Friday, October 30, 2009

Ulasan Buku : Khalifah Umar Al-Khatab


Assalamualaikum, kepada semua pengunjung blog fikirfakta yang selalu diingati. Hari ini kita berkongsi berkenaan dengan apa yang kita baca seharian untuk meningkatkan ilmu yang kita ada. Saya tahu, kalian juga ada membaca buku. Buku jenis apa yang kalian baca, wallahu’alam. Tetapi, buku yang ilmiah akan mendatangkan manfaat kapada kalian didunia mahupun diakhirat.


Hari ini, izinkan penulis berkongsi pengalaman atas pembacaan penulis sekarang. Penulis sedang membaca sebuah buku yang bertajuk “Khalifah Umar Al-Khatab – Reformis Dunia Islam” tulisan Abdul Latip Talib. Umum mengetahui, siapakah sebenarnya Khalifah Umar Al-Khatab ini, bukan? Sebab mustahil seorang manusia yang berilmu tidak mengetahui 4 Khalifah yang juga sebagai sahabat Rasullah S.A.W.


Tidak dinafikan, bahawa Umar Alkhatab adalah seorang dari kaum Bani Adi. Beliau juga telah dilatih oleh ayahanda beliau (al-Khattab bin Naufal al-Mahzumi) semasa kecil untuk menjadi seorang yang berjiwa kental, keras kepala, pantang dicabar dan bersikap berani. Beliau pernah memenangi, kejohanan gusti yang selama ini bukan dimenangi oleh Kaum Bani Adi. Dan menjadikan beliau dan kaum Bani Adi ini dijulang namanya dalam kelumpur Quraisy. Beliau pernah tanam anak beliau secara hidup-hidup, jikalau anda baca buku ini, betapa sedihnya kisah beliau tanam anak beliau. kerana, sikap manja anak Umar Al-Khattab ini sebelum ditanam kepada Umar membuatkan beliau terasa menyesal sehingga beliau masuk Islam.


Rasullah s.a.w pernah mendoa agar salah seorang antara Abu Jahal atau Umar al-khatab untuk memuluk agama Islam. Ternyata, sikap keras kepala dan sombong bongkak Umar ini, lebur setelah beliau cuba hendak menentang Rasullah s.a.w dan akhirnya membuatkan beliau memeluk agama Islam.


Sewaktu hidup Rasullah S.A.W, khalifah Umar Alkhatab ini bertindak sebagai penjaga keselamatan dan juga sahabat Rasullah s.a.w. Rasullah S.A.W selalu berbincang antara sahabat, termasuk khalifah Umar Alkhatab dalam mendapatkan keputusan. Adakalanya, pendapat Umar Alkhatab diterima Rasullah s.a.w dan adakalanya Rasullah s.a.w tidak menerima pendapat Umar. Ternyata, walaupun pendapat Umar tidak diterima Rasullah S.A.W beliau langsung tidak bersikap kecil hati, tetapi tetap bersama Rasullah S.A.W
Selepas kematian Rasullah s.a.w beliau terus bersama dengan Kepimpinan Khalifah yang pertama iaitu Khalifah Abu Bakar As-Sidiq. Beliau bersikap terbuka dengan Khalifah Abu Bakar As-Sidiq, apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Khalifah Abu Bakar As-Sidiq, Khalifah Umar Al-Khatab ini menerima dengan hati yang terbuka. Walaupun, adakalanya beliau menentang keputusan Khalifah Abu Bakar ini, tetapi akhirnya beliau dapat menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.


Semasa beliau mengambil alih tugas sebagai seorang Khalifah daripada kepimpinan Khalifah Abu Bakar As-Sidiq, beliau telah memrangi Raja Parsi yang kuat menentang Islam. Pejuang Islam, yang berperang sewaktu itu menang dalam peperangan. Beliau sendiri selalu mengingatkan kepada panglima perang beliau supaya, berfikir dan berbincang sebelum membuat keputusan. Bersikap baik dengan orang yang tidak menentang Islam, tidak mendatangkan keburukan dan kekacauan kepada orang yang tidak menentang Islam.
Dan akhir sekali, sewaktu beliau wafat, beliau tidak menyerahkan kempimpinan Khalifah kepada anak beliau, walaupun ada beberapa sahabat beliau yang merestuinya. Tetapi, beliau serahkan kepada 10 orang sahabat untuk memutuskan sendiri, siapakah antara mereka yang layak untuk menjadi penganti beliau. Beliau meninggal dalam keadaan serba kekurangan, tidak meninggalkan harta kepada anak-anaknya walaupun beliau merupakan seorang khalifah.


Pembaca sekalian, dalam kesebukan kita mengajar nikmat dunia, luangkanlah sedikit masa anda untuk mempelajari kisah sejarah Rasullah s.a.w, khalifah dan pejuang-pejuang Islam dahulu. Ternyata, sifat kepimpinan beliau dan cara hidup beliau perlu dicontohi oleh kita. Kita lihat bagaimana sewaktu dahulu, zaman kegemilangan Islam, Islam dipandang mulia oleh mereka yang bukan menganut agama Islam. Dari situ, kemudiannya lahirnya Ilmuan Islam yang tersohor seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Al-Ghazali, Ibnu Khaldun. Tetapi, apa yang terjadi kepada umat Islam sekarang ini, selalu berlaku perpecahan, permusuhan, masalah kepimpinan, dan bermacam-macam lagi. Membuatkan Islam itu sendiri dipandang rendah, dipermainkan dan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain. Seharian kita mendengar masalah kepada penduduk Islam. Dan kita perlu mengangkat semula kegemilangan Islam ini dengan mencontohi kepimpinan mereka.

1 comment:

Insan Biasa said...

Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian ilmu...semoga Rasulullah dan para Sahabat terus menjadi ikutan kita untuk mencari redha Allah..Teruskan usaha menjadikan Islam sebagai matlamat...Semoga suatu hari nanti Islam itu akan kembali di bawah satu lembayung rahmat..amin..sistem khalifah is da best..