Alhamdulilah, ku bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah dna kurnianya. Pada hari ini dapat ku merasa 1 Ramadhan. Aku amat bersykur kerana Dia memberikan aku satu lagi peluang untuk menebus segala dosaku, dan melipat gandakan pahala ku. Insyallah
Akan ku gunakan Ramadhan pada kali ini dengan sebaik mungkin, walaupun rintangan pada Ramadhan ini tidak sama dengan apa yang ku lalui pada Ramadhan yang lepas. Pada Ramadhan ini, aku berpuasa sekali lagi sebagai pelajar UiTM Shah Alam. Insyallah segala dugaan dan cobaan yang ku hadapi akan ku lalui dengan penuh kusyuk dan tawaduk.
Aku support aktiviti amal yang dianjurkan oleh en Ahmad Saabun yang mengumpul baju-baju baru untuk aidilfirti kepada anak-anak yatim. insyallah aku berazam untuk mencari rakan sekelas yang sanggup menolong dalam menjayakan kempen itu. Supaya anak yatim yang diraikan itu akan berasa sangat gembira di hari lebaran.
Ya Allah aku bersykur kepadamu kerana aku dapat sekali lagi menikmati keindahan Ramadhan.
No comments:
Post a Comment