dipetik dari berita harian 12 Mac 2010 : Click for enlarge
Assalamualaikum
anakledang0616 mengucapkan jutaan tahniah kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2009. Tidak kira, samaada anda cemerlang ataupun tidak. Bagi saya, kecemerlangan dalam SPM bukan pengukur untuk kejayaan masa depan anda. Tapi kejayaan mahupun kegagalan dalam SPM mampu mengubah diri anda jika anda berminat untuk menjadi yang terbaik untuk diri anda. Tahniah!
Kebanyakan masyarakat umum tidak melihat kejayaan orang yang sempurna sebagai pedoman untuk berjaya. Mereka lebih kagum dengan insan yang kurang upaya dalam menempuh cabaran untuk mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
Pada setiap tahun, kita sering melihat kejayaan orang yang kurang upaya untuk berjaya dalam peperikaan mahupun kehidupan. Tetapi, apakah perasaan anda apabila membaca artikal berkenaan dengan mereka yang kurang upaya dalam menjadi seorang pelajar yang luar biasa hebatnya? adakah anda berasa malu? ataupun anda berasa seperti anda yang sempurna sifat itu seperti tidak menggunakan nikmat yang tuhan berikan itu dengan sebaik mungkin?
Walaupun mereka kekurangan sifat dalam diri, tapi apakah sebab utama mereka berjaya? kerana semangat yang tiggi dalam diri mereka yang juga ada pada manusia yang sempurna tetapi tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin kerana mereka buat-buat tak perasan dengan nikmat yang diberikan oleh Allah swt.
Tidak seberapa mana kejayaan seseorang itu, kalau kita sendiri juga tidak berjaya seperti mereka. Bagaimana cara untuk berjaya? Cara untuk berjaya itu adalah satu benda yang mudah iaitu mengikut jejak langkah orang yang berjaya. Mudah kan? kalau orang yang berjaya yang telah menulis autobiografi mereka di buku-buku. Mudah sahaja, anda cuma perlu baca dan menggunakan.
Berterima kasih, kepada mereka yang sempurna dan cemerlang dalam peperiksaan kerana berkongsi ilmu kejayaan mereka. Bukan untuk diri dia yang sudah berjaya. Tetapi ianya adalah untuk mereka yang ingin berjaya. Kalau anda tidak mahu berjaya. Usah menimba ilmu dan mengambil contoh kehidupan orang yang berjaya
No comments:
Post a Comment