Allahuakbar.. allahuakbar.. allahuakbar, walillahilham
Sejauh mana nda bergembira untuk menyambut Aidiladha. Sesetangah dari masyarakat kita, saya percaya. Ada antara mereka tidak membuat persiapan sempena Aidiladha yang akan disambut besok di Malaysia dan ada antara sudah sambut pada hari ini. Walaubagaimanapun, semua Islam akan bersama menyambutnya.
Pengorbanan adalah salah satu yang satu yang diertikan sempena Aidiladha. Bagi saya pengorbanan yang umat Islam seluruh dunia kini merasai adalah pengorbanan untuk melihat sejarah kegemilangan Islam terletak di muzium dan pengorbanan untuk hilangkan kesatuan Islam di seluruh dunia.
Inilah dua jenis pengorbanan yang umat Islam perlu lihat. Pengorbanan inilah menyebabkan umat Islam semakin mundur dan lebih menyedihkan apabila kita melihat keadaan semasa bahawa umat Islam dilabelkan sebagai penjajah.
Dalam majalah solusi edisi yang terkini, ada wawancara bersama dekan pusat matrikulasi UIA. Dalam teks pembacaan tersebut saya tertarik dengan usahayang beliau lakukan untuk menarik pelajar-pelajar miskin dan luar bandar untuk belajar di UIA. Walaupun, jika diperhatikan secara maritokrasi, sebanarnya pelajar-pelajar tersebut sebenarnya tidak layak untuk menduduki universiti berkelaskan Antarabangsa itu. Tetapi, pengorbanan yang telah dijalankan oleh beliau memberikan suntikan semangat baru kepada pelajar tersebut untuk terus berjaya. Alhamdulillah, pelajar-pelajar tersebut juga telah membuktikan kecemerlangan beliau dengan mendapat keputusan cemerlang, setanding dengan pelajar-pelajar yang cemerlang.
Inilah salah satu perubahan yang memerlukan juga pengorbanan yang positive untuk orang Islam. Pengorbanan ini sebenarnya tidak memerlukan wang, tetapi hanya melakukan akal dan fikiran untuk memajukan lebih ramai daripada mereka untuk berjaya. Anakledang0616 mendoakan kepada semua yang berusaha untuk merubah hidup bangsanya mendapat rahmat daripada Allah swt. Amien....
Kerelaan untuk umat Islam bersatu saya lihat seperti ada jalan penyelesaiannya. Kerana umat Islam hanya berpegang kepada rukun Islam dan Rukun Iman. Disitulah terletaknya penyatuan umat Islam. Insyallah.... Umat Islam dalam perbuatan seharian haruslah berlandaskan Quran dan Sunnah. Sepertimana yang telah dibawa oleh Rasullah saw. Baginda telah menyatukan masyarakat di Madinah kemudian membentuk satu negara yang bersatu melalui kebijaksanaan Baginda mewujudkan Perjanjian Aqabah. Saya dapat melihat akan ada satu hari nanti satu titik penyetepaduan umat Islam
Saya mengucapkan Salam Aidiliadha. Semoga pengorbanan kita mendapat rahmat dan syafaat darinya. Bersama menghayati konsep memberi dan menerima.
Allahuakbar, allahuakbar.. alhuakbar walillahilham
1 comment:
Salam Aidiladha!
"Tangan yang memberi, lebih baik dari tangan yang menerima.."
Post a Comment