Sunday, November 28, 2010

Korea Utara dan Korea Selatan

Peperangan yang berlaku antara Korea Utara dan Korea Selatan bukanlah satu perkara yang baru. Konflik yang berlaku antara Korea Utara dan Selatan ini semenjak June 1950. Penjahan diantara Korea Selatan terhadap korea Utara dan antara Korea Utara terhadap Korea Utara sering berubah antara tahun 1950 sehingga 1953. Dimana wilayah yang ditakluk oleh kedua-dua negara ini berubah
Kalau tuan-tuan mempunyai masa, anda boleh membaca sejarah peperangan korea di wikiedia. Search "korea war" mungkin dapat membantu anda dalam sejarah peperangan Korea Utara dan Selatan.
Penyokong kepada Utara dan Selatan;
Masing-masing mempunyai penyokong sendiri. Sebagai contoh, Korea Utara di sokong oleh China dan Rusia (dua kuasa Besar dunia) dan Korea Selatan disokong oleh (Amarieka). Baru-baru ini, Latihan ketenteraan Korea Selatan di sempadan Korea Utara masih dilakukan menyebabkan korea Utara menyerang Korea Selatan dan menyebabkan 4 kematian, namu Korea Selatan membalas sebanyak 80 das tembakan (korea utara memberikan 200 das termbakan, ke rumah2x).  Mungkin ia adalah amaran daripada Korea Utara supaya tidak membuat latihan ketenteraan di sempadan negara antara mereka.
Apa Kesan kepada negara kita;
Ada yang menyatakan kerisauan terhadap artis korea selatan yang mereka syangai... huhu. Tetapi dari segi ekonomi,  apabila tercetus peperangan antara korea utara dan selatan, ia akan menjatuhkan ekonomi Malaysia. So far, memang anda sedia maklum dengan kepentingan ekonomi ke Korea.

*Introduction, saya akan kupas lagi... berkenaan dengan peperangan ini

Thursday, November 18, 2010

Perjuangan Belum Pernah Selesai.... Kita Masih dalam Perjuangan Anak Ledang!


السلام عليكم kepada seluruh perjuang-pejuang yang menegakan agama bangsa dan negara. Perjuang yang tidak pernah jemu mengenalkan erti putus asa. Walaupun dunia cyber digunakan untuk  menabur fitnah terutamanya untuk mereka yang berjuang demi agama bangsa dan negara. Tetapi, diri ini yakin bahawa SEMANGAT pejuang-pejuang panji-panji negara masih MEMBARA di hati. Alhamdulillah... bersyukur kerana pejuang-pejuang yang menegakan agama bangsa dan negara masih lagi dapat menikmati kehidupan dengan rahmat dari Illahi. Semoga Allah SWT senantiasa merahmati kehidupan kita sebagai pejuang agama. 

Sebarkanlah kebenaran, bukan kerana nafsu, bukan kerana dendam, bukan kerana dengki, bukan kerana harta, bukan kerana budi.. tetapi kerana semangat kita untuk mempertahankan yang hak demi agama bangsa dan negara. Jadikanlah sejarah yang benar sebagai satu rujukan supaya kita dapat melarikan diri daripada kesilapan mereka. 


Sahabat dicari, musuh di jauhi.. Tatkala sahabat terpesong, janganlah dibiarkan dia berlari terpesong. bawalah dia pulang. Tatkala sahabtmahu mengundur, pegang tanganya bawalah bersama. Tatkala sahabat mula ragu-ragu dengan kata-kata anda, duduklah semeja berbincang bukan berperang. Tatkala dipegang semakin rapuh kerana kesempitan, tariklah tangan sahabatmu semampu mungkin agar dapat tertolak daripada kesempitan, tetapi harus diingat bahawa sahabat kita bukan lawan kita, musuh bukan dari dalam selimut dan kata-kata boleh menjadi penawar atau racun kepada sahabat kita.


Perjuangan perlukan ilmu, ilmu pula perlukan amal, amal pula haruslah menepati syariatnya. Ilmu tidak dapat seperti mengalirnya air di badan. Ilmu datang daripada pengalaman yg memerlukan pengorbanan. Pengalaman tidak dapat dengan melelapkan mata, pengalaman di dapati daripada diri yang bergerak  dan orang yang berpengalaman, orang berpengalaman tidak perlu disamarkatakan, haruslah ditinggikan kehormatan dia, jangan sesekali mereka diletak dibawah atau setaraf dengan kita, Orang berpengalaman haruslah ikhlas memberrikan Ilmu yang hanya dipinjam dariNya.


Jangan takut kepada gentaran, gentaran bukan untuk ditakuti, tiada siapa yang harus ditakuti melainkan kekuasaan Allah swt. Jangan Takut kepada herdikan orang apabila kita menuntut hak kita, Sesungguhnya itu hak kita, jangan zalimi diri kita sendiri. Jangan Malu untuk kehadapan memikirkan apa yang orang katakan kepada kita. Ingatlah mereka tidak mengatakan apa-apa kepada kita, percayalah. Mereka hanya bersedia menerima kata-kata kita. 


Berdirilah dalam satu saf yang lurus sepertimana kita mengerjakan solat, tiada jarak yang boleh memisahkan kita. Ikutlah arahan ketua, janganlah menidakkan apa yang dikata. Buang rasa EGO. Jangan menyangka diri itu terlampau PANDAI, sehingga tidak mampu menerima pendapat orang lain. Jangan menyangka diri itu sudah BERJAYA tidak mampu menerima pesanan daripada yang lemah. Jangan biarkan diri itu bersendiri BANGGA dengan apa yang ada. Percayalah, tidak akan lurus dalam Saf itu jika ada berbau BUSUK dalam HATI. Saf yang tidak lurus boleh merobohkan apa yang kita bina bersama. Janganlah sesekali........


Berpeganglah kepada Al-Quran dan Sunnah, bukannya untuk disimpan tanpa diamalkan. Bukannya andaian sendiri itu lebih baik, tetapi andaian sendiri lebih mendatangkan keburukan untuk diri anda, jika anda tidak merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Tingalkan Al-Quran dan Sunah, anda boleh terpesong. JANGAN!. JANGAN mengimpikan Api Neraka membakar diri anda di akhirat, impikanlah Syurga datang menjemputmu



Marilah kita bersama berselawat keatasnya semoga usaha yang kita berkati. 


Berdoalah, semoga doa kita dimakburkanNya



Selamat Datang Warisan Baru Anak Ledang yang bakal dilahirkan bermula 19/11/10
  

Debaran SPM 2010


SPM 2010! Cabaran untuk adik-adik yang berusia 17 tahun. Alhamdulillah aku telah mengalami detik cemas ini semasa 2003. Sudah 7 tahun aku meningalkan detik itu. Untuk adik-adik yang bakal menduduki SPM 2010, pihak anakledang0616 akan memberikan sedikit tips untuk adik-adik.


Pertama, Cium tangan mak ayah, cakap kat mak ayah doakan saya untuk medoakan yang terbaik untuk SPM pada tahun ini.
Kami yakin yang percaya kunci kejayaan dan keberkatan hidup seseorang untuk hidup didunia dan diakhirat bukan sahaja sentiasa berdoa kepada Allah swt. Tetapi mendapat berkat dan keampunan daripada ibu bapa juga adalah penting. Kami amat berharap, kepada adik-adik disaat-saat hendak peperiksaan ini dan selepas ini, menjaga hubungan baik dengan penjaga adik-adik. Jika adik-adik ada yang tinggal di asrama seperti mana kami dahulu, kami amat berharap adik-adik dapat menghubungi ibu-bapa adik-adik kerap dari biasa. Melaporkan apa yang adik-adik  buat sekarang. Dan kami berharap ibu bapa juga dapat mendoakan kejayaan yang terbaik untuk adik-adik. Insyallah

Kedua, Minta maaf kepada guru dan mengaku kesilapan yang telah dibuat kepada guru-guru tersebut
Zaman persekolahan, suasana belajar di kelas adalah salah satu masa yang amat panjang. Kami yakin dan percaya, kadang-kadang adik-adik ada yang terumpat belakang guru yang mengajar adik-adik ataupun bukan mengajar adik-adiknya. Mohon maaf kepadanya. Jika ada guru-guru yang adik-adik merasakan dia membuat kesalahan kepada adik, sebaiknya adik maafkanlah guru itu. Tetapi, kami yakin guru-guru sebenarnya telah membuat perkara yang terbaik untuk adik-adik sempena peperiksaan SPM pada kali ini.  Tiada sebab untuk adik-adik menyimpan dendam. Teringat kami, semasa belajar  dahulu, kami beratur panjang untuk memohon maaf kepada guru-guru kami. Secara mata kemata. Saya harap, walaupun sekolah adik-adik tidak mengajurkannya program seperti itu, adik-adik sendiri pergi meminta maaf kepada guru-guru. Kalau adik-adik berasa sangat segan, paling terukpun adik tulislah sepucuk surat kepada guru ataupun adik kirimkan kad untuk meminta maaf kepada guru adik-adik. Ilmu itu adalah ilmu daripada Allah SWT. Guru hanya menyampaikanya, Allah akan meredhai ilmu itu jika kita hormat kepda yang menyampaikannya.

Ketiga, bersikap confident diri, kepada yang pandai ajarlah rakan-rakan yang lemah. Dan rakan-rakan yang lemah, dapatkan nasihat kepada rakan-rakan yang pandai dengan subject tersebut
Adik-adik telah menyimpan masa selama 2 tahun untuk peperiksaan SPM kali ini. Kami yakin, ada antara rakan-rakan adik-adik seperti boleh melelapkan mata untuk menjawab peperiksaan tersebut, dan aada juga tidak dapat menjawab peperiksaan tersebut. Kepada mereka yang berkeyakinan diri untuk lulus cemerlang dalam SPM kali ini, ajarlah rakan-rakan adik-adik yang lemah. Kami menjamin tiada kekurangan ilmu jika adik-adik mengajar rakan-rakan adik-adik yang lemah, tetapi Allah swt melipat ganda usaha adik-adik dengan menambahkan ilmu itu kepada adik-adik. Insyallah. Tolong ya kawan yang lemah, dan kepada yang lemah jangan berdiam diri membisu sahaja. Make an action for your self.

Keempat, jaga pemakanan dan kesihatan
Ini amat penting, ada antara kita yang secara lazimnya selalu tidak menjaga aspek makanan. Jangan makan organ-organ dalaman seperti hati ayam. Kerana ia amat tidak baik untuk kesihatan otak. Jika adik-adik mengalami tekanan “stress” yang melampau juga boleh mengurangkan neoron di otak adik-adik. Oleh itu jangan tension-tension sangat. Gembira J selalu.

Kelima, rajinkanlah untuk membuka buku
Buka buku pada saat akhirnya ini untuk kita flashback semula apa yang telah kita pelajari. Walaupun kita sudah membuka 1000x sekali pun, bukalah lagi... sehingga sampai masa untuk exam. Jika adik tidak bukak buku sekarang, pasti adik akan berasa kerugian. Kemana-mana bukaklah buku. Tidak lama pun adik-adik sehingga peperiksaan nnt sahaja. Lepas tue, simpanlah buku itu... bukaklah buku yang lain pulak yer...

Oklah tue kan... kelima-lima ini sebenarnya amat penting. Yang penting kiyta jaga hubungan kita dengan Allah. Jika pada masa peperiksaan adik-adik berasa buntu. Beristigfar dan bersalawatlah kepada Allah swt. Semoga Allah swt merahmati usaha adik-adik.

Good Luck SPM 2010 Candidate. Target all A+

Tuesday, November 16, 2010

Wasiat Aidiladha

Allahuakbar.. allahuakbar.. allahuakbar, walillahilham

Sejauh mana nda bergembira untuk menyambut Aidiladha. Sesetangah dari masyarakat kita, saya percaya. Ada antara mereka tidak membuat persiapan sempena Aidiladha yang akan disambut besok di Malaysia dan ada antara sudah sambut pada hari ini. Walaubagaimanapun, semua Islam akan bersama menyambutnya.

Pengorbanan adalah salah satu yang satu yang diertikan sempena Aidiladha. Bagi saya pengorbanan yang umat Islam seluruh dunia kini merasai adalah pengorbanan untuk melihat sejarah kegemilangan Islam terletak di muzium dan pengorbanan untuk hilangkan kesatuan Islam di seluruh dunia.

Inilah dua jenis pengorbanan yang umat Islam perlu lihat. Pengorbanan inilah menyebabkan umat Islam semakin mundur dan lebih menyedihkan apabila kita melihat keadaan semasa bahawa umat Islam dilabelkan sebagai penjajah.

Dalam majalah solusi edisi yang terkini, ada wawancara bersama dekan pusat matrikulasi UIA. Dalam teks pembacaan tersebut saya tertarik dengan usahayang beliau lakukan untuk menarik pelajar-pelajar miskin dan luar bandar untuk belajar di UIA. Walaupun, jika diperhatikan secara maritokrasi, sebanarnya pelajar-pelajar tersebut sebenarnya tidak layak untuk menduduki universiti berkelaskan Antarabangsa itu. Tetapi, pengorbanan yang telah dijalankan oleh beliau memberikan suntikan semangat baru kepada pelajar tersebut untuk terus berjaya. Alhamdulillah, pelajar-pelajar tersebut juga telah membuktikan kecemerlangan beliau dengan mendapat keputusan cemerlang, setanding dengan pelajar-pelajar yang cemerlang.

Inilah salah satu perubahan yang memerlukan juga pengorbanan yang positive untuk orang Islam. Pengorbanan ini sebenarnya tidak memerlukan wang, tetapi hanya melakukan akal dan fikiran untuk memajukan lebih ramai daripada mereka untuk berjaya. Anakledang0616 mendoakan kepada semua yang berusaha untuk merubah hidup bangsanya mendapat rahmat daripada Allah swt. Amien....

Kerelaan untuk umat Islam bersatu saya lihat seperti ada jalan penyelesaiannya. Kerana umat Islam hanya berpegang kepada rukun Islam dan Rukun Iman. Disitulah terletaknya penyatuan umat Islam. Insyallah.... Umat Islam dalam perbuatan seharian haruslah berlandaskan Quran dan Sunnah. Sepertimana yang telah dibawa oleh Rasullah saw. Baginda telah menyatukan masyarakat di Madinah kemudian membentuk satu negara yang bersatu melalui kebijaksanaan Baginda mewujudkan Perjanjian Aqabah. Saya dapat melihat akan ada satu hari nanti satu titik penyetepaduan umat Islam

Saya mengucapkan Salam Aidiliadha. Semoga pengorbanan kita mendapat rahmat dan syafaat darinya. Bersama menghayati konsep memberi dan menerima.

Allahuakbar, allahuakbar.. alhuakbar walillahilham

Friday, November 12, 2010

kepentingan menjaga HATI Pelanggan

Assalamualaikum

Hari ni saya nak menceritakan daripada buah fikiran saya. maklumla... mungkin sebab saya seakrang ini sedang dalam proses membaca buku "strategi laut biru" ataupun saya cuba hendak mengulas dan menceritakan daripada pengalaman dan daripada pembacaan saya mengenai konsep selling.


Anda tahu tak, selling juga mempunyai skil yang tersendiri. Setiap seorang yang membuat selling perlu mengetahui skill. Skill perlu terutamanya dalam proses mengawal emosi, pengatur body language dan followup.
Dalam pengalaman saya semasa berada dalam MLM yang terkemuka. Followup customer sangat dititikberatkan.... Itu adalah penting, saya yakin daripaa fllowup anda boleh mengawal emosi dan pengatur body language anda.

Saya ada pengalaman terkini, saya ada satu pelangan, bernama "x". MrX sebelum ini ada membeli kasut daripada saya. Saya menjualnya dengan  harga RM150.00. Kemudian tidak lama selepas itu, MrX kembali komplain kepada saya dia membuat statement dengan mengatakan kasut yang saya jual itu tidak original. Ditambah pula dengan sms yang bermacam-macam cuba menafikan yang kasut saya tidak original. Kemudian saya dengan polisi kejujuran saya, membenarkan MrX untuk pulang balik kasut tersebut dan kami akan pulangkan duit 100%. Alhamdulillah, MrX berasa amat bersyukur kerana duit dan kasut dapat dipulangkan semula. Beberapa bulan selepas itu, saya mendapat panggilan dari MrX juga. dia cakap, baru-baru ini kasut kasut yang sama dia beli di butik hilang. Kemudian dia berhajat untuk membeli semula kepada saya. Kemudian, saya terperanjat... apabila die ckp dengan salah seorang yang dtg melihat dan mengatakan bahawa "susah nak dapat kasut original yang nie". Dan saya hanya tersenyum sahaja. Tanpa mengungkit walaupun satu pun kisah lama. Dan mengingatkan kembali proceeding kami yang telah ditetapkan. Semuanya sama sahaja.

yang nie return customer, kami tidak pasti dari mana mereka datang. Tapi mereka datang semula. Ada yang betul-betul puas hati, ada yang kurang puas hati dan ada yang langsung tidak puas hati walaupun kami telah membuat yang terbaik untuk mereka. Dan kami tetap berazam, untuk membuat yang terbaik untuk pelangan kami (kedaicrocs.com, crew)

Ok berbalik daripada 3 sikill dalam selling yang saya bagitahu tadi



Yang pertama, kawalan esmosi. Saudara/i  orang menjual, emosi adalah salah satu perkara yang sangat penting. Dalam selling kita bukan membina relationship sehingga kita dapat jual ataupun selagi orang itu bersama dengan kita. Dalam selling kita membina relationship dari setiap orang yang kita jumpa dan kenal. Tidak kira, samada dia berminat dengan produk kita ataupun die langsung menolak. Tetapi, building relationship is like building a link. Dalam bisness "link" itu bagi kami amat penting. Event kalau anda bukan seorang penjual juga, building relationship each other amat penting. Rasionalnya, secara lazimnya,. jarang seorang usahawan itu hanya menceburi satu bidang perniagaan sahaja. Terutamanya mereka yang melibatkan dalam aktiviti jualan langsung. Daripada pembacaan saya, saya dapat lihat mereka akan menceburi bidang perniagaan lain dan mencari2x perniagaan lain yang lebih menjami diri mereka. oleh itu, jika dia tidak berminat dengan barang anda jual sekarang, bukanya dia tidak sukakan anda. tetapi, dia hanya tidak dapat menerima barang anda sahaja. Mungkin jika satu hari nnt anda membina sebuah perniagaan lain, mungkin mendatangkan minat kepada dia secara sendiri untuk bersama anda. Untung bukan... jika anda terus melupakan dia, sudah tentu anda terlepas satu peluang di masa hadapan. itu sebab penting kawalan emosi. Kita menjual diri kita actually bukan menjual product kita. Percayalah, long term relationship sebenarnya meletakan keihkalasan kita kepada seseorang.



Yang kedua mengenai body languange, ok. sebanrnya apa yang kita cakap sebeanrya kurang 1/3 pengaruh seseorang itu untuk menerima jualan kita. Sebab apabila beliau pandai membaca "body language" seseorang. 2/3 ini adalah faktor kegagalan jika anda cuba penipu pembeli. 2/3 datang daripada percakpan, gerakan, gerakan mata dan lain-lain. Susah untuk seseorang itu menipu body languange dirinya. Tetapi, senang bagi seseorang yang melihat dirinya bagi mengenal pasti gerak langkahnya. Body Language saya belajar melalui satu buku bertajuk "Body Languange" karya :allan, berbara. Ok saya bagi contoh, jika seseorang sambil bercakap sentiasa memmandang ke bahagian kiri atas, sebenarnya ornag itu dalam keadaan emignasi, bukannya fakta. So, memang lebih dekat lagi sebanrnya orang itu cuba untuk menipu dirianda. Berwaspadalah,

Yang Ketiga, yang nie bukan terkahir sebab selepas ini saya juga akan menerangkan mengenai teknik kecil yang anda harus tahu. teknik ini adalah "follow up". ok pegang formul ini 1,3,5..ini adalah formula folowup x silap saya. Jika anda mendapati seseorang itu tidak berniat dengan promosi atau barangan anda, anda harus followup, Jika anda ada pembeli juga anda harus followup. Ok saya ada satu pengalaman lagi, semasa berada di Shah Alam saya berjumpa dengan salah seorang pelangan kasut saya. Dia menegur saya, dan kemudian saya membalas teguran dia. dia memperkenalkan dirinya, kemudian kami berborak dengan bertanyakan khabar masing-masing. Yang penting saya bertanyakan kepada dia, barang yang dijual. Adakah ianya o.klagi atau tidak. Yang nie adalah followup untuk mereka yang pernah membeli barnag daripada saya. Setiap kali ada return customer saya akan bertanya mengenai kasut yang dia telah beli sebelum ini. Followup ini skill die sangat mendalam. Cubalah cari buku tentang teknik followup, sebab kita bermain dengan kata-kata. Bak kata pepatah, "terlajak perahu boleh diunder, terllajak kata, burukpadahnya".

Teknik-teknik kecil dalam selling yang penting menjaga budaya. Setiap kaum di Malaysia ini mempunyai budaya yang berbeza. Justeru anda harus faham mengenai pantang larang budaya seseorang itu. Dengan mengenali budaya seseorang itu, dan memahi budaya mereka perkara ini akan memudahkan proses jualan kita. FORM.HD tak silap saya, pernah digunakan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta identitu seseorang. Setiap satu huruf diisi maklumat itu sebanyak mungkin. maklumat tersebut boleh dicari melalui laman peribadi seseorang ataupun laman sosial.


Ingat, Selling need a skill come together with technique and most important things is APPLICATION.


khairul anwar
Cheras, Selangor
23:37
12/11/2010

Thursday, November 11, 2010

4 fluid present in the body determined personality

This is an idea from the Roma physician, Galen. I'm now read a text book i brought before i as re-student of UiTM. The text book of "personality physiology".

In AD 170m wrote that personality character was influenced by biology. He tough that the amounts off four foluid present in the body determined personality.

1. an abundance of phlegm made a person passive, calm and thoughtful (plegmatic)
2. an abundance of blood made a person happy, outgoing and lively (sanguine)
3. too much yellow bite made a person unstable, aggresive and excitabke (choleric)
4. an abundance of black bile made a person unhappy, pessimistic and somber (melancholic)

The Secret Reveal


Salam sejahtera,



Cuti sem bagi saya sudah bermula... bukan bermakna untuk saya tidur sepanjang masa atau berehat sepanjang masa, tetapi ada beberapa kerja lain yang saya perlu uruskan dengan bijak. Dan banyak lagi bahan bacaan lain yang saya perlu kaji dan baca untuk diri saya sebagai persediaan hidup saya untuk masa depan saya. Termasuk persediaan hidup untuk mengadapi semester yg akan datang, yang penuh dengan cabaran. Insyallah semuanya berjaya.

DVD yang saya order daripada amazon.com US yang sepatutnya tiba pada awal desember alhamdulillah tiba pada masa yang tidak diduga.  DVD  bertajuk "The Secret" adalah DVD yg saya cari selama ini. Di Malaysia, terutamanya di kedai buku terkenal di Malaysia seperti MPH ada jual buku The Secret sahaja. Tetapi, DVD The Secret memang susah untuk didapati. Saya lebih berminat belajar secara visual berbanding dengan huruf.

Logo "the secret" yang terdapat pada buku dan DVD


Documentary pada tahun 2006 ini saya telah saksikan pada tahun 2006 juga. Dengan DVD cetak rompak dijual dengan harga RM20.00. Tetapi, DVD tersebut tidak tahan lama.. lalu ia rosak. Dan kini hanya tinggal kenangan dan akan membuangnya dalam masa terdekat. Disebabkan saya respect dengan hasil pemikiran penulis, saya bercadang untuk membeli DVD yg original dari amazon.com.

Percayalah kepada saya, jika anda membaca buku atau menonton DVD the secret ini, ia pasti boleh mengubah hidup dan pemikiran anda. Yang penting adalah pemikiran bersikap positive.

bagi umat Islam, saya percaya... bahawa selepas menonton the secret ini anda boleh menambah pendekatan diri anda kepada agama. Dengan selalu berdoa kepada Allah swt. Ingat Allah swt maha adil atas segalanya.

Percayalah, anda melabur kurang RM100.00 dengan membeli sebuah buku ataupun DVD The secret. dan anda akan amalkanya. RM100.00 itu sebenarnