Biodata Saya
Nama, Khairul Anwar. Lahir pada 14 December, Tinggal di Cheras. Seorang yang sangat minat dalam perniagaaan. Dan sedang juga berkecimpung dalam perniagaan. Alhamdulillah, berkat daripada-Nya, perniagaan ada kemajuan. Insyallah, saya akan terus memperluaskan perniagaan saya.
Graduan UiTM Shah Alam, dalam bidang Microbiology. Senang Cerita kaji kuman. Alhmadulillah serba sedikit saya telah mengetahui berkenaan dengan kuman di badan kita. Insyallah ilmu yang diterima akan dimanfaatkan sebaik mungkin.
Buku favourite saya adalah berkenaan dengan motivasi diri dan strategi dalam perniagaan, saya kurang minat membaca novel, kerana bagi saya buku-buku ilmiah adalah sangat penting dalam diri saya. Antara buku faovirute saya adalah Body Language, Think and Grow Rich. Saya beli buku di MPH. dan saya juga, suka beli buku disana. Menariknya, baru-baru ini saya minat untuk membalut semua buku saya, kerana buku tersebut saya akan jaga supaya nanti anak cucu saya juga boleh membacanya dengn baik. Insyallah
Radio kegemaran adalah BFM89.9, Hot.fm, dan lain-lain tue dengar jugak. Tapi, waktu pagi atau time keseorangan di dalam kereta saya lebih minat mendengar BFM89.9, kerana dia memberi input bukan sahaja hiburan. CUbalah dengan... takpun dengar radio Bernama 96.4fm tak silap.. kat situ dia memberi info, waktu maghrib saya akan tune in kepada IKIM.fm, dan saya suka dengar ceramah daripada Ustaz Lahazan berkenaan dengan makna-makna dalam surah.
TV Kegemaran? Tiada.. sebab saya banyak menghabiskan masa saya di hadapan internet.
Waktu lapang saya banyak dihabiskan dengan pergi ke aktiviti outdoor seperti mendaki gunung. Saya bersama dengan kumpulan Orang Hutan Malaya (OHM). Disana kami berkumpul untuk bersama mencapai cita-cita kami untuk mendaki gunung atau menjalankan aktiviti outdoor. Mainstream kami adalah jungle clean up, walau kemana kami pergi, khazanah hutan tetap kami jaga. Anda yang minat aktivti outdoor juga harus melakukan begitu, bukan sahaja masuk kedalam hutan, tetapi kemas sekali khazanah hutan negara.
Politik juga saya gemar, asalkan pemimpin politik itu mengamalkan sikap adil sesama manusia dan menekankan unity (perpaduan) sesama kaum. Anas Zubidy selalu menyatakan berkenaan dengan perpaduan, dan saya bersetuju dengan pendapat beliau. Tetapi, bagi saya anda kene paham dengan sitiuasi di Malaysia hak dan sejarah Malaysia itu sendiri. Barulah anda faham berkenaan dengan keadilan sebenar. Perjuangan kebenaran politik juga adalah salah satu prinsip dalam hidup saya.
NGO luar yang saya turut bersama adalah GPMS, terutamanya GPMS UiTM Shah Alam. Insyallah setiap program bersama GPMS UiTM saya akan turut bantu dan serta.
Cukuplah nie dulu... nnt saya akan ceritakan lagi berkenaan diri saya :)
Subscribe to:
Posts (Atom)