Thursday, November 11, 2010

The Secret Reveal


Salam sejahtera,



Cuti sem bagi saya sudah bermula... bukan bermakna untuk saya tidur sepanjang masa atau berehat sepanjang masa, tetapi ada beberapa kerja lain yang saya perlu uruskan dengan bijak. Dan banyak lagi bahan bacaan lain yang saya perlu kaji dan baca untuk diri saya sebagai persediaan hidup saya untuk masa depan saya. Termasuk persediaan hidup untuk mengadapi semester yg akan datang, yang penuh dengan cabaran. Insyallah semuanya berjaya.

DVD yang saya order daripada amazon.com US yang sepatutnya tiba pada awal desember alhamdulillah tiba pada masa yang tidak diduga.  DVD  bertajuk "The Secret" adalah DVD yg saya cari selama ini. Di Malaysia, terutamanya di kedai buku terkenal di Malaysia seperti MPH ada jual buku The Secret sahaja. Tetapi, DVD The Secret memang susah untuk didapati. Saya lebih berminat belajar secara visual berbanding dengan huruf.

Logo "the secret" yang terdapat pada buku dan DVD


Documentary pada tahun 2006 ini saya telah saksikan pada tahun 2006 juga. Dengan DVD cetak rompak dijual dengan harga RM20.00. Tetapi, DVD tersebut tidak tahan lama.. lalu ia rosak. Dan kini hanya tinggal kenangan dan akan membuangnya dalam masa terdekat. Disebabkan saya respect dengan hasil pemikiran penulis, saya bercadang untuk membeli DVD yg original dari amazon.com.

Percayalah kepada saya, jika anda membaca buku atau menonton DVD the secret ini, ia pasti boleh mengubah hidup dan pemikiran anda. Yang penting adalah pemikiran bersikap positive.

bagi umat Islam, saya percaya... bahawa selepas menonton the secret ini anda boleh menambah pendekatan diri anda kepada agama. Dengan selalu berdoa kepada Allah swt. Ingat Allah swt maha adil atas segalanya.

Percayalah, anda melabur kurang RM100.00 dengan membeli sebuah buku ataupun DVD The secret. dan anda akan amalkanya. RM100.00 itu sebenarnya hanyala 0.01% nilai daripada kejayaan anda.


1 comment:

nowasheeda said...

the secret tu pasal ape..??keagamaan ke..??