Thursday, November 18, 2010

Perjuangan Belum Pernah Selesai.... Kita Masih dalam Perjuangan Anak Ledang!


السلام عليكم kepada seluruh perjuang-pejuang yang menegakan agama bangsa dan negara. Perjuang yang tidak pernah jemu mengenalkan erti putus asa. Walaupun dunia cyber digunakan untuk  menabur fitnah terutamanya untuk mereka yang berjuang demi agama bangsa dan negara. Tetapi, diri ini yakin bahawa SEMANGAT pejuang-pejuang panji-panji negara masih MEMBARA di hati. Alhamdulillah... bersyukur kerana pejuang-pejuang yang menegakan agama bangsa dan negara masih lagi dapat menikmati kehidupan dengan rahmat dari Illahi. Semoga Allah SWT senantiasa merahmati kehidupan kita sebagai pejuang agama. 

Sebarkanlah kebenaran, bukan kerana nafsu, bukan kerana dendam, bukan kerana dengki, bukan kerana harta, bukan kerana budi.. tetapi kerana semangat kita untuk mempertahankan yang hak demi agama bangsa dan negara. Jadikanlah sejarah yang benar sebagai satu rujukan supaya kita dapat melarikan diri daripada kesilapan mereka. 


Sahabat dicari, musuh di jauhi.. Tatkala sahabat terpesong, janganlah dibiarkan dia berlari terpesong. bawalah dia pulang. Tatkala sahabtmahu mengundur, pegang tanganya bawalah bersama. Tatkala sahabat mula ragu-ragu dengan kata-kata anda, duduklah semeja berbincang bukan berperang. Tatkala dipegang semakin rapuh kerana kesempitan, tariklah tangan sahabatmu semampu mungkin agar dapat tertolak daripada kesempitan, tetapi harus diingat bahawa sahabat kita bukan lawan kita, musuh bukan dari dalam selimut dan kata-kata boleh menjadi penawar atau racun kepada sahabat kita.


Perjuangan perlukan ilmu, ilmu pula perlukan amal, amal pula haruslah menepati syariatnya. Ilmu tidak dapat seperti mengalirnya air di badan. Ilmu datang daripada pengalaman yg memerlukan pengorbanan. Pengalaman tidak dapat dengan melelapkan mata, pengalaman di dapati daripada diri yang bergerak  dan orang yang berpengalaman, orang berpengalaman tidak perlu disamarkatakan, haruslah ditinggikan kehormatan dia, jangan sesekali mereka diletak dibawah atau setaraf dengan kita, Orang berpengalaman haruslah ikhlas memberrikan Ilmu yang hanya dipinjam dariNya.


Jangan takut kepada gentaran, gentaran bukan untuk ditakuti, tiada siapa yang harus ditakuti melainkan kekuasaan Allah swt. Jangan Takut kepada herdikan orang apabila kita menuntut hak kita, Sesungguhnya itu hak kita, jangan zalimi diri kita sendiri. Jangan Malu untuk kehadapan memikirkan apa yang orang katakan kepada kita. Ingatlah mereka tidak mengatakan apa-apa kepada kita, percayalah. Mereka hanya bersedia menerima kata-kata kita. 


Berdirilah dalam satu saf yang lurus sepertimana kita mengerjakan solat, tiada jarak yang boleh memisahkan kita. Ikutlah arahan ketua, janganlah menidakkan apa yang dikata. Buang rasa EGO. Jangan menyangka diri itu terlampau PANDAI, sehingga tidak mampu menerima pendapat orang lain. Jangan menyangka diri itu sudah BERJAYA tidak mampu menerima pesanan daripada yang lemah. Jangan biarkan diri itu bersendiri BANGGA dengan apa yang ada. Percayalah, tidak akan lurus dalam Saf itu jika ada berbau BUSUK dalam HATI. Saf yang tidak lurus boleh merobohkan apa yang kita bina bersama. Janganlah sesekali........


Berpeganglah kepada Al-Quran dan Sunnah, bukannya untuk disimpan tanpa diamalkan. Bukannya andaian sendiri itu lebih baik, tetapi andaian sendiri lebih mendatangkan keburukan untuk diri anda, jika anda tidak merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Tingalkan Al-Quran dan Sunah, anda boleh terpesong. JANGAN!. JANGAN mengimpikan Api Neraka membakar diri anda di akhirat, impikanlah Syurga datang menjemputmu



Marilah kita bersama berselawat keatasnya semoga usaha yang kita berkati. 


Berdoalah, semoga doa kita dimakburkanNya



Selamat Datang Warisan Baru Anak Ledang yang bakal dilahirkan bermula 19/11/10
  

1 comment:

nurizza said...

selamat datang era19