Tuesday, March 9, 2010

Peruntukan Masa 24 Jam Sehari

Assalamualaikum

Allah swt telah bersumpah dalam surah al-asr. mengenai masa.

Manusia adalah maklhuk yang paling banyak membuang masa. Tidak terkuacali penulis blog ini, saya juga tidak terlepas selalu membuang masa saya begitu sahaja. Melepaskan waktu muda saya dengan aktiviti yang sia-sia.

Firman Allah dalam surah al-asr. Manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang beramal soleh dan berpeesan-pesan demi kebenaran dan berpesan-pesan demi kesabaran.

Oleh itu, adakah saya adalah mereka yang beramal soleh? Itulah persoalan saya, solat walaupun dilakukan tetapi, jika maksiat juga dilakukan adakah dikatakan seseorang itu beramal soleh.

Apakah perbuatan sia-sia yang selalu manusia lakukan
1. Berborak sesama rakan tentang perkara-perkara yang tidak penting. Samada mengumpat ataupun lain-lain.
2. Tidur lebih masa.
3. Melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.
4. Melakukan maksiat dalam kehidupan.

Bila kita membuang masa, sebenarnya kita sentiasa berada dalam kerugian. Tidak tahu, apakah masa yang telah dianugerahkan ini kita lakukan sebaik mungkin ataupun kita telah berjaya mempersiakannya.

Hey, muhasabah sebelum tidur, ingatlah perkara-perkara yang dilakukan pada siang hari. Supaya ia menjadi iktibar, untuk menempuh hari esok.


No comments: