Tuesday, December 7, 2010

Night Driving Dalam kehidupan


Jika anda pernah memandu pada waktu malam, saya yakin anda juga pernah melihat gambaran seperti diatas daripada kaca mata sendiri. Pada kali ini, penulis mahu membawa saudara/i satu konsep dalam kehidupan yang berkaitan dengan pemanduan pada waktu malam.

Melalui gambar ini, saya dapat jelaskan bahawa jika hendak melangkah 1000 langkah haruslah bermula dengan satu langkah.

Seperti mana kita memandu kenderaan pada waktu malam, sebenarnya kita hanya dapat melihat paling kurang 3 meter dihadapan walaupun dan pemandangan kita amat terhad kerana suasana gelap di kiri dan kanan, depan dan belakang. Namun oleh kerana kita hanya dapat melihat paling kurang 3 meter di hadapan kita teruskan perjalanan untuk melihat lagi 3 meter. Dan seterusnya kita sampai ke destinasi yang hendak dituju.

Sama juga jika hendak berjaya, kita tidak dapat mengetahui apa yang berlaku pada keesokan harinya tetapi kita hendak berjaya oleh itu kita teruskan  daya usaha kita untuk berjaya tanpa menghiraukan halangan dari hadapan, kiri dan belakang. Jika semasa kita melangkah untuk berjaya, kita terjatuh kerana mengalami situasi yang tidak dapat dielakan. Kita harus bangun untuk mencapai matlamat yang telah diletakan.

Ingat, pada penulisan saya sebelum ini bahawa matlamat haruslah diletakan dihadapan diri kita setiap masa, tukarkan matlamat dari bentuk visual supaya senang dilihat setiap hari.

1 comment:

Anonymous said...

nice one.. =p