Thursday, December 9, 2010

Islam Imperialisme

Pernah dengan perkataan Islam Imperialisme. Saya yang memberikan perkataan ini ini. Imperialisme lebih dimudah difahami iaitu kesan daripada penjajahan. Islam Imperialisme mudah difahami sebagai kesan penjajahan terhadap agama Islam. 

Pendeta Zwemer pernah berkata kepada para orientalis yang meghadapi kesukaran untuk menyesatkan orang islah dengan berkata :
" Sesungguhnya kamu ini bertugas menyiapkan keturunanmu di negeri-negeri Muslim yang tidak mengenal Allah swt. dan memang tidak ingin mengenaliNya. Kamu ditugaskan mengeluarkan orang Muslim daripada agama Islam tanpa memasukkan mereka ke dalam agama Nasrani. Akan lahir keturunan Islam yang sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh imperialisme. Suatu keturunan yang sama sekali tidak mampu memerhatikan perkara-perkara yang penting dan hanya ingin bergembira sahaja dan malas. Hanya menuruti hawa nafsu semata-mata dalam kehidupan dunianya......"

Secara kasarnya ayat ini, siapakah keturunan itu? adakah sebahagian besar daripada kita iaitu yang saya maksudkan orang Islam di Malaysia sudah terjebab dripada keturunan negeri Muslim yang tidak mengenal Allah swt. Semoga kita dijauhkan daripada perkara-perkara itu.

Tetapi saya yakin ada dari mereka orang yang bernama Islam tetapi kehidupannya hanya bergembira sepanjang masa. meningalkan kewajipan yang dituntut oleh agama Islam kepada mereka. Bantulah orang-orang begini supaya mereka dapat mendekatkan diri kepada ajaran agama Islam yang syumul ini. Terangkan kepada mereka bahawa dunia adalah sementara dan sedarkanlah diri mereka kepada balasan Allah swt di akhirat kelak. 

Ibu bapa yang mendidik anda perlu menghantar ke sekolah-sekolah yang beraliran agama kepada anak-anak mereka.

Saya yakin ini adalah salah satu cara yang diamalkan oleh kebanyakan ibu bapa pada zaman sekarang. Jika kita lihat ibu bapa sering berusaha untuk mendapatkan tempat terbaik untuk anaknya belajar dalam bidang agama. Supaya anak itu akan cemerlang dari segi agama dan duniawi. Jangan terperanjat jika saya katakan bahawa mencari tempat pendidikan terbaik untuk anak-anak ini juga satu kewajipan yang dituntut oleh agama Islam. 

Memberikan pendidikan agama kepada anak-anak akan mendatangkan  manfaat kepada ibu bapa itu sendiri kelak apabila mereka sudah dewasa. Saya risau, jikalau ibu bapa yang pada waktu sekarang senantiasa sibuk dengan urusan kerja yang tidak pernah selesai mengabaikan tanggungjawab mengjar paling kurang Fardhu Ain kepada anak-anak mereka. Lahirlah masyarakat Islam tinggal pada nama sahaja. Solat tidak reti, baca alquran pun sama. Supaya kita dapat membantu jika kita melihat anak-anak jiran kita ada yang dalam keadaan sedemikian. 

Anak-anak hendak belajar agama, bagaimana pula dengan Guru-guru? Guru-guru juga perlu mengenjar serba sedikit mengenai kefardhuan dalam Islam. Jangan hanya fokus kepada matapelajaran yang diajar kepada anak murid, terutamanya guru-guru yang mengajar subject sains dan matematik serta bahasa. Guru-guru juga pada pandagan saya perlulah berpakaian sopan dan menutup aurat menjaga tingkah laku, supaya dapat menjadi contoh kepada anak muda zaman sekarang

Maaf jika saya menyatakan bahawa guru-guru wanita terutama sekali tidak menjaga perkara-perkara yang selalu dilihat oleh pelajar terutamanya bab-bab pakaian. Cukup sekadar pakaian untuk sopan dan menutup aurat juga sudah boleh menjadi contoh kepada anak-anak murid anda.

Secara kesimpulan yang saya dapat bawa pada pagi ini, membentuk anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat, bergantung kepada contoh kita kepada mereka. bagaimana kita mengasuh mereka supaya dapat menjadikan yang terbaik. Pendidikan yang sempurna bakal menghasilkan anak muda yang baik suatu masa nanti. 


No comments: