Wednesday, December 15, 2010

Gunung Irau 10-12 Desember


Gunung Irau terletak di Brincang, Tanah Tinggi Cameron Highland. G. Irau merupakan gunung yang mempunyai ketinggi 6924ft dari aras laut menjadikan ianya merupakan gunung ke-9 tertinggi di Semenanjung Malaysia. Ramai yang masih tidak tahu kewujudan Gunung ini, namanya tidak terkenal seperti Tahan dan Ledang, tetapi harus diketahui bahawa Irau juga mempunyai kelebihan tersendiri. OHM pada kali ini seramai 25 orang berkumpul kali ke 2 pada tahun 2010 untuk bersama-sama menawak puncak Irau. Ikuti langkah2x perjalanan kami sepanjang pendakian dan turun kami... dari puncak Irau.



10 Desember 2010 (Jumaat)



Peserta bertolak dari kediaman masing dan mengambil rakan-rakan masing2x untuk dibawa bersama. Konsep kongsi kereta diamakan untuk memelihara alam sekitar.




11 Desember (Sabtu)



Jam 12.00 tgh malam, menyusuri aktiviti pertama, iaitu peserta berkumpul di R&R untuk makan malam dan juga meluahkan perasaan rindu sesama sendiri. Perasaan rindu diluahkan melalui kata-kata pujangga yang susah hendak dilafazkan. Setelah semua berkumpul, kami bergerak ke Simpang Pulai, pada kali ini kami mengikut laluan Simpang Pulai untuk ke Brinchang, kerana keadaan jalan yang baik. Setelah tiba di Simpang Pulai kami pickup rakan kami yang juga menunggu di sana, untuk kita bergerak bersama ke Brinchang. Pendakian ke brinchang menggunakan kereta telah bermula... Alhamdulillah, perjalanan awal pagi ke pekan Brinchang menyegarkan pemandangan mata. Dan alhamdulillah, kami tiba di Pekan Brinchang seawal jam 3.30 pagi dan semua kenderaan berjaya mendaki.. 



Tatkala tiba, pemandu-pemandu kebanyakan merehatkan mata. Ada juga yang membuat persiapan untuk ke puncak. hari semakin awal pagi, semakin sejuk di rasakan sehingga ke tulang. Azan subuh berkumandang, pendaki-pendaki OHM bergerak menuju ke Surau Brinchang untuk mengerjakan solat Subuh. Ada antara mereka yang mendengar kuliah subuh selepas solat. Maklumla.. waktu berkumpul 7.00 pagi.



selepas solat subuh ada yang sudah menunggu depan kedai makan, setelah selesai menunaikan solat Subuh. Menunggu dalam keadaan kelaparan dan kesejukan di hadapan gerai untuk menikmati sarapan. Alhamdulillah, dapat juga kami mengumpulkan tenaga untuk digunakan ke Puncak Irau pada pagi ini. Setelah selesai, barulah kedengaran gelak tawa pendaki OHM!, sungguh menceriakan suasana pagi.



Hujan! renyai-renyai je... ketika kami hendak ke pertengahan Gunung Irau, untuk kami meletakan kereta. Perjalanan awal pagi itu sangat ceria. Tuan Syed telah mendaftarkan kami di Balai Polis Brinchang sebagai makluman bahawa kami yang seramai 28 orang ini hendak mendaki ke Puncak Irau. Dengan gembira Tuan Polis itu menerimanya. Menaiki ke pertengahan puncak kami hadiahkan kepada mata satu pemandangan ladang teh yang tidak dapat dinikmati di Kuala Lumpur. 

Perjalanan berjalan lancar. Sampai jer di pertenghan Puncak kami mengambil beg dan membuat persiapan terakhir ke Puncak Irau. Alhamdulillah cuaca mengizinkan kami ke puncak. Pendakian bermula pada jam 9.00 pagi itu dimulakan dengan Stretching dan Bacaan DOa. Untuk mengambil keberkatan. Tuan Syed juga memberikan peringatan kepada semua pendaki Rules & regulation



Kami bersama-sama mendaki, Alhamdulillah semua peserta sihat walafiat dan dpaat mendaki dengan penuh semangat. Walaupun kesejukan peluh tetap keluar. Pendakain sejauh 2.38km dan selama 4-5jam... Disebbakan keadaan track yang sangat lembap, dan pendakian yang mencanak ke atas membuatkan waktu pendakian lama. DItambah pula dengan keadaan cuaca yang sejuk. Pendakain berhenti di Puncak Tipu, atau anak irau..



