Tuesday, December 7, 2010

Perubahan Tahun Baru Hijrah melalui pengenalan potensi diri

Salam Maal Hijrah


Sudahkan saudara/i menetapkan azam untuk tahun baru hijrah. Jika belum, letakanlah azam. Tanpa azam yang tetap saudara/i tidak akan mempunyai perubahan diri yang mendadak. Ada orang cakap, azam tahun baru tidak penting, kerana semua ini akan ditentukan oleh qada' dan qadar sahaja. Orang begini selalunya dia tidak akan berjaya dalam hidup, kerana tanpa usaha dan target yang jelas sudah pasti susah untuk seseorang itu berjaya, Kalau tuan puan berani, bagilah tahu azam tuan puan kepada rakan-rakan, paling senang hanya "post" di facebook sahaja. Mereka yang membaca adalah orang yang akan memastikan bersama anda mencapai azam anda. Suasana tersebut boleh membantu anda untuk terus mencapai azam anda tanpa mengira halangan dikiri kanan depan dan belakang anda.

Aapakah azam tahun baru saya 

1. Tak nak tinggal solat 5 waktu sehari semalam / khatam alquran paling kurang 2 kali
2. Belajar bersungguh2x.  
3. Tambah amal kebajikan dunia dan akhirat 
4. mengutamakn keluarga.


Dalam kita menentukan azam kita, ada yang berpendapat kita hendaklah mengentahui SWOT analisis dalam kita. Apa itu SWOT? SWOT adalah ringkasan daripada perkataan Strength, Weakness, Opportunities, Threats

Bagaimana cara kita untuk mengulas 4 perkara ini.

1. Strength - Mengenal kekuatan pada diri kita berbanding dengan orang lain. Saya percaya setiap orang mempunyai kekuatan diri sendiri. Kekuatan diri sendiri secara lazimnya memang hadir sendiri kepada diri anda. Kita juga boleh create kekuatan yang ada pada diri kita. Apabila kita mempunyai kekuatan diri yang kuat, kita mampu mengatasi banyak masalah. Pada pandangan saya, kekuatan diri yang perlu ada pada setiap orang adalah bangun sebelum azan subuh dan mengerjakan solat subuh secara berjemaah. Ini adalah kekuatan diri yang paling sukar dilakukan oleh orang kebanyakan. Paling indah jika dapat bangun sepertiga malam untuk melakukan solat sunat tahjud. Ketahuilah rahsia qiamulail daripada buku-buku yang terdapat di pasaran. Ingat senaraikan strength yang ada pada diri anda.

2. Weekness - saya susah hendak mengatakan kelemahan diri ini, kerana saya percaya bahawa setiap individu mesti mempunyai kelemahan diri masing-masing, tetapi percayalah bahawa kelemahan diri anda boleh anda atasi dengan melakukan apa yang anda rasa diri anda lemah. Tetapi anda harus senaraikan juga kelemahan diri anda. Tujuannya anda dapat laksanakan satu persatu daripada kelemahan diri anda untuk diatasi. Bagi mereka yang kurang upaya, saya percaya disebalik kekurangan pada diri anda secara fizikal, anda mempunyai kekuatan yang luar biasa melalui mental. Anda juga harus menulis kelemahan diri anda. Supaya ia dapat membantu mengenalpasti, cara untuk mengetasi kelemahan anda melalui alternatif yang lain. 


3. Opportunities, Opportunities ini saya dapat simpulkan sebagai faktor luaran yang dapat membantu diri kita untuk mencapai matlamat kita. Apakah faktor luaran tersebut? Faktor luaran sebagai contoh rumah kita berhampiran dengan stesyen bas, kita mudah menggunakan bas untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Mudah dikatakan bahawa opportunities adalah faktor luaran yang dapat membantu kita dalam mencapai matlamat diri kita. Faktor luaran ini juga adalah sesuatu yang kita boleh "create" dan "demolish" dengan sendirinya. 


4. Threats, senang saya jelaskan sebagai faktor luaran juga, tetapi yang ini yang boleh menjejaskan kita. Sebagai contoh rakan sekelas kita yang sering menjatuhkan air muka kita, walaupun kita sudah nasihati berulang kali untuk beliau tidak melalukan perkara yang sama. Dia adalah "threat" kita.  Therat dari segi persekitaran sebagai contoh untuk ke kelas kita terpaksa mendaki bukit yang tinggi sepertimana yang saya alami di UiTM Shah Alam, itu juga adalah threat pada diri saya. 


Kesemua element dalam SWOT ini anda perlu analysis secara terperinci melalui aspek negatif dan positif. Setiap sesuatu mempunyai nilai positif dan negatif, insyalah jika anda dapat menilai semua ini dengna sempurna, setiap sesuatu masalah itu anda dapat laksanakan dengan sebaik mungkin, Saya percaya lagi bahawa anda adalah diri anda yang sempurna. Setiap sesuatu perkara yang anda ingin lakukan, anda haruslah memikirkan secara mendalam. Teknik SWOT ini adalah salah satu perkara. Jangan merumitkan jalan yang senang, dan tidak pula memikirkan jalan yang mudah adalah sesuatu perkra yang sangat mudah shingga melupakan ancaman dari luar. GUnakan fikiran yang sempurna dairpada ALlah swt ini sebagai medium utama yang digunakan untuk berjaya. 


Selamt tahun baru hijrah, semoga penerangan saya berkenaan konsep SWOT analysis ini dapat membantu diri anda untuk menjadi lebih baik di masa hadapan. 



No comments: