islam sekarang ini, selalu berlaku perpecahan, permusuhan, masalah kepimpinan, dan bermacam-macam lagi. Membuatkan Islam itu sendiri dipandang rendah, dipermainkan dan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain. Seharian kita mendengar masalah kepada penduduk Islam. Dan kita perlu mengangkat semula kegemilangan Islam ini dengan mencontohi kepimpinan mereka.

Wednesday, October 28, 2009

Doa Agar Mudah Mengingat Pelajaran


Ya Allah, kasihanilah aku dengan (mengurniakan kepadaku kemampuan) meninggalkan maksiat selagi aku hidup, dan kasihanilah aku dari memberatkan diriku dengan perkara-perkara yang tidak penting bagiku, dan kurniakanlah kepadaku anugerah melihat perkara yang Engkau suka. Ya Allah, Yang menciptakan langit dan bumi, Yang Memiliki keagungan, kemuliaan dan kekuasaan yang tidak pernah luput, aku memohon kepada-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah dengan kekuasaan-Mu dan cahaya-Mu agar menjadikan aku mampu menghafaz kitab-Mu sebagaimana yang engkau ajarkan. Dan kurniakanlah kepadaku (kesempatan) untuk membacanya sebagaimana yang engkau kehendaki. Ya Allah, Yang Maha maneciptakan langit dan bumi, Yang Memiliki keaguangan, kemuliaan dan kekuasaan yang tidak pernag luput, aku memohon kepadamu- Yallah, Yang Maha Pemurah dengan kekuasaan-Mu adar menjadikan penglihatanku terang dengan kitab-Mu, agar dilepaskan hatiku (dari belenggunya) dengan kitab-Mu itu, dan dilapangkan dengannya dadaku, dan dibersihkan dengan tubuhku, sesungguhnya tiada siapa yang sebenarnya dapat memberikan pertolongannnya selain-Mu, dan mendatangkannya melainkan engkau. Dan tiada daya upaya melainkan degan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Tuesday, October 20, 2009

Belajar pengalaman politik Nepal


Di mana-mana pun di Nepal, rakyatnya mengenali Malaysia. Ada penduduk Nepal yang berseloroh dengan penulis dengan berkata, Malaysia Truly Asia, I Love Malaysia, atau, ''anda boleh bayar dengan Ringgit Malaysia (RM)," kata seorang penjaja wanita ketika menghulurkan seutas rantai tembaga bertakhta batu Gurkha berharga RM10 selepas tawar-menawar di tangga mendaki kuil di Patan.

Bagi warga Nepal yang telah bertahun-tahun bekerja di Malaysia, maka segala ceruk lorong di Kuala Lumpur, Jalan Tuanku Abdul Rahman sehingga ke Jalan Bukit Bintang dan Jalan Petaling, diberikan gambaran seolah-olah Wall Street, Oxford Street atau China Town Amerika Syarikat (AS) - dunia mewah dan peleseran bagi yang kaya dan terkenal.

Perkataan seperti Touch and Go (TnG) serta Smart Tag, lebuh raya enam lorong - malah rutin membayar tol - juga meniti bibir penduduk di sana, dan semahu-mahunya mereka mahu gaya hidup harian 'hebat' di Malaysia itu dibawa ke sana.

Itulah yang diceritakan oleh para pekerja dari Nepal kepada anak-anak mereka tentang legasi Malaysia setelah dua atau tiga tahun bekerja di Malaysia.

''Malangnya di sini belum ada kesungguhan politik dan kemampuan kewangan, lihatlah sahaja keadaan jalan raya dan sistem (kehidupan) yang ada di Nepal," kata penduduk kelas pertengahan di Nepal, Karisha Kunwar kepada penulis yang berada di negara itu baru-barui ini.

Nama tempat seperti Sunway Lagoon, kondominium di Pandan Mewah dan beberapa tempat lain juga meniti bibir beliau, yang mendakwa telah beberapa kali datang ke Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Ketika tiba di Kathmandu, penulis disambut oleh kekotoran, longgokan sampah sarap, najis (haiwan dan manusia), ludah, kahak ada di merata-rata tempat. Lebih dahsyat senario itu ketika tiba musim panas - ditokok tambah dengan debu jalanan yang berterbangan. Bunyi hon motosikal dan kereta cukup memekakkan telinga.

Pengalaman yang sama turut dilalui oleh 32 pelajar Jurusan Jurubina, Bangunan dan Rekabentuk Kolej Taylors serta tiga pensyarah yang memilih Nepal sebagai destinasi untuk Minggu Aktiviti 2009: Lembah Kathmandu, Nepal, yang bertema Perjalanan Pemuliharaan Warisan. Sekurang-kurangnya mereka bersyukur kerana dilahirkan dan membesar di Malaysia.

Perjalanan daripada Kathmandu ke Pokhara yang sejauh 200 kilometer mengambil masa lapan jam kerana keadaan jalan rayanya yang daif, sedangkan jarak yang sama - Ipoh ke Kuala Lumpur hanya dua jam melalui lebuh raya - dengan jarak yang sama.

Mungkin keindahan gunung-ganang, kemuncak berlitup salji, ribuan kuil Hindu dan Buddha, sayup-sayup mantera sami Buddha serta sejuk dan segar udara di negara dalam dakapan Himalaya itu belum cukup untuk memberi ilham kepada rakyatnya untuk menentukan masa depan politik yang lebih terjamin, apatah lagi impian menikmati kehidupan yang lebih selesa seperti Malaysia.

Bagi rakyat jelata seperti seorang usahawan pelancongan, Krishna Kunwar - serta rakannya seperti Pradip Lama, seorang kakitangan awam dan penganggur, Amir Khan - mereka mahu raja berhati rakyat seperti ketika Nepal di bawah Dinasti Rana terus memegang tampuk pemerintahan setelah melihat beberapa persengketaan pendapat antara pakatan tiga parti yang nampaknya tidak berkesudahan selepas pilihan raya Dewan Perwakilan Nepal pada April tahun lalu.

Di Nepal, gabungan tiga parti minoriti yang memerintah iaitu The Unified CPN (Maoist), Parti Kongres Nepal (NC) dan Parti Komunis Leninist-Marxisme Bersatu (UML) kini masih kabur tentang setakat mana mereka boleh bekerjasama kerana perbezaan ideologi, serta keinginan untuk menegakkan ideologi baru, sementara sebahagian lagi mahu mengekalkan pengaruh dan kuasa yang sedia ada.

Sejak Raja Gyanendra menjadi pemerintah Nepal pada 2001 selepas kematian abangnya, Raja Birendra, negara di pergunungan Himalaya itu tidak pernah sunyi daripada pergolakan.

Mendiang Raja Birendra mati dalam satu pembunuhan di istana diraja oleh anak beliau yang juga Putera Mahkota Nepal. Putera berkenaan telah membunuh seluruh ahli keluarganya dan menembak dirinya sendiri selepas itu.

Malangnya, Raja Gyanendra yang digulingkan rakyat tidak popular, apatah lagi selepas tragedi berdarah di istana yang menyaksikan pembunuhan keluarga diraja sebelum Gyanendra, satu plot yang masih menjadi misteri - walau pun kenyataan istana mengaitkannya dengan masalah keluarga dan halangan percintaan oleh raja dan bonda.

Dalam pilihan raya November tahun lepas, mereka telah memilih untuk menghapuskan terus sistem beraja - termasuk melenyapkan wajah raja pada muka siling 10 rupee.

Tiga parti terbesar yang membentuk pakatan perlu bersepakat dalam tiga isu utama iaitu kuasa rakyat, bidang kuasa presiden serta perdana menteri dan kawalan kerajaan ke atas tentera Nepal.

Pada dasarnya mereka telah mencapai kesepakatan supaya kuasa eksekutif diletakkan di bahu Perdana Menteri, sementara presiden terus menjadi ketua perlembagaan negara.

Sejak peristiwa tersebut, rakyat terus hilang kepercayaan terhadap Raja Gyanendra yang turut dikaitkan dengan tragedi berdarah itu.

Pelantikan Girija Prasad Koirala pada usia 84 tahun sebagai Perdana Menteri Nepal dipersetujui oleh tujuh parti politik utama di negara berkenaan.

Koirala kini berhempas pulas untuk meneutralkan tekanan khususnya daripada Moist yang ternyata mendapat tempat di hati rakyat miskin dan luar bandar di Nepal.

Rakyat mulai terasa mereka telah membuat pilihan yang salah kerana beberapa dasar serta slogan yang ditentukan oleh Moist - parti yang mendapat undi terbesar dalam pilihan raya umum pada November lepas - tidak langsung tergambar dalam tindak-tanduk pemimpinnya sekarang, atau tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapat persetujuan dua parti lagi yang menjadi pakatan pemerintah.

Hal itu boleh difahami oleh Krishna Kunwar kerana penduduk di pedalaman Nepal tidak berpendidikan, tidak tahu-menahu tentang perlembagaan dan proses politik serta hidup dalam tekanan dan kemiskinan.

Pendidikan tidak diwajibkan di Nepal. Ibu tidak mahu menghantar anak ke sekolah kerana dianggap membazir waktu. Lebih baik ke sawah atau bekerja sebagai buruh. Maoist - yang dipimpin oleh seorang bekas guru - mengambil kesempatan daripada pemikiran seperti ini.

Setelah berkuasa, Maoist mahu pemerintahan tentera diganti oleh ketua baru. ''Mustahil untuk memenuhi tuntutan itu kerana Presidenlah yang berkuasa ke atas pelantikan dan pelucutan jawatan ketua tentera," kata Krishma Kunwar.

Kini, pejuang Komunis Maoist secara perlahan-lahan diserap sebagai tentera Nepal di bawah pengawasan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu. Bagaimana mereka boleh terus berkiblat kepada fahaman komunis sedangkan tentera Nepal seharusnya melindungi kepentingan rakyat?

Seorang kakitangan awam, Pradip Kumar mahukan kehidupan yang lebih baik untuk meneruskan kesinambungan hidup sehariannya.

Kehidupan seharian di Nepal agak sukar, dan bertambah parah dengan suasana kias dan pulas politik yang tidak stabil yang telah berlarutan sejak pilihan raya pada November.

Katanya, gaji kakitangan awam berstatus eksekutif sepertinya cukup rendah, sekitar RM600 sahaja. Purata gaji di Nepal ialah RM300 sahaja - termasuk gaji guru.

Sejarah, politik dan pembangunan sosial yang panjang di Nepal merupakan perkara yang boleh di pelajari. Generasi muda di Malaysia boleh mempelajari apa sahaja yang berlaku di Nepal - khususnya jika mahu meramalkan apa yang akan berlaku di negara ini.

''Kini Nepal seperti negara tidak berkerajaan (no one land)," tambah Krishna Kunwar, ketika ditanya tentang kehidupan harian penduduk Nepal, pasca pemerintahan beraja hampir 100 tahun di negara itu.

Jauh di sudut hati kecilnya, masih rindu kepada raja yang berjiwa rakyat. ''Semuanya tidak jelas - kuasa eksekutif, legislatif dan politik tidak dapat membuat keputusan terhadap kepentingan dan isu keselamatan rakyat.

''Kuasa Presiden sering dicabar oleh Perdana Menteri - khususnya dalam aspek pemilihan dan pelantikan kuasa ketua tentera," kata Krishna Kunwar.

Isu Nepal bukan sekadar penghijrahan rakyatnya yang menjadi pengawal keselamatan di negara kita. Kita perlu belajar dalam memilih parti politik mana yang layak menubuhkan kerajaan.

Sunday, October 18, 2009

UiTM, membentuk Melayu Profesional, hasil usaha BN

Bismillahhirahanirrahim,

Alangkah indahnya hidup di tanah melayu, walaupun namanya ditukarkan kepada Malaysia, setelah menerima kerakyatan dari kaum-kaum lain. Yang membuatkan Malaysia bertambah warna-warni dan aman damai.

Terimakasih kepada KERAJAAN MALAYSIA kerana membina sebuah institusi Melayu yang terungul di dunia iaitu UiTM yang dahulunya dikenali sebagai RIDA (Rural and industrial Development Authority Training Centre) kemudian ditukarkan kepada Maktab MARA, ditukarkan sekali lagi setelah berpindah ke bangunan baru di Shah Alam pada 1967 kepada Institut Teknologi Mara (ITM), dan pada tahun 1999 nama ITM telah ditukarkan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pertukaran nama dari RIDA kepada UiTM adalah kerana semangat yang ada pada kerajaan Barisan Nasional yang bertulang belakang UMNO untuk melahirkan melayu profesional. Atas usaha melahirkan Melayu dan Bumiputera profesional, UiTM juga telah melebarkan sayapnya ke setiap negeri di Malaysia. Setiap negeri ada UiTM. Dengan hasrat, Melayu dan Bumiputera mendapat peluang untuk meneruskan pengajian dan melambakkan jumlah Melayu profesional.

Dengan kadar yuran yang murah sekitar RM440.00 satu semester, pelajar Melayu haruslah merebut peluang belajar di UiTM sebagai medan untuk meningkatkan martabat ilmunya sebagai seorang Melayu Profesional. Kita harus berterima kasih kepada kerajaan kerana sanggup membelanjakan jutaan ringgit setahun bagi melahirkan golongan Melayu professional. Cuma melayu ini adakah mereka berterima kasih atau tidak. Kalau kita lihat sekali imbas, yuran yang murah itu hanya menamppung 10% atau kurang dari kos pengajian seseorang pelajar di UiTM.

Tetapi, ada juga mengatakan bahawa pelajar di UiTM tidak berkualiti, kami menafikan apa yang didakwa oleh masyarakat yang cuba untuk meruntuhkan institusi ini. Mahasiswa/i UiTM belajar berlandaskan English Medium, mempunyai modul untuk meningkatkan profesionalisme dan jati diri Melayu, dan setiap seorang mahasiswa/i berkamiharan dalam bahasa ketiga samada Mandarin, France, Arab dan lain-lain lagi. Rugilah, jikalau sesebuah syarikat tidak mengambil pelajar UiTM sebagai employee mereka.

Prihatinnya BN kepada Melayu ini, amat dihargai. Ada yang hanya melihat kepada keburukan, tetapi mereka lupa betapa banyak sumbangan kerajaan kepada bangsa. Tetapi, harus diingatkan bahawa, kerajaan BN juga tidak lupa kepada nasib kaum lain.

Kami berterima kasih kepada BN kerana mempunyai usaha yang mantap dan jitu untuk membentuk Melayu profesional dalam jumlah yang ramai




Tuesday, September 15, 2009

Syafaat Islam


Bismillahhiramanirrahim

Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya dia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya dia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(
سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #85)

Alhamdulillah, aku bersyukur sehingga hari ni, dan untuk selamanya kerana aku dilahirkan dalam keluarga Islam. Ayah aku merupakan seorang yang beragama Islam, ibuku juga adalah seorang yang beragama Islam. Akan aku pelihara agama Islam ini sehingga akhir hayat aku sebagai seorang Islam.

Hari ni, perjalanan aku pada ramadhan ini adalah satu perjalanan yang telah kuubah jadualnya demi untuk melihat keadaan sekeliling, sebelum habisnya ramadhan.

Dulu, pernah ku katakan bahawa Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan syafaat. Alhamdulillah. Memang, ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Rezeki yang Allah swt turunkan kepada umat Islam melimpah ruah. Dimana-mana sahaja adanya makanan. Ramai umat Islam dinegara ini hidup dalam keadaan yang sederhana dan bahagia.

Untuk pengetahuan semua, sejarah telah membuktikan bahawa kedatangan Islam di Tanah Melayu ini adalah disebabkan oleh kedatangan pedagang-padangang Arab yang berdagang ke wilayah kesultanan Melaka. Sambil berdagang, mereka secara langsung membawa satu sikap positif dalam diri yang menyebabkan orang lain disekitarnya termasuk Sultan Melaka pada waktu itu tertarik dengan sikap dan kelakuan mereka.

Kini, masyarakat yang bukan Islam tidak memandang Islam dari segi kelakuan sebagai aset utama untuk tarikan Islam. Tetapi, kerana kukuhnya amalan Islam ini melalui aspek Sains atas apa yang dilakukan oleh masyarkat Islam itu sendiri. Keadaan disini berlaku kerana kebanyakan sikap negative masyarkat yang menganut agama Islam di Malaysia tertonjol dengan banyaknya. Seperti gejala mat rempit, dadah, sumbang mahram dan kecurian.

Keadaan ini berlaku kerana masyarakat Islam di Tanah Melayu ini gagal menonjolkan sikap positivenya untuk tarikan masyarkat bukan Islam. Saya yakin dan percaya, jika masyarakat Islam di Tanah Melayu ini berkelakuan sama seperti perdangang arab yang datang sewaktu hendak berdangang di Melaka dahulu, sudah tentu syafaat Islam itu mudah tersebar dan bertambahlah penganut Islam itu sendiri.

Sebagai bukti apa yang saya maksudkan bahawa, amalan Islam diterima oleh masyarakat bukan Islam kerana Sains adalah amalan berpuasa di bulan Ramadhan. Pada awal ramadhan, di salah sebuah corong radio ada menceritakan seorang lelaki yang beragama budha juga berpuasa di bulan ramadhan. Dan dia juga yakin perbutan berpuasa itu akan membuatkan dia akan bertambah sihat mengikut aspek Sains. Hari ni saya melihat di setiap gerai, ada makanan di letakan di atas meja jurujual bukan Islam, seperti meraka juga berbuka puasa dan didalam lif ada sekumpulan lelaki kaum cina seperti terkejar-kejar untuk berbuka puasa.

Semuanya adalah disebabkan faktor sains dan juga keadaan sekeliling.

Bagaimana dengan kewajipan Islam yang lain, seperti solat. Adakah mereka kurang tertarik dengan kewajipan solat itu sendiri keatas umat Islam? ataupun umat Islam rata-rata mengabaikan kewajipan solat ini secara terang-terangan kepada orang bukan Islam, menyebabkan mereka kurang tertarik dengan amalan solat itu sendiri.

Atas pandangan saya sendiri. Orang bukan Islam tidak tertarik dengan solat adalah kerana rata-rata dikalangan sahabat kita yang mengaabaikan kewajipan solat itu sendiri.

Justeru, bagaimana kita hendak menarik minat orang yang bukan Islam itu untuk menganut agama Islam. Sedangkan kita tahu bahawa ganjaran pahala yang diberikan kepada mereka yang berjaya menarik minat orang yang bukan Islam kepada agama Islam itu sendiri adalah besar disisi Allah swt.

Ini adalah kerana sikap umat Islam itu sendiri keatas agamanya yang diabaikan sehingga memalukan agamanya sendiri.

Saya yakin dan percaya syafaat Islam, tidak akan tersebar dengan meluasnya, jika kita sebagai penganut Islam mengabaikan ajaran Islam itu sendiri. Bermusuhan sesama Islam, berkekuan tidak sopan dihadapan dan dibelakang mereka yang bukan Islam. Islam sudah terbukti secara saintifiknya merupakan agama yang sempurna di muka bumi ini. Tetapi, kelakuan kita yang tidak sempurna ini menyebabkan syafaat Islam itu sendiri tidak mudah tersebar ke atas orang yang bukan beragama Islam.

Sunday, September 13, 2009

Jangan Harap Negara nie Melayu yang punya!

Dah.... usah berangan untuk kau duduk dinegara yang diangankan milik orang Melayu ini. Nama persekutuan Tanah Melayu sudah ditukarkan kepada Malaysia. yang tinggal hanya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu sahaja nama yang ada Tanah Melayu di negara ini. Nama itu pun ada orang yang tak suka sebab "Tanah Melayu". Segan kononnya dengan kaum lain dimuka bumi ini. Sepaptutnya nak ditukarkan juga kepada nama lain yang kononnya lebih nampak maju kehadapan dan dipandang "ekslusif" terutamanya oleh orang-orang luar.

Silap-silap satu hari nanti nama Malaysia nie pun kene tukar jugak... kerana adanye perkataan "Malay" disitu... jadilah nama die seperti Tigerpura ke... huhuhu.. maklumla masih ade lagi species harimau di muka bumi ini. Baju rasmi atlethe sukan Malaysia juga berjalur harimau. Barulah nampak berani.

Inilah yang akan diperjuangkan kalau politik beralih tempat. Benda yang bukan mustahil. Jika perkara-perkara diatas sudah tercapai usah difikirkan lagi keistemewaan hak-hak pribumi dinegara sendiri. Takde benda yang boleh dipertahankan disini. Melainkan Melayu itu akan semakin lemah, sebab sikap melayu itu sendiri yang susah nak berubah dan menerima perubahan. Tetapi, kalau kita dengan benda yang negative, cepat sahaja mereka respons.

Hal ini boleh terjadi kalau kita dengar, suri rumah tangga di sesuatu kawasan itu berborak antara satu sama lain. Ada antaranya sibuk mencerita keburukan orang dan sangat tidak ramai yang berkata berkenaan isu yang mendatangkan kebaikan diri sendiri dan masyarakt sekeliling. Perkara-perkara sebegini dah macam benda biasa dikalangan orang Melayu. Response benda negative adalah lebih laju daripada streamyx ataupun Wimax.

Akhirnya, asik cakap benda negative sahaja, berlakulah apa yang berlaku sekarang? Apa yang berlaku sekrang awak sebagai pembaca pun tak perasan ke? Adakah kita melihat orang Melayu itu berjaya? Sibuk menceritakan keburukan orang lain... timbul pulak perasaan hasrat dengki, timbul pulak perasaan irihati, timbul lagi perasan menghasut orang lain, timbul lagi perasaan benci sesama sendiri, timbulnya tamak dalam diri, timbulnya dendam yang berpanjangan.
Last2x haprak... je Melayu kat bumi nie.

Kita tengok, hasil pendidikan salah seorang orang usahawan Melayu, (Melayu juga dia ni). Tetapi, apa bezanya Melayu ini dengan melayu diatas. Sebelum saya memberitahu sapa Melayu ini, jangan harap jumlah melayu nie, ramai.... kat muka bumi melayu yang semakin mengecil nie.. boleh dikira dengan tapak tangan je orang mcm ni. Orang nya sanggup mendermakan setengah daripada hasil pendapatan die kepada orang Miskin, setengah daripada pendapatan die untuk meningkatkan martabat Islam dibumi ini. Setengah daripada pendapatan dia untuk mereka yang menuntut ilmu dan Setengah daripada pendapatan dia untuk melihat Melayu itu berjaya. Setengah o.k!! bukan separuh!! bukan 2.5%! Saya letakkan kat diri awak! Awak mempunyai gaji sebulan sebanyak RM3000.00, RM1500.00 daripada gaji awak, awak berikanlah kepada baitulmal, rumah anak-anak yatim dan orang-orang miskin. Anda sanggup? Tak ramai orang yang sanggup. tertutamnya bangsa Melayu haprak nie... yang sanggup hanya sikit jer. BERBEZA daripada kaum yang lain. Apa yang pentingnya adalah dirinya sendiri! Tetapi usahawan melayu ini apa jadi sekarang nie? Miskin ke? Bankrup ke? Tak de pulak saya dengar, baru-baru nie die beli saham bernas dan pelabuhan. Menjadikan beliau antara 10 orang yang terkaya di Malaysia dan hanya beliau seorang sahaja yang Melayu. Itulah dia Tan Sri Syed Mokthar AlBukhary. Penyelamat antara 10 orang terkaya Melayu di Malaysia. Tak masuk universiti pun, SPM pun x lepas...

Itu adalah hasil daripada pemikiran positive. Kalau ada orang ramai anak melayu di muka bumi ini macam Syed Mokhtar kan best. Mesti best punye... sudah tentu negara ini Malayu yang punya! Bukannya pentingpun kejayaan kita untuk berlumba menjadi kaya. Tetapi, penting untuk kita beramal jariah, membantu orang Melayu itu sendiri. Kalau yang miskin dari segi pendapatan. Kita bantu tingkatkan pendapatan mereka. Kalau yang takde duit untuk anak-anak sekolah kita bantu. Jangan sampai, mereka ini duduk beratapkan zink bocor anda tidur menghirup aircond yang nyaman.

Sayangkan, kaum cina boleh kumpul duit berjuta2x untuk bantu masyarkat die. Die tak miskin pun, lagi kaya adalah. Takperlu pun hak bumiputera ini. Tetapi mereka boleh je hidup.

Ekonomi negara mereka sudah pegang. Politik kita nak bagi gak kat dia. Last2x bila perlembagaan ditukarkan kepada sesuatu yang adil. Masyarakat melayu yang terduduk dibumi sendiri. Lebih ramailah lagi melayu miskin tegar. Ini adalah masadepan yang dapat dilihat, jika melayu itu tidak berubah. Kalau kita hendak menetapkan sesuatu jadikanlah diri anda seorang yang berfikiran waras. Kekalkan perpaduan sesama sendiri dan jadikanlah melayu itu hebat dimuka buminya sendiri

Jangan kerana seekor nyamuk, habis satu rumah dibakar"

"mengenang air mata bila artikel yang tak seberapa ini ditulis, hanya mampu mengharapkan melayu itu berubah.... tidak mampu untuk ku berkata apa-apa cuma ianya sebagai peringatan kepada diriku dan diri anda sebagai pembaca. Jadi ayuh kita berubah demi masadepan melayu yang cemerlang"



Saturday, September 5, 2009

Boikot? Ape kesudahannya



Setelah sekian lama saya tidak menulis blog.. hari ini, sementara menunggu waktu berbuka puasa. Mari kita berbincang sendikit apa kuasa Melayu di Malaysia ini.

Dari sudut ekonomi, khasnya kerja memboikot ini. secara puratanya, orang melayu memang sangat-sangat berkuasa untuk jualan ekonomi di Malaysia.

Banyak kempen, boikot telah dijalankan. Terutamnya apabila terkeluarnya kerekator Nabi Muhammad S.A.W oleh pelukis Demark, serangan ke atas Palestin oleh Yahudi.

Justeru, produk-produk berkaitan dengan negara pengeluar juga menjadi "target" kepada kuasa pembeli di Malaysia utuk tidak membeli barangan tersebut, justeru mampu menjatuhkan ekonomi negera tersebut, dan ianya juga mampu menjatuhkan hasil pendapatan negara jika alternatif tidak disediakan.

Secara mata kasarnya, apakah sebab kita perlu boikot barangan-barangan tersebut
- mereka menyumbang hasil jualan mereka kepada negara tersebut
- melemahkan eknomi negara tersebut
- mengurangkan pendapatan negara tersebut.

oleh, itu perkara ini memang WAJIB dilakukan oleh orang Islam, untuk kepentingan Islam itu sendiri. Dan juga oleh orang yang bukan Islam untuk, menyedarkan kasih sayang sesama manusia di muka bumi.


Idea saya bermula begini,

Beberapa hari lepas saya penulis pada ruangan "what your mind" dalam fb.. "hari ini saya nak buka McD" dan terdapat salah seorang sahabat saya komen "boikot"

Dan saya terfikir sejenak "boikot"

Adakah benda itu berjaya terhadap McDonalds. Saya rasa, usaha "boikot" keatas McD itu sebenarnya paling kurang berjaya berbanding dengan barang yang "boikot" yang lain.

Kenapa?

Kerana tiada alternatif untuk mengantikan McD itu sendiri. Saya senang maksudkan disini, McD Malaysia tiada persaingan antara satu, sama lain. Malah persaingan yang dia hadapai, dia menang.

Ini lah punca, McD Malaysia masih mendapat sambutan yang hangat terutamanya oleh orang yang beragama Islam. Dan McD Malaysia juga menggunakan "charity" untuk menarik perhatian orang ramai disamping promosi "buka puasa" untuk melariskan jualan mereka.

Kita renungkan...

Mampukah kita untuk mempertahankan agama Islam. Kalau kita mampu, apakah pada orang lain. Cara terbaik adalah, dengan cara kita buat barang-barang yang kita boikot ini terasa tergugat. Apabila mereka tergugat, dan kita pula berjaya mengalihkan mata orang lain untuk ke produk kita. Dan boleh menyebabkan industri mereka lumpuh.

Jadi, melayu manakah yang mampu membuatnya!!

Sunday, July 26, 2009

Resist anak melayu


Rasa kecewa, marah dan dendam yang tinggi dilontarkan kepada seorang yang berpendidikan tinggi atas apa yang dipersoalkan dan dikeutarakan. Apa yang diperkatakan ini adalah berkenaan dengan bangsa dia sendiri. Hari ini, seorang anak melayu yang resist ini juga akan turut kecewa. Bersama-sama kecewa dengan pemimpin melayu yang lain atas apa yang diperkatan oleh pensyarah melayu ini.



Perasaan ini terjadi dan sangat marah apabila membaca sebuah artikel yang ditulis oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6,Tun Dr Mahathir Mohammad menuri blognya yang terkenal. chedet.cc. Tajuk penulisna beliau adalah Kaki dalam kasut.


1. Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

2. Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan "ketidakadilan" terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

3. Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan.........




Anda digalakkan untuk membaca artikel itu menerusi blog Tun Dr Mahathir sendiri. Mungkin anda tidak mempunyai semangat melayu yang tinggi itu sebab apa yang ditulis ini anda tidak mengambil peduli. Ataupun anda sendiri bersikap tidak ambik tahu, itu sebab juga apa yang ditulis ini anda tidak ambil peduli.



Sedih kalau anda tidak mengambil tahu hal bangsa sendiri. Buat endah tak endah sahaja atas apa yang berlaku keatas bangsa sendiri. Terlampau membanggakan bangsa lain, sehinggakan lupa bangsa sendiri.



Saya percaya, kebanyakan orang Melayu mempunyai sikap bangga dengan orang lain. Sehinggakan menyebabkan bangsa sendiri diperkecilkan. Sama juga dengan seorang pensyarah UIA ini. Bagi saya beliau juga terlampau membanggakan bangsa lain, sehingga bangsa sendiri juga diperkecilkan. Sebab itu beliau sanggup berkata sedemikian.



Tak heran, kalau kita tengok anak muda sekarang sibuk memperagakan pakaian yang sama dipakai oleh barat. Terasa kulit gatal apabila berpakaian melayu tradisional, geli telinga apabila mendengar muzik tradisional melayu dimainkan, ketinggalan apabila bertutur dalam bahasa Melayu, dan Meninggalkan adat resam melayu.



Tetapi, mereka berasa sangat bangga apabila berpakaian ala-ala barat, mendengar muzik berentak hiphop atau heavymetal, bertutur dalam bahasa Inggeris walaupun sesama Melayu, tidak bersopan dan mengikut adat orang putih dalam kehidupan. Inilah yang menjadi kebanggan orang Melayu yang terlampau membanggakan bangsa lain.



Adat resam kehidupan Melayu diumpakan ketinggalan. Itulah punca utama, kenapa hilangnya sikap hormat-menghormati antara satu samalain, gotong royong, bantu membantu, ziarah-menziarahi, dan tegur menegur antara satu sama lain. Adat ini telah hilang dikalangan orang Melayu itu sendiri. Apakah puncanya? Persoalan yang anda sendiri perlu jawab.


Sebilangan orang memandang hina seseorang yang bersikap "resist" seperti saya ini. Mereka berangapan bahawa orang yang bersikap resist ini adalah orang yang mementingkan diri sendiri, tidak mengikut arus globalisasi dan tidak berpandangan jauh. Tetapi mereka hanya perasan golongan yang berbangsa Melayu sahaja bersikap "resist" adakah mereka tidak perasan banyak juga kaum lain di Malaysia ini bersikap "resist" terhadap kaum mereka masing-masing.


Siapa sebenarnya yang silap, mereka yang bersikap lebih keterbukaan ataupun saya yang resist ini. Sememagnya kalau saya buat sesuatu keputusan, saya telah membuat sesuatu keputusan yang terbaik untuk diri saya. Oleh itu, sikap resist perlu ada dalam diri saya. Tetapi, sentiasa saya mengingati diri saya, kaum lain di Malaysia ini juga jangan diabaikan kepentingan mereka. Tetapi, bangsa Melayu perlu dimartabatkan. Sejajar dengan konsep pemerintahan Khalifah Islam yang agung.


Saya berasa kasihan kepada diri saya, kenapa ada lagi mereka yang bersikap terlampau keterbukaan. Sanggup lagi memberi hak yang ada. Bila dalam kursus, modul pertahankan hak ini lah yang selalu saya berasa kecewa. Terlampau memberi, sehinggakan tergadai hak diri sendiri. Tah la... mungkin melayu itu sebenarnya pemurah, dan sangat pemurah. Ataupun melayu itu telah diajar untuk memberi tanpa perlu memikirkan apa yang diterimanya.


Apa yang harus aku buat!


Saya telah melakukan apa yang boleh untuk menjadikan melayu itu faham konsep memberi dan menerima. Konsep pertahankan hak diri masing-masing. Tetapi saya tidak tahu, sejauh mana seseorang individu itu menerima apa yang disampaikan. Saya sentiasa berdoa agar, mereka dapat menerimanya sebaik mungkin.


Begitulah Melayu yang tulen, sanggup membantu sesama bangsa. Kalau lihat melayu itu lebih kemampuan dalam bekerja, ambikla mereka bekerja. Berikanlah Melayu itu peluang untuk terus maju kehadapan. Kalau Melayu yang dihadapan anda, anda lihat penuh dengan masalah, bantulah dia dengan sebaik mungkin. Kalau anda lihat, melayu dihadapan anda bodoh, pandikanlah dia. Jangan putus asa. Kerana anda perlu lihat, kaum lain juga melakukan perkara yang sama terhadap kaumnya.


Fikir-fikirkanlah apa yang diperkatakan mengenai resist seorang anak melayu

Thursday, July 23, 2009

Kenapa Orang Tidak Tertarik dengan Islam


Tertarik untuk saya menulis sesuatu isu yang jarang kita lihat. Asik-asik apa yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan isu perpecahan melayu itu sendiri disebabkan oleh fahaman politik. Bahkan kalau kita tengok seglintir Melayu juga adalah seorang yang bersikap lebih membangakan kaum lain berbanding dengan kaum sendiri.

Kenapa orang dari agam alain susah hendak memeluk Islam?


Kita lihat daripada rakyat Malaysia sendiri. Tak perlu kita melihat jauh. Di Malaysia juga sudah dapat lihat pelabagi elemen negatif menyebabkan mereka yang beragama selain dari Islam tidak tertarik untuk memeluk Islam.


1. Islam, yang kebanyakan Melayu itu memang terkenal dengan sikap negatifnya dimuka bumi ini. Seperti merempit, berdua-duaan antara lelaki dan perempuan, melepak, menghisap dadah dan pelbagai lagi. Semua itu adalah satu sikap yang dekat orang Melayu. Sikap yang sudah jadi "trademark" untuk orang Islam di Malaysia. Bila kita sebut dadah, merempit, gejala sosial... semua nie dah sinonim dengan bangsa Melayu yang kesemuanya beragama Islam.


2. Perpecahan antara Melayu itu sendiri. Melayu di Malaysia ini berpecah kepada pelbagai kefahaman. Sehinggakan membawa perpecahan itu sehingga ke institusi Masjid. Kalau berbeza pendapat itu tidak salah. Tetapi, terus berpecah. Melayu itu terlebih-lebih dalam politiknya. Terlampau taksub dengan politiknya.


3. Melayu kurang Ilmu pengetahuan. Dari pelbagai aspek. Melayu memang kurang berilmu pengetahuan. Apa yang dia tahu adalah mengambil tahu hal orang lain. Senang cerita, orang Melayu itu suka menjaga tepi kain orang lain. Apabila kurang Ilmu itu, menyebabkan melayu itu mudah dipinggirkan oleh kaum lain. tidak kira, anda berada di tanah air sendiri atau tidak. Yang penting, anda telah tiada ilmu pengetahuan. Kalau kita lihat, orang yang berilmu pengetahua itu akan menjadi sanjungan orang lain. Mulalah kita panggil die "Tuan" walaupun sebenarnya kita adalah "Tuan" di tanah air sendiri.


4. Tiada kekuasan ekonomi keatas negara sendiri. Ini adalah satu sebab utama. Orang Melayu ini terkenal dengan hidup sederhana dan miskin. Bila sebut orang Miskin, kebanyakannya adalah orang Melayu. Bila kita tengok orang yang membuat pinjaman dan bankrup, ramai orang Melayu. Dari bilangan 10 orang terkaya di Tanah Air ini juga bukan dimiliki oleh orang Melayu, tetapi dimiliki oleh seseorang yang sanggup berhijrah dari negara sendiri untuk memiliki kekayaan di negara ini. Akhirnya, mereka tidak tinggal dinegara ini. Yang sibuk bekerja untuk makan gaji juga dikuasai oleh orang Melayu.


5. Masalah sosial yang banyak ini juga dikuasai oleh orang Melayu.


Apalah hendak jadi dengan orang Islam di Malaysia. Bila kita sebut Islam, samajuga kita sebut Melayu. Macam mana kita hendak dipermudahkan proses mendakwah kita, supaya mereka dari pelbagai agama memeluk Islam. Sedangkan kita sendiri penuh dengan sikap negatif, kaum lain sudah mula pandang hina dengan kita. Dan awak juga tahu, betapa besarnya ganjaran yang Allah SWT itu berikan kepada mereka yang berjaya membawa seseorang dari agama yang lain untuk memeluk Islam. Adakah anda lupa semua itu?


Justeru, teruskan usaha untuk meningkatkan taraf bangsa.

Wednesday, July 22, 2009

Aku Kecewa Dengan Mereka Ini.


Perlawanan bola sepak antara Machester United dan Malaysia memang telah diketahui umum keputusannya. Pada hari Sabtu yang lepas Man U mengalahkan Malaysia dengan 3-2. Dan pada Hari Isnin yang lepas pula Man U sekali lagi mengalahkan Malaysia dengan 2-0.

Fuh, baginya... jaringan yang dibuat oleh Amri Yahaya pada perlawanan yang pertama adalah yang terbaik. Dia, sebagai pemain Malaysia menjaringkan gol yang cantik pada perlawanan tersebut




Jelas menunjukkan sesuatu yang perlu disedihkan dalam ini. Saya melihat bukan dari konteks kekalahan bagi Malaysia. Tetapi, kekalahan bagi sikap rakyat Malaysia termasuk sikap penyokong-penyokong tegar Man U. Atau lebih mudah saya memperkatan bahawa sikap patriotisme dikalangan rakyat Malaysia amat tipis.

Kenapa saya berkata begitu?

Dalam video ini jika anda lihat, ramai yang berbaju Merah. Penuh bangga apabila dapat melihat pemaian Man U beraksi. Selama ini mereka hanya dapat melihat di TV sahaja. Tetapi, bukan secara live berhadapan rumah mereka. Stadium Bukit Jalil yang susah hendak penuh jika ada final piala FA itu juga pada perlawanan tersebut, penuh sesak. Ramai yang berbaju merah turun ke padang.

Yang klakarnye adalah?

Bila Man U skor... die ckp goal.. bila Malaysia skor die pun ckp goal. Tapi, pakai baju Man U. Huh... tah pape tah... selalunya kalau kita dengar perlawanan bola.. kita hanya sorak goal kepada satu pasukan sahaja. Tetapi, yang nie, dua-dua pasukan mereka bersorak kegembiraan. Huh..

Tapi, kecewa... ?

Dalam siaran radio Hot.fm ada seorang pemanggil yang saya berasa begitu kecewa atas apa yang diperkatakan. Dia berkata yang seolah2x berbunyi begini "Mereka (Man U) sebagai pelawat, kita harus menghormati pelawat, sokong Man U. Jarang-jarang dia datang Malaysia. So, kita sokong Man U 100%" Ha... lebih kurang cam nie la die ckp.

Apakah ulasan saya

1. Kepada yang berfikiran begini, anda diminta untuk tinggalkan Malaysia, ambik beg semua... bagi pergi ke Manchester. Ha.. tinggal kat sane.
2. Anda sangat tidak bersikap patriotik
3. Apa yang ada ckp, menghormati tetamu itu bagus.. Anda cakap ini, seperti apabila seseorang tetamu itu datang ke rumah anda. Masuk dalam rumah anda, kemudian anda hormat die... dan biarkan dia merosakan anak dara anda dihadapan mata anda. Pecahkan pasu anda... conteng rumah anda dan anda teruskan peghormatan terhadap tetamu itu" begitulah andiannya.
4. Bila orang luar datang, anda begitu sanjung mereka. Berikan apa yang ada pada diri anda... Sehinggakan tanah pun habis dijualnya. Satu-satu rumah yang ada pun dijualnya.
5. Kepada mereka yang berfikiran seperti diatas ini nasihat saya. Anda memang diwajibkan menhormati tetamu. Tetapi ada hadnya. Andaikata, ada perlawanan antara Malysia dan Man U di Old Traford. Ada ke penuh stadium orang putih pakai baju kuning hitam, atau biru. Tak de kan... semua pakai baju warna merah. Kita nie orang Melayu, terlampau mengangungkan orang lain, sehinggakan kita terlupa dengan identiti dan semangat patriotik negara kita. Nampak sangat orang Malysia ini seperti tidak sayangkan negara. Sanggup berkorban apa sahaja untuk mengadaikan negara sendiri

INGATLAH... PERKARA YANG KECIK APABILA SUDAH BANYAK DIA AKAN JADI BESAR!!

Thursday, July 16, 2009

Ayuh Melayu Teruskan Bersatu!



Ayuh bangsa Melayu ku, teruskan bersatu dibawah satu bumbung yang kuat. Ini kerana, penyatuan akan membentuk satu kekuatan yang luar biasa. Apabila melayu itu bersatu, Melayu itu akan lebih disegani oleh kaum lain. Ini terbukti bahawa pada zaman Rasullah s.a.w dan Khalifah, Islam itu disegani oleh golongan yang menganut agama lain.

Pemerintah Islam, apabila mereka memerintah sebuah Negara. Jarang kita dengar penindasan kaum ataupun penghapusan etnik. Tetapi, harus diingati bahawa pemerintah Islam itu haruslah benar-benar kuat jati diri mereka. Bukannya pemerintah Islam yang mengikut tunjuk jari kaum lain demi kepentingan kaum itu sendiri. Pemerintah sebegini mendatangkan sikap tidak puas hati masyarkat lain termasuk mereka yang beragama Islam sendiri terhadap pemerintah.

Kalau kita tahu sejarah, sudah tentu kita sudah rasa cukup bersykur dan nikmat atas apa yang ada dinegara ini. Atas kebijaksanaan pemimpin Negara kita pada masa ini. Insyallah, kepimpinan Negara yang ada masa kita terbukti merupakan Melayu yang tulin. Tidak terikut dan takut dengan hasutan dan ugutan. Malah jika kita kaji cara pergerakan mereka, mereka akan mempertahankan hak yang ada tetapi, memberikan kepuasan dengan kaum lain. Ini adalah keadilan yang sebanrnya. Cukup adil di mata masyarakat.

Melayu harus terus bersatu dibawah satu suasana dan keadaan yang kuat. Ini adalah Tanah Melayu. Alif, Ba, Ta kita iaitu Agama, Bangsa dan Tanah Air. Tidak terikat dengan cara dan ugutan. Tidak membuat sesautu demi kepentingan atau atas hasutan orang-orang tertentu. Harus anda ketahui, jika Melayu itu kuat. Terdapat banyak musuh yang berusaha untuk menjatuhkan Melayu itu sendiri. Sepertimana kita lihat sekarang, bagaimana ada suara-suara kecil dari sesetengah pihak cuba untuk menjatuhkan melayu agar melayu itu tidak bersatu. Kerana mereka tahu, jika bermulanya Melayu itu bersatu, maka susahlah bagi mereka untuk mendapat kepentingan untuk meloboskan harta Negara secara senyap-senyap.

Bukan politik yang memisahkan Melayu, tetapi sikap Melayu itu yang terikut-ikut gerak langkah Politik yang telah diacukan oleh Yahudi. Rasullah S.A.W pernah bersabda bahawa perbezaan pendapat antara umatku adalah satu rahmat. Tetapi, umat Islam juga disarankan untuk bersatu. Bukannya kita berbeza pendapat tetapi kita berpecah. Menubuhkan sesebuah “puak” yang lain untuk menjatuhkan sesuatu bangsa.

Kita sebagai seseorang yang berbangsa Melayu haruslah bersikap sabar. Itukan sikap orang Melayu, penuh dengan sopan-santun, hormat-menghormati antara satu sama lain, dan berlaku adil sesama manusia.

Harus diingati bahawa, tiada siapa yang layak menjaga petadbiran Negara yang berdaulat ini kecuali bangsa Melayu sendiri. Ini adalah hak Melayu, bukan tujuan saya untuk menolah hak kaum lain. Tetapi, kaum lain haruslah menghormati sejarah yang tertulis. Hak kepulauan Nusantara adalah milik orang Melayu. Bukannya bangsa lain. Negara Malaysia ini adalah Negara yang cantik, dalam peta juga menunjukkan bahawa, Negara Malaysia itu cantik rupanya, berbentuk seperti seorang wanita yang cantik. Itu sebabnya, Negara ini menjadi sasaran mereka yang cemburu. Dan mereka tahu ini adalah milik Melayu yang mereka adalah seseorang yang Beragama Islam yang mulia.

Ayuhlah, Melayuku, jangan segan untuk bersatu. Menolak mereka yang berjuang demi kepentingan orang lain adalah sesuatu yang perlu demi menyelamatkan sebuah Negara yang berdaulat ini. Bersatulah dengan kepimpinan yang telah terbukti berani menentang Inggeris satu masa dahulu, demi menuntut kemerdekaan Tanah Airku sendiri. Sebuah kepimpinan yang kuat dan sangat disegani.

Ayuh, pintu ini sentiasa terbuka untuk orang Melayu teruskan penyatuan ini.

Monday, July 13, 2009

Rotan Dan pengajaran


Mesti ramai yang dah tahu, kenapa ada entri saya berjodol rotan dan pengajaran. Adakah anda juga peminat BLACK yang menjuari Mentor pada 13/7/09. Melihat kepada video yang ditontoni ramai, bagaimana black sentiasa dirotan oleh mentornya Mas Idayu.

Ada pelbagai pihak mula bercakap dengan kekerasan yang Mas Idayu lakukan. Tetapi, kalau kita lihat kepada sejarah orang dahulu dengan orang sekarang ada bezanya. Salah satu perbezaan yang kita lihat adalah penggunaan rotan.

Cara orang dulu didik anak menggunakan rotan yang panjang, semata-mata untuk melihat anak mereka hormat dan takut kepada orang. Guru-guru pun sama, menggunakan rotan untuk mendidik muridnya.

Persoalannya? Adakah masih relevan mendidik anak menggunakan rotan buat masa sekarang ini? ataupun kita hanya menggunakan pysikologi untuk mendidik anak-anak?

Inilah yang kita perlu lihat skrg... betul kata Mas Idayu, melentur buluh biar dari rebungnya. Dia mendidik Black dari Black tidak tahu apa-apa berkenaan muzik kepada seorang yang popular menggunakan rotan. Kalau dah black dah jadi artis terkenal nnt.. macam mana Mas Idayu nak rotan dia... Mungkin sikap ego black akan lebih lagi... black akan mudah merajuk, mudah melawan... dan membalas balik. Maklumla, jika Mas Idayu tidak merotannya pada masa kini, sudah tentu bila tiba-tiba Mas Idayu rotannya apabila dia sudah besar menjadikan dia tertanye-tanye... dulu aku x kene rotan, dah besar kene rotan pulak.... x boleh jadi nie.

Jadi, apakah tujuan kita rotan sebenarnya?

Ada beberapa sebab, kenapa kita perlu rotan, orang yang kita sayangi.
1. Sebab kita sayangkan dia.
2. Supaya ada rasa hormat kepada kita
3. Sedar atas kesilapan, dan berusaha untuk tidak ulangi kesilapan yang sama
4. Membentuk disiplin yang kuat.

Oleh itu, saya merasakan bahawa, ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka yang kecil dengan menggunakan rotan. Dan gunakan pendidikan phsyikologi, memberi sebab kepada dia, mengapa perlu dirotan. Mengapa papa rotan adik.... Jangan bias.

Ibu bapa adalah orang yang berperanan penting untuk mendidik anak-anak. Mereka adalah generasi yang akan menjana dan menjaga negara. Didiklah anak anda dgn sempurna, agar tiada lagi anak-anak kita yang terjebak dengan gejala negatif.


Saturday, July 11, 2009

Tahniah Dato' Sri Najib Tun Razak


Hari ini genap pemerintahan 100 hari Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak. ALhamdulillah YAB Dato' Sri berjaya membawa negara kearah satu lagi pembangunan negara yang jitu.

Dato' Sri Najib Tun Razak telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia yang dapat diterima oleh rakyat kerana mempunyai elemen kesemarataan yang dapat memuaskan hati semua pihak termasuk golongan bumiputera dan bukan bumiputera. Konsep 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Dato Sri Najib Tun Razak mempunyai 8 elemen penting iaitu, Integriti, Ketabahan, Penerimaan, Pendidikan, Meritokrasi, Rendah Diri, Kesetiaan, dan Budaya Kecemerlangan. Elemen penting ini bertujuan untuk membentuk sebuah negara yang aman dan makmur dalam pelbagai kaum.

Beliau juga telah menjalinkan hubungan yang terbaik dengan negara-negara luar seperti China. Beliau telah hadir sendiri ke China untuk berjumpa dengan Presiden China. Perjumpaan untuk merapatkan hubungan antara Malaysia dan China disambut baik oleh semua rakyat jelata. Termasuk Presiden China sendiri, mereka di China juga menyambut kedatangan Dato' Sri Najib Tun Razak dengan sungguh meriah. Sama seperti sambutan terhadap ayahanda beilau iaitu, Tun Razak. Beliau juga menjalankan hubungan yang baik dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama. Dalam penggilan talifonantara beliau dengan Presiden U.S itu beliau membincangkan mengenai isu tahanan Malaysia di Guantamo. Ternyata, Dato' Sri Najib Tun Razak memang sayangkan negara dan seluruh rakyat jelata.

Hubungan Malaysia dengan negara-negara yang lain juga bertambah baik apabila beliau menerima lawatan daripada presiden pelbagai negara termasuk Singapura.

Disamping mengeratkan hubungan dengan negara luar, Beliau juga menjaga kepentingan hak rakyat. Masyarakat Felda banyak diberikan peluang oleh beliau untuk terus maju. Beliau sebenarnya mahu mempertingkan ekonomi bumiputera supaya setanding dengan ekonomi kaum lain diseluruh Malaysia

Perjuangan Dato' Sri Najib Tun Razak adalah perjuangan untuk agama bangsa dan negara. Beliau merupakan tokoh pemimpin yang disegani rakyat. Sanggup berhadapan dengan rakyat. Menerima kritikan rakyat dengan penuh kesabaran. Sesungguhnya akan datang satu hari nanti keadilan dan cahaya keterangan yang sebenar. Beliau semenjak menjadi seorang Perdana Menteri mencontohi kepimpinan dahulu termasuk ayahanda beliau alhyarham Tun Abdul Razak.

Seorang yang berintegriti, tabah, menerima segala pendapat, Berpendidikan, mengamalkan meritokrasi, bersikap rendah diri, setia pada negara, dan mengekalkan budaya kecemerlangan. Inilah pemimpin negara yang perlu dicontohi

Friday, July 10, 2009

Melayu mesti kuat!!!


Siapakah Melayu, adakah anda melayu ataupun tidak? Jika anda seorang Melayu baca lah enteri yang berikutnya yang saya akan terjemahkan selepas ini.

Bangsa Melayu dahulunya adalah satu bangsa yang sangat kuat. Satu dunia bangsa Melayu pergi. Dengan wujudnya Kesultanan Melayu Melaka menandakan bahawa orang Melayu ini adalah orang yang bijaksana. Satu bangsa yang dipandang mulia seluruh dunia. Orang Cina dan India datang ke Kepulauan Nusantara pada masa itu dengan keadaan yang sangat aman. Mereka terasa sangat aman. Lebih-lebih lagi orang Melayu kebanyakan pada masa itu menerima Islam sebagai pedoman hidup mereka. Agama Islam yang indah itu menjadi pegangan keseluruhan orang Melayu kerana Sultan yang mereka sanjungi beragama Islam.

Pandai orang Melayu pada ketika itu.

Rentetan sejarah yang pendek ini, saya harap anda semua hayati.... dan teliti adakah benar orang Melayu ini dikatakan seorang yang lemah, longlai, suka memberi. Orang Melayu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Jangan sampai membuatkan orang Melayu menjadi marah.

Thursday, July 9, 2009

Apa Erti Kemerdekaan untuk Orang Melayu



Apa erti kemerdekaan

Bagi umat Melayu kita

Tak mahu terima perubahan

Anak cucu jadi mangsa

Orang lain dah rebut peluang

Takkan kita nak tengok sahaja

Sedang masa tetap berjalan

Sesaat tak tunggu kita

DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA

Kita berbalah sesama sekampung

Bangsa lain telah maju

Anak Melayu masih mundur

Orang bercakap percaya selalu

Hangguk kepala macam Jepun

Stail dulu-dulu

Jadi katak bawah tempurung

DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA

Anak orang naik kapal terbang

Anak kita naik teksi

Anak orang jadi taukey

Anak kita jadi kuli

Anak orang jual barang

Anak kita laju membeli

Takde duit rela berhutang

Barang bini gadai lagi

DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA

Anak orang membaca buku

Anak kita godok dirat

Anak orang masuk ke U

Anak Melayu penuh dalam lokap

Anak orang minum susu

Anak Melayu sibuk togok ubat

Sampai bila kita nak maju

Kalau tak mahu ubah sikap

DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA

Kereta orang kereta mercedez

Kereta kita Morris Minor

Kereta orang asap nipis

Kereta kita asap bunga

Kereta orang hidup dengan switch

Kereta kita mati tolak sahaja

Beli baru takde duit

Beli beraspun berhutang sahaja

DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA

Rumah orang rumah batu

Rumah kita rumah atap

Rumah orang pagar batu

Rumah Melayu pagar kawat

Rumah orang karpet beledu

Rumah kita tikar karat

Masa kenduri sambut menantu

Patah gelegar tercabut tongkat

DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA

Anak orang jadi peniaga

Anak kita jadi petani

Anak orang baju cap buaya

Anak kita baju guni

Anak orang bahagia

Anak kita suka pening

Jadi mangsa dadah ganja

Jadi mangsa budaya kuning

DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA

Anak orang pergi masjid

Anak kita duduk tepi jalan

Anak orang sibuk meratip

Anak kita sibuk....

Anak orang perangai baik

Aank kita serupa setan

Sibuk cari bala penyakit

Tak mahu fikir masa depan

DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA

Apa erti kemerdekaan

Bagi umat Melayu kita

Tak mahu terima perubahan

Anak cucu berputih mata

Orang lain dah rebut peluang

Biar kita tengok sahaja

Sedang masa tetap berjalan

Sesaat tak tunggu kita

DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI? Ditangguhkan

Kerajaan pada hari ini telah mengambil satu keputusan untuk menangguhkan PPSMI pada 2012. Bermakna, adik-adik akan belajar semula Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu semula. Nampaknya, istilah-istilah sains dalam bahasa Melayu diguna pakai sekali lagi. Buku-buku teks terpaksa di tukar.

Adik-adik, ini adalah satu rahmat untuk adik-adik belajar. Kerana apabila PPSMI ditukarkan kepada bahasa melayu. Adik-adik mudah mempelajarinya. Kerana Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda kita. Bahasa yang kita selalau gunakan samada dirumah mahupun di luar rumah bersama rakan-rakan. Mungkin akan mempermudahkan adik-adik untuk skor A pada peperiksaan SPM dan PMR kelak.

Ttepai, adik-adik harus ingat bahawa. Sewaktu adik-adik berada di Universiti nanti, sumber rujukan samada sains dan sastera adik, adalah dalam bahasa Inggeris. Justeru, langkah kerajaan untuk memantapkan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah adalah salah satu langkah yang bijak.

Gunakanlah kesempatan ini untuk menjadi seorang insan yang berjaya kepada agama, bangsa dan negara.


Friday, July 3, 2009

Kematian? Adakah anda sentiasa mengingatinya

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن طِينٍ ثُمَّ قَضَىٰ أَجَلًا ۖ وَأَجَلٌ مُّسَمًّى عِندَهُ ۖ ثُمَّ أَنتُمْ تَمْتَرُونَ
Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).
Surah AlAnaam ayat 2

Pernahkan anda mengingati akan kematian?
Saya yakin kepada jawapan anda. Yang anda selalu mengingati akan kematian. Kematian adalah sesuatu yang perlu ditempuhi oleh setiap manusia yang berada di bumi ini. Sama ada anda bersedia ataupun tidak. Anda harus menghadapi kematian.

Apabila sudah sampai ajal kepada kamu. Tidak kira dimana kamu berada, kamu sewaktu itu sedang berbual dengan ibu-bapa ataupun kamu sedang menonton wayang. Disitulah kamu menghadapi kematian kamu.

Kematian tidak kenal, siapakah kamu? Apakah kepentingan kamu kepada negara? Adakah anda berhutang? ataupun anda mempunyai misi untuk agama dan negara?

Justeru, jika solat anda tidak cukup, hutang berlambak yang belum dijelaskan, pernah menipu rakan-rakan, salah gunakan kuasa, membaut perkara yang mungkar di muka bumi ini. Anda perlu bertaubat.
Kerana mereka yang hidup didunia ini masih berpeluang untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t

Semoga Allah SWT mengampunkan dosa kalian.. Insyallah