Setelah tiba semua peserta di Anak Irau, kami meneruskan sekali lagi perjalanan terus ke puncak. Setibanya di puncak pada jam 2.30 kami memasang khemah.. Sejuruh khemah dipasang, hujan yang menambhakan kesejukan di puncak settingi 2118m atau 6924ft itu pun turun. Mujur ada tempat berlindung, Semua mengambil tempat dalam khemah. Ada juga yang dapat menahan kesejukan sambil membetulkan dan memsangkan bahagian lain di luar khemah. 



Seterusnya, ketua Chef, Jai mengambil tempat untuk masak... Pertama kita masak air dulu.. untuk memanaskan badan. Dibantu dengan srikandi yg ayu.... huhu masak makan tengah hari dan masak makan malam sekali. Ikan masin sekeping2x di goreng, dan se-ekor demi sekor dicuri masuk2x masuk ke dalam mulut



Tiba suatu ketika khemah masakan menjadi tumpuan kerana suasana yang hangat! Bukan kerana radio yang dipasang. tetapi kerana bekas makanan yang sudah kepasanan ramai yg membantu memegang periuk yang tidak thn lama juga kepanasan. tetapi ada juga yang terpaksa memanaskan diri di khemah kerana persaingan di dapur amat mencbar.. huhuhuh



Tiba nasi masak, semua datang.. makan pun x banyak.. takut cangkul bergerak digunakan. Mujur cangkul itu digunakan untuk dua kali sahja... (tuuuttt)... haha Hidangan untuk makan malam sangat sedap, terima kasih kepada mereka yang membantu dan ketua Chef...



SOlat juga tidak dilupakan walaupun dalam keadaan yang sejuk, solat dilakukan sehingga mengigil kedua-dua belah kaki. Kami jama' asar dan zohor serta maghrib dan Isya'. Setelah perut menjadi kenyang, ramailah antara kami yang masuk ke khemah masing2x. ada yang sentry sehingga jam 2.00 pagi beramai-ramai di tengah2x kesejukan sambil bermesra-mesraan... Ramai tau bukan 2 orang jer



12 Desember 2010 (ahad)



Pagi itu, masih terdengar rungutan kesejukan. Nasib baik waktu malam kami tidur itu tak hujan. Kalau hujan alamatnya tak dapat kami melelapkan mata dan keluarlah air mata... huhu Alhamdulillah. Chef mengambil tempat untuk memanskan air... untuk dimasak. Minyak dan Santan sudah beku. Dua menu pada pagi itu, Meehon goreng dengan nasi goreng.. terima kasih kepada semua yang membantu di khemah masakan.. Alhamdulillah. Walaupun hari kedua, semua peserta berada dalam keadaan sihat walafiat. Sarapan telah dinikmati, tiba masa untuk kami kemas semula barang-barang kami untuk dibawa turun. Muatan telah dikurangkan kerana air yang dibawa semasa naik sudah habis digunakan. (4.5L minium seorang bawak naik)





Sebelum turun, kami mengabadikan kenangan dengan mengambil gmabar beramai-ramai. Alhamdulillah, gmabar yg diambil menjadi.. huhuh terima kasih kepada Jai yang mengorbankan DSLR untuk dibawa ke atas. Sampah-sampah dari atas juga kami bawa turun, sebagai usaha program kemasyarakatan kami.


Perjalanan untuk turun mengambil masa 4 jam. Kami bergambr-gmabr antara Punak Irau ke anak Irau kerana suasana sangat menarik. Setelah tiba di anak irau, ada anatar buka balik ground sheet dan menikmati minum, dan ada antara kami terus turun kebawah kerana hendak mengambil maggie dalam kereta. 



Yang penting semua selamat sampai... jam 5.00 petang kami beredar daripada Pertengahan puncak ke tanah rata. Dalam perjalanan pulang kami menikmati suasana dengan mengambil gmbr2x yang menarik. Alhamdulillah... Ladang Teh Milik "BOH" menjadi lokasi pengambaran kali ini. keadaan cuaca pada waktu itu sangat cerah. Setelah solat Jama' asar dan zohor kami menikmati makan tengah hari di waktu petang di Tanah Rata. Satu gerai kami bersembang bersama... huhuhu Untung Orang Ramai kerana turut tersenyum melihar dan mendengar gelak ketawa kami. 



Terima kasih kepada semua yang menjayakan Pendakian di puncak Irau dan yang terlibat secara tidak langsung..... jumpa lagi untuk program akan datang




Ditulis untuk OHM : http://oranghutanmalaya.blogspot.com


2 comments:

azliah mohamed said...

seronoknya...bila la nak mendaki lagi ni agaknya..

YayannnnB said...

syg korang semua! <3