Thursday, March 18, 2010

Awas! Adakah anda juga dalam golongan Munafik

Salam, kepada semua sahabat seperjuangan dan semua pembaca anakledang0616.com , diakhir zaman ini, marilah kita bersama-sama merenungkan tingkah laku kita. Adakah kita seorang yang benar-benar ikhlas dalam menghayati agama kita yang suci ini. Iaitu agama Islam. Melakukan kewajipan kita sebagai seorang Islam dan juga meningalkan larangan yang ditegah oleh Allah swt.

Pena anakledang0616.com hari ini ingin berkongsi ilmu dari pembacaan anakledang0616.com dari sebuah buku yang bertajuk al-amthal dalam al-quran Golongan Munafik tulisan Muhd Najib Abdul Kadir dan Mohd Nazri Ahmad yang diterbitkan oleh Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd.

Semoga ilmu yang akan dikongsi ini mendapat manfaat dan iktibar kepada semua pembaca.

Jenis-jenis munafik

Para Ulama membahagikan munafik kepada dua jenis iaitu nifak iktikad dan nifak amali.

1. Nifak Iktikad ialah mereka yang keluar keimanannya secara tersembunyi selepas memeluk Islam secara zahir. Kebanyakan ulama menamakan nifak ini sebagai nifak akhbar. Dari segi hokum, golongan ini termasuk dalam golongan kafir dan kekal di dalam neraka.

Nifak ini boleh diketegorikan kepada dua bentuk iaitu:

(a) Nifak iktikad yang berlaku kepad mereka yang memeluk agama Islam secara berpura-pura pada masa permulaan lagi. Mereka menyembunyikan kekufuran, sebaliknya melahirkan keimanan. Sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah swt dalam surah al-baqarah ayat 8 yang bermaksud

Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

(b) Nifak iktikad ini berlaku kepada mereka yang memleluk Islam kemudian menjadi murtad, tetapi kekufurannya tidak dizahirkan, bahkan terus disembunyikan. Walaupun beitu, tanda-tanda kekufuran itu terjadi juga disebabkan kata-kata dan perbuatan mereka sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah swt melalui firman-Nya dalam surah al-munafiqun ayat 8

Mereka berkata lagi: Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam). Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Tanda-tanda kekufuran mereka disini adalah melalui perbuatan iaitu percubaan mereka untuk membunuh Rasullah saw pada malam Aqabah ketika peperangan Tabuk.

Allah swt berfirman dalam surat At-taubah ayat 74 yang bermaksud

Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu) dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong.

2. Nifak amali ialah mereka yang beriman secara zahir dan batin tetapi tidak menunaikan tanggungjawab secara keseluruhannya.

Ibn Taimiyah berkata Dalam islam terdapat golongan yang mengak Islam tetapi tiada sedikit pun keimanan di hati meraeka, golonga ini dinamakan munafik tulen dan terdapat juga golongan yang mengaku Islam dengan keimanan di dalam hati sanubari mereka, tetapi mereka tidak menunaikan kewajipan secara menyeluruh. Mereka lah golongan fasiq yang termasuk dalam nifak amali.

Dari segi huku, golongan ini dainggap beriman dan fasiq disebakan maksiat yang dilakukan oleh mereka. Mereka di bawah kehendak Allah swt sama ada diazab atau di ampunkan dosa mereka, sebagaimana firman Allah swt dalam surag an-Nisa’ ayat 48 yang bermaksud

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.

No comments: