Assalamualaikum
Hari ni saya nak menceritakan daripada buah fikiran saya. maklumla... mungkin sebab saya seakrang ini sedang dalam proses membaca buku "strategi laut biru" ataupun saya cuba hendak mengulas dan menceritakan daripada pengalaman dan daripada pembacaan saya mengenai konsep selling.
Anda tahu tak, selling juga mempunyai skil yang tersendiri. Setiap seorang yang membuat selling perlu mengetahui skill. Skill perlu terutamanya dalam proses mengawal emosi, pengatur body language dan followup.
Dalam pengalaman saya semasa berada dalam MLM yang terkemuka. Followup customer sangat dititikberatkan.... Itu adalah penting, saya yakin daripaa fllowup anda boleh mengawal emosi dan pengatur body language anda.
Saya ada pengalaman terkini, saya ada satu pelangan, bernama "x". MrX sebelum ini ada membeli kasut daripada saya. Saya menjualnya dengan harga RM150.00. Kemudian tidak lama selepas itu, MrX kembali komplain kepada saya dia membuat statement dengan mengatakan kasut yang saya jual itu tidak original. Ditambah pula dengan sms yang bermacam-macam cuba menafikan yang kasut saya tidak original. Kemudian saya dengan polisi kejujuran saya, membenarkan MrX untuk pulang balik kasut tersebut dan kami akan pulangkan duit 100%. Alhamdulillah, MrX berasa amat bersyukur kerana duit dan kasut dapat dipulangkan semula. Beberapa bulan selepas itu, saya mendapat panggilan dari MrX juga. dia cakap, baru-baru ini kasut kasut yang sama dia beli di butik hilang. Kemudian dia berhajat untuk membeli semula kepada saya. Kemudian, saya terperanjat... apabila die ckp dengan salah seorang yang dtg melihat dan mengatakan bahawa "susah nak dapat kasut original yang nie". Dan saya hanya tersenyum sahaja. Tanpa mengungkit walaupun satu pun kisah lama. Dan mengingatkan kembali proceeding kami yang telah ditetapkan. Semuanya sama sahaja.
yang nie return customer, kami tidak pasti dari mana mereka datang. Tapi mereka datang semula. Ada yang betul-betul puas hati, ada yang kurang puas hati dan ada yang langsung tidak puas hati walaupun kami telah membuat yang terbaik untuk mereka. Dan kami tetap berazam, untuk membuat yang terbaik untuk pelangan kami (kedaicrocs.com, crew)
Ok berbalik daripada 3 sikill dalam selling yang saya bagitahu tadi
Yang pertama, kawalan esmosi. Saudara/i orang menjual, emosi adalah salah satu perkara yang sangat penting. Dalam selling kita bukan membina relationship sehingga kita dapat jual ataupun selagi orang itu bersama dengan kita. Dalam selling kita membina relationship dari setiap orang yang kita jumpa dan kenal. Tidak kira, samada dia berminat dengan produk kita ataupun die langsung menolak. Tetapi, building relationship is like building a link. Dalam bisness "link" itu bagi kami amat penting. Event kalau anda bukan seorang penjual juga, building relationship each other amat penting. Rasionalnya, secara lazimnya,. jarang seorang usahawan itu hanya menceburi satu bidang perniagaan sahaja. Terutamanya mereka yang melibatkan dalam aktiviti jualan langsung. Daripada pembacaan saya, saya dapat lihat mereka akan menceburi bidang perniagaan lain dan mencari2x perniagaan lain yang lebih menjami diri mereka. oleh itu, jika dia tidak berminat dengan barang anda jual sekarang, bukanya dia tidak sukakan anda. tetapi, dia hanya tidak dapat menerima barang anda sahaja. Mungkin jika satu hari nnt anda membina sebuah perniagaan lain, mungkin mendatangkan minat kepada dia secara sendiri untuk bersama anda. Untung bukan... jika anda terus melupakan dia, sudah tentu anda terlepas satu peluang di masa hadapan. itu sebab penting kawalan emosi. Kita menjual diri kita actually bukan menjual product kita. Percayalah, long term relationship sebenarnya meletakan keihkalasan kita kepada seseorang.
Yang kedua mengenai body languange, ok. sebanrnya apa yang kita cakap sebeanrya kurang 1/3 pengaruh seseorang itu untuk menerima jualan kita. Sebab apabila beliau pandai membaca "body language" seseorang. 2/3 ini adalah faktor kegagalan jika anda cuba penipu pembeli. 2/3 datang daripada percakpan, gerakan, gerakan mata dan lain-lain. Susah untuk seseorang itu menipu body languange dirinya. Tetapi, senang bagi seseorang yang melihat dirinya bagi mengenal pasti gerak langkahnya. Body Language saya belajar melalui satu buku bertajuk "Body Languange" karya :allan, berbara. Ok saya bagi contoh, jika seseorang sambil bercakap sentiasa memmandang ke bahagian kiri atas, sebenarnya ornag itu dalam keadaan emignasi, bukannya fakta. So, memang lebih dekat lagi sebanrnya orang itu cuba untuk menipu dirianda. Berwaspadalah,
Yang Ketiga, yang nie bukan terkahir sebab selepas ini saya juga akan menerangkan mengenai teknik kecil yang anda harus tahu. teknik ini adalah "follow up". ok pegang formul ini 1,3,5..ini adalah formula folowup x silap saya. Jika anda mendapati seseorang itu tidak berniat dengan promosi atau barangan anda, anda harus followup, Jika anda ada pembeli juga anda harus followup. Ok saya ada satu pengalaman lagi, semasa berada di Shah Alam saya berjumpa dengan salah seorang pelangan kasut saya. Dia menegur saya, dan kemudian saya membalas teguran dia. dia memperkenalkan dirinya, kemudian kami berborak dengan bertanyakan khabar masing-masing. Yang penting saya bertanyakan kepada dia, barang yang dijual. Adakah ianya o.klagi atau tidak. Yang nie adalah followup untuk mereka yang pernah membeli barnag daripada saya. Setiap kali ada return customer saya akan bertanya mengenai kasut yang dia telah beli sebelum ini. Followup ini skill die sangat mendalam. Cubalah cari buku tentang teknik followup, sebab kita bermain dengan kata-kata. Bak kata pepatah, "terlajak perahu boleh diunder, terllajak kata, burukpadahnya".
Teknik-teknik kecil dalam selling yang penting menjaga budaya. Setiap kaum di Malaysia ini mempunyai budaya yang berbeza. Justeru anda harus faham mengenai pantang larang budaya seseorang itu. Dengan mengenali budaya seseorang itu, dan memahi budaya mereka perkara ini akan memudahkan proses jualan kita. FORM.HD tak silap saya, pernah digunakan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta identitu seseorang. Setiap satu huruf diisi maklumat itu sebanyak mungkin. maklumat tersebut boleh dicari melalui laman peribadi seseorang ataupun laman sosial.
Ingat, Selling need a skill come together with technique and most important things is APPLICATION.
khairul anwar
Cheras, Selangor
23:37
12/11/2010
No comments:
Post a Comment