Wednesday, December 8, 2010

Mengukur Nilai kecerdikan Seseorang

Kita sering mendengar bahawa kecerdikan seseorang adalah bergantung kepada keputusan atau hasil daripada usaha seseorang. Ianya adalah salah satu perkara yang betul, tetapi sebenarnya ia adalah bukan pelengkap bagi kecerdikan. Malah ia kalah dengan seseorang yang mengukur kecerdikan mereka dari segi agama.

Sabda Rasulullah:

"Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati." (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya.)

Mudah untuk saya katakan bahawa, selalulah mengingati mati. Selalulah mengingati bahawa jika kita melanggar printah-Nya api neraka yang membera akan dihidangkan bersama semasa di neraka kelak. Dan minum air yang menggelegak, kerana tiada sumber air yang lain dipersekitaran dan tekak anda terasa terlampau dahaga. Makan buah-buah yang berduri tajam, ini semua terpaksa kerana tiada makanan yang enak-enak di hidangkan kepada penghuni neraka.

Jika anda bersikap baik melakukan kefardhuan Allah swt. Makanan dihidangkan dari sungai yang mengalir, apa sahaja yang diidamkan akan mengalir melalui air sungai. Dihimpun bersama bidadari dari syurga yang memberikan layanan terbaik untuk diri anda. begitu indahnya syurga jika dalam dunia yang sementara ini kita manfaatkan dengan melaksanakan kewajipan Allah swt dan melakukan kebaikan sesama Insan.

Beginilah cara untuk kita membayangkan syurga dan neraka. Dua keadaan yang sungguh berbeza. belum lagi saya menceritakan semasa hari perhitungan, dimana matahari sejengkal di kepala. Inilah orang yang paling cerdik.

orang yang yang mengingati mati pula bukan sahaja mengingati dari segi balasan di akhirat, namun dia juga mengingati sumbagannya kepada masyarakat yang ada dibumi. Adakah apa yang dilakukan itu sebenarnya akan memberi manfaat kepada anak-anak, ibu bapa dan masyrakat selepasnya. Itulah sebabnya orang yang mengingati mati akan melalukan amal jariah seperti membina masjid, mengumpul harta kekayaan didunia untuk generasi akan datang, dan menyebarkan ilmu yang dimiliki sebanyak mungkin untuk generasi yang akan datang,

lazimnya, berapa kerap kita mengingati mati. Manusia mengingati mati semasa berada dalam kesusahan, inilah sifat yang perlu dijauhkan dari diri seseorang. Jika kita tengok pengalaman hidup, seseorang itu apabila mengalami kesakitan pada diri baru terlafaz dari mulutnya "aku nie dah nak mati...". Baru teringat dalam diri mereka bahawa mati akan menjemputnya. Cara terbaik untuk mengingati mati adalah dengan senantiasa membaca alquran dan mengerjakan solat. Membaca alquran bukan sahaja daripada bahasa arab semata-mata, membaca sekali maksud yang telah diterjemahkan kepada bahasa yang anda fahami. Dalam alquran sering diperjelaskan berkenaan dengan kekuasaan Allah swt, kehidupan di akhirat dan balasan diatas kemungkaran Allah, terkandung juga nilai-nilai hidup dunia. Itulah kitab suci yang membaw kepada pelengkap diri.

Ingatlah bahawa nilai cerdiknya seseorang bukan dari segi ilmu dunia semata-mata, ia juga adalah seseorang yang mengingati mati. Orang yang mengingati mati adalah orang yang berfikiran jauh kehadapan.

Semoga hidup kita didunia senantiasa disamping rahmatnya. Amien

No comments: