Thursday, November 18, 2010

Debaran SPM 2010


SPM 2010! Cabaran untuk adik-adik yang berusia 17 tahun. Alhamdulillah aku telah mengalami detik cemas ini semasa 2003. Sudah 7 tahun aku meningalkan detik itu. Untuk adik-adik yang bakal menduduki SPM 2010, pihak anakledang0616 akan memberikan sedikit tips untuk adik-adik.


Pertama, Cium tangan mak ayah, cakap kat mak ayah doakan saya untuk medoakan yang terbaik untuk SPM pada tahun ini.
Kami yakin yang percaya kunci kejayaan dan keberkatan hidup seseorang untuk hidup didunia dan diakhirat bukan sahaja sentiasa berdoa kepada Allah swt. Tetapi mendapat berkat dan keampunan daripada ibu bapa juga adalah penting. Kami amat berharap, kepada adik-adik disaat-saat hendak peperiksaan ini dan selepas ini, menjaga hubungan baik dengan penjaga adik-adik. Jika adik-adik ada yang tinggal di asrama seperti mana kami dahulu, kami amat berharap adik-adik dapat menghubungi ibu-bapa adik-adik kerap dari biasa. Melaporkan apa yang adik-adik  buat sekarang. Dan kami berharap ibu bapa juga dapat mendoakan kejayaan yang terbaik untuk adik-adik. Insyallah

Kedua, Minta maaf kepada guru dan mengaku kesilapan yang telah dibuat kepada guru-guru tersebut
Zaman persekolahan, suasana belajar di kelas adalah salah satu masa yang amat panjang. Kami yakin dan percaya, kadang-kadang adik-adik ada yang terumpat belakang guru yang mengajar adik-adik ataupun bukan mengajar adik-adiknya. Mohon maaf kepadanya. Jika ada guru-guru yang adik-adik merasakan dia membuat kesalahan kepada adik, sebaiknya adik maafkanlah guru itu. Tetapi, kami yakin guru-guru sebenarnya telah membuat perkara yang terbaik untuk adik-adik sempena peperiksaan SPM pada kali ini.  Tiada sebab untuk adik-adik menyimpan dendam. Teringat kami, semasa belajar  dahulu, kami beratur panjang untuk memohon maaf kepada guru-guru kami. Secara mata kemata. Saya harap, walaupun sekolah adik-adik tidak mengajurkannya program seperti itu, adik-adik sendiri pergi meminta maaf kepada guru-guru. Kalau adik-adik berasa sangat segan, paling terukpun adik tulislah sepucuk surat kepada guru ataupun adik kirimkan kad untuk meminta maaf kepada guru adik-adik. Ilmu itu adalah ilmu daripada Allah SWT. Guru hanya menyampaikanya, Allah akan meredhai ilmu itu jika kita hormat kepda yang menyampaikannya.

Ketiga, bersikap confident diri, kepada yang pandai ajarlah rakan-rakan yang lemah. Dan rakan-rakan yang lemah, dapatkan nasihat kepada rakan-rakan yang pandai dengan subject tersebut
Adik-adik telah menyimpan masa selama 2 tahun untuk peperiksaan SPM kali ini. Kami yakin, ada antara rakan-rakan adik-adik seperti boleh melelapkan mata untuk menjawab peperiksaan tersebut, dan aada juga tidak dapat menjawab peperiksaan tersebut. Kepada mereka yang berkeyakinan diri untuk lulus cemerlang dalam SPM kali ini, ajarlah rakan-rakan adik-adik yang lemah. Kami menjamin tiada kekurangan ilmu jika adik-adik mengajar rakan-rakan adik-adik yang lemah, tetapi Allah swt melipat ganda usaha adik-adik dengan menambahkan ilmu itu kepada adik-adik. Insyallah. Tolong ya kawan yang lemah, dan kepada yang lemah jangan berdiam diri membisu sahaja. Make an action for your self.

Keempat, jaga pemakanan dan kesihatan
Ini amat penting, ada antara kita yang secara lazimnya selalu tidak menjaga aspek makanan. Jangan makan organ-organ dalaman seperti hati ayam. Kerana ia amat tidak baik untuk kesihatan otak. Jika adik-adik mengalami tekanan “stress” yang melampau juga boleh mengurangkan neoron di otak adik-adik. Oleh itu jangan tension-tension sangat. Gembira J selalu.

Kelima, rajinkanlah untuk membuka buku
Buka buku pada saat akhirnya ini untuk kita flashback semula apa yang telah kita pelajari. Walaupun kita sudah membuka 1000x sekali pun, bukalah lagi... sehingga sampai masa untuk exam. Jika adik tidak bukak buku sekarang, pasti adik akan berasa kerugian. Kemana-mana bukaklah buku. Tidak lama pun adik-adik sehingga peperiksaan nnt sahaja. Lepas tue, simpanlah buku itu... bukaklah buku yang lain pulak yer...

Oklah tue kan... kelima-lima ini sebenarnya amat penting. Yang penting kiyta jaga hubungan kita dengan Allah. Jika pada masa peperiksaan adik-adik berasa buntu. Beristigfar dan bersalawatlah kepada Allah swt. Semoga Allah swt merahmati usaha adik-adik.

Good Luck SPM 2010 Candidate. Target all A+

No comments: