Monday, August 16, 2010

Tazkirah Bagiamana menghilangkan sikap ego

Assalamualaikum wbt

Tadi dalam perjalanan pulang daripada UiTM ke rumah di Cheras, sempat saya mendengar siaran ulangan Tazkirah pagi di IKIM.fm, secara ringkasnya tazkirah itu menceritakan berkenaan dengan bagaimana kita hendak hilangkan sikap kita ego kepada seseorang dan juga dalam masa yang sama, bagaimana kita hendak menjadikan diri kita dekat kepada Allah swt.

- Gambar Hiasan -
Ustaz yang memberikan tazkirah itu menceritakan kisah beliau sewaktu beliau sedang memberikan ceramah di sebuah masjid. Baru 5 minit ustaz tersebut memberikan ceramahnya, datanglah seorang pemuda yang mendengar ceramah tersebut bertanya kepada ustaz itu. Si pemuda itu berkata "ustaz, hentikan apa yang Ustaz katakan ini, ini semua hanya teori semata-mata, hanya kata-kata semata-mata, saya merupakan seorang yang tinggi egonya, dan saya juga tidak menerima apa yang dikatakan oleh Ustaz dan penceramah sebelum ini. Ustaz, bolehkah terangkan kepada saya, bagaimana untuk menghilangkan ego dalam diri ini".


Kemudian ustaz itu dengan nada yang biasa berkata semula "Awak tinggal di mana?". Si pemuda itu menjawab "saya tinggal di batu sekian2x". Ustaz itu menyatakan "Oh, saya tahu tempat itu, beginilah awak pergi ke batu sekian2x (yang jaraknya jauh dari rumah pemuda itu), awak pergi ke surau dan masjid di sepanjang perjalanan itu awak pergi ke tandas dia, dan awak kira berapa banyak batang paip yang rosak, berapa banyak getah paip yang tidak mencukupi dan berapa banyak gayung yang tiada. kemudian awak keluarkan duit awak sendiri untuk membeli peralatan tersebut, dan awak mesti pasang benda itu di waktu pagi jam 3.00 pagi semasa semua orang tiada"
- Gambar Hiasan-


Selepas beberapa bulan, Ustaz tersebut datang semula ke masjid tersebut, dan si pemuda yang bertanyakan soalan itu bertemu dengan Ustaz tersebut dengan muka yang sayu, sambil mengesat air matanya, sipemuda itu menyatakan kepada Ustaz tersebut "Ustaz, saya telah melakukan apa yang ustaz suruh, dan saya merasakan diri saya ini hina di sisi Allah swt" Justeru datanglah kesedaran kepada si pemuda itu untuk berubah kepada perkara yang lebih baik.

Itu adalah kisah pemuda terebut, apa yang kita boleh lihat disini adalah kalau kita hendak mendapatkan sesuatu. Kita hendaklah memberikan pengorbanan kita kepada orang lain. Allah swt lebih menyukai orang yang menyedekahkan harta mereka kejalan yang diredhaoi olehnya.

Kita lihat disini, mana lebih mulia, orang kaya yang sedekahkan 1% daripada hartanya kepada orang miskin, ataupun orang yang kurang berkmampuan, tetapi memberikan hampir kesemua hartanya kepada orang lain yang lebih memulakan. Sudah pasti adalah orang yang kurang berkemampuan itu bukan.
Cara untuk kita memohon kepada Allah swt adalah dengan cara berdoa kepada Allah swt

Kita dapat lihat disini, kalau kita dalam keadaan tertekan, kemudian kita sempurnakan orang lain pula. Sebenarnya kita dapat mendekatkan diri kepada Allah swt. Disitu datangnya pintu reziki. Kalau kita sudah banyak ilmu, kita sampaikan kepada orang yang lebih memerlukan, walaupun sebenarnya kita masih kelihatan tidak cukup ilmu tersebut, itu adalah lebih baik kerana kita menyampaikan Ilmu yang dipinjam daripada Allah swt.

Saturday, August 14, 2010

Semua Kuasa Allah (Al-Fatihah)

Semua Kuasa Allah (Al-Fatihah)

bangun2 sahur td tergerak nk jenguk2 fb..so duk laa dpn pc dlm keadaan mengantuk..tiba2 satu berita yg aku baca watkan aku jd segar..3 orang meninggal dunia n 18 lagi cedera ketika ribut melanda bazar Ramadhan di perkarangan Stadium Rim, Jasin, Melaka..ada laa org upload gambar2 dan video selepas kejadian..mmg total disaster..aku yg setakat tgk pun dh rasa seram melihatkn hasil penangan ribut tuh..apa lg diorg yg ada kat situ waktu tu..sbb tuh takde gambar or video 'semasa' kejadian..sbb org ramai lari menyelamatkn diri

then aku terus bukak Google utk search detail pasal benda nih..ada laa kuar katKosmo! online dan juga beberapa ruangan blog lain..dikatakan kesemua khemah kat situ diterbangkn angin kencang seakan ribut taufan yg hadir sekelip mata..sorg mangsa meninggal kat situ jugak..2 lg meninggal masing2 kat Hospital Jasin dan Hospital Besar Melaka

sayu bila tgk satu video yg telah dipost kat Youtube..tp semua nih ketentuan Allah..diorg nak cari rezeki sesuap nasi utk keluarga..tp nasib dan takdir dah ditetapkan gitu..buat ahli keluarga mangsa..takziah diucapkan..moga semua redha dan merelakan pemergian mangsa..mereka pulang menghadap Allah dalam bulan Ramadhan pada penghulu segala hari..moga roh2 mangsa dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan org beriman..Al-Fatihah

antara khemah yang diterbangkan angin

keadaan di bazar Ramadhan Jasin

hasil jualan yang musnah akibat ribut

gambar ehsan dari ppda ppdappdj
sumber berita dari Kosmo! Online

Friday, August 13, 2010

Mana Hilangnya Pewaris Negara

Salam Sejahtera di Bulan Ramadhan Almubarak

Hari ini saya berminat untuk bersama dengan saudara sekalian untuk mengupat perkara yang berlaku sepanjang zaman. Yang juga melibatkan masalah sosial remaja. Secara tidak langsung mampu mengugat kestabilan negara satu masa kelak.

Maslaah Remaja Yang selalu kita dengar

Gamabr dibawah dipetik dari akhbar Utusan malaysia pada 13/08/10

Mayat seorang bayi perempuan yang ditemui dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej kediaman di Bandar Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan, semalam.

Masalah yang seperti sudah biasa didengar iaitu buang bayi. Ini juga dilakukan oleh mereka yang tidak bertangungjawab. Sepertimana kita hidup di zaman jahiliyah sebelum kedatangan Rasullah s.a.w. iaitu ibu bapa membuang anak-anakya hidup-hidup


Teringat saya, satu kisah bahawa si anak yang mati sewaktu kecil akan mendoakan untuk ibu dan bapanya masuk syurga diakhrat kelak. Tetapi, itu adalah apabila si kecil meningal kerana sakit dan lain-lain. Kalau begini? ini sudah kira membunuh anak sendiri. astagifrullah al'azim


Kerjaan memikirkan apa yang harus dibuat untuk mengatasi masalah ini. Antara yang menarik perhatian adalah tindakan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi membenteras gejala membuang bayi dan kelaihran luar nikah. Melaka membentuk sebuah sekolah dinamakan sekolah  mengandung, dan juga membenarkan gadis diatas 15 tahun untuk berkahwin. Ini adalah salah satu tindakan yang dibuat oleh kerajaan negeri Malaka untuk membenteras gejala sosial yang kian merisaukan dikalangan remaja. Kita lihat video daripada Ustaz MAZA berkeenaan dengan isu gejala buang bayi 







 Alhamdulillah, semoga kita paham dengan apa yang diterangkan oleh bekas mufti perlis ini. Seterusnya, dalam gejala buang bayi kita lihat satu lagi masalah remaja yang sangat merisaukan. Iaitu perasaan hormat mereka dengan guru


Begitulah masalah yang dihadapi sekarang, kalau dulu murid tidak berani dengan guru. Tetapi sekarang sudah pandai melawan cakap cikgu. ini adalah salah satu, video. kalau kita dengar kisah daripada seorang guru. Saya pasti dan percaya ianya sangat dasyat.

Dalam video ini saya tertarik dengan komen seseorang

"kalo dah dlm bilik guru, boleh belasah sudah kira kes menyerang, tapi lepas tu bersedia lah jadi guru yang tak popular oleh org jabatan, mengidamlah lah sampai mati utk kenaikan pangkat. budak gini dimana2 pun ada, cuma tak masuk youtube je."

Wa, dunia dah berubah.. Adakah kerana mengajar kerana mahu dinaikan pangkat. Ataupun, mahu berbakti dan menyalurkan ilmu kepada anak-anak. Ingat, Guru ada main peranan untuk membentuk murid yang baik. Insyallah... Remaja juga perlu paham didikan agama dan hormat kepada guru-guru walaupun dia bukan guru yang mengajar kita

yang nia apa yang saya dapat daripada The Star hari ini


"Gengsterism starts in schools" punca daripada kawan-kawan ke daripada guru. Tetapi harus ingat bahwa ibu bapa terlebih dahulu bersama anak-anak berbanding dengan guru. Justeru, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak mereka dan tidak meletakan bahu mendidik hanya kepada guru. Guru pula harus mengjar dengan penuh ikhlas bukan kerana hanya mendapat gaji bulanan sahaja. Tetapi untuk demi melahirkan perjuangan anak bangsa. Saya tahu guru tahu semua nie, tapi buat-buat tak tahu bila adanya penyakit MALAS dalam diri.

Kemudian apabila guru betul-betul hendak membantu anak mereka. timbul pula persoalan ini yang juga saya ambik di akhbar the star pada 13 august 2010


Baca ini, libatkan anak anda dengan aktiviti kokuruikulum sekolah berbading membiarkan mereka "melepak di rumah ataupun di pusat perniagaan"

Ingat! ini adalah dugaan daripada Allah swt. Semua ini sebenarnya salah kita sendiri, Tidak perlu menunding jari kepada sesiapa jika anda tahu bahawa masalah sosial yang berlaku sekarang ini adalah kerana kecuaian kita. Dan apa pula tindakan kita untuk mengurangkan masalah sosial ini.


Wednesday, August 11, 2010

Alhamdulillah dapat juga aku berjumpa pada ramdahan kali ini.


Alhamdulilah, ku bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah dna kurnianya. Pada hari ini dapat ku merasa 1 Ramadhan. Aku amat bersykur kerana Dia memberikan aku satu lagi peluang untuk menebus segala dosaku, dan melipat gandakan pahala ku. Insyallah

Akan ku gunakan Ramadhan pada kali ini dengan sebaik mungkin, walaupun rintangan pada Ramadhan ini tidak sama dengan apa yang ku lalui pada Ramadhan yang lepas. Pada Ramadhan ini, aku berpuasa sekali lagi sebagai pelajar UiTM Shah Alam. Insyallah segala dugaan dan cobaan yang ku hadapi akan ku lalui dengan penuh kusyuk dan tawaduk.

Aku support aktiviti amal yang dianjurkan oleh en Ahmad Saabun yang mengumpul baju-baju baru untuk aidilfirti kepada anak-anak yatim. insyallah aku berazam untuk mencari rakan sekelas yang sanggup menolong dalam menjayakan kempen itu. Supaya anak yatim yang diraikan itu akan berasa sangat gembira di hari lebaran.

Ya Allah aku bersykur kepadamu kerana aku dapat sekali lagi menikmati keindahan Ramadhan.

Friday, August 6, 2010

Microscope dan Focus dalam kehidupan

Assalamualaikum w.b.t
dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog anakledang0616.com
Saya tertarik untuk menulis satu tulisan yang bertajuk kaitan antara microscope dan focus dalam kehidupan\

o.k first thing, lihat gambar rajah microscope ini dengan teliti. Tengok juga nama-nama setiap komponen dalam microscope ini o.
O.k, nampak x. ini dinamakan sebagai light microscope. huhu ataupun lebih dikenali sebagai microscope cahaya. Jika anda pernah belajar di sekolah rendah atau menengah anda pernah menggunakan microscope ini.

O.k kita tengok function satu persatu dan kaitan dengan kehidupan o.k

Light - Light adalah sumber cahaya dalam hidup kita, jika kita masih dalam kegelapan tanpa sumber cahaya kita mungkin akan terpesong. Dan matlamat yang kita ingin capai melalui focus itu mungkin tidak akan tercapat.

Stage - boleh diumpakan sebagai target kita, base target kita. Kalau kita hendak berjaya kita mesti mendapatkan base target kita.Saya bagi satu contoh mudah, jika anda akan mengambil peperiksaan awam seperti PMR atau SPM pada tahun ini. ada mesti letakan target tarikh peperiksaan anda. Kalau anda dah bekerja, amda letakan impian anda satu hari nnt untuk menjadi apa.

Eyepiece - Saya katikan eyepiece ini dengan deria kita. Manusia mempunyai 7 deria, yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan. Kalau ke tujuh-tujuh deria ini tidak digunakan sebaik mungkin, Ia mungkin anda menjejaskan anda. Contohnya deria mendegar kita tidak menggunakan sebaik mungkin, pastinya kita tidak mendapat ilmu yang diberi oleh guru. Untuk mereka yang kurang kemampuan fizikal, usah putus asa. anda mempunyai kekuatan yang lebih daripada orang lain. Dan anda juga perlu mencapai kejayaan anda sebaik mungkin.

Objective Lense - Saya kaitkan objective lenses itu sama dengan objektif kita, misi kita atau visi kita. Apa tujuan kita. Jika kita tengok konsep pada mikroskop ini, jika objective lense itu tidak diletakan dengan betul pastinya focus tidak dapat dijalankan dengan sebaik mungkin

Fine focus and course focus - saya kaitkan fine focus dan course focus ini dengan, matlamat kita untuk capai. Kita mesti ada usaha supaya kit a dapat focus dalam pekerjaan kita.

 Tue je la buat masa ini. saya harap penerengan saya dapat membantu anda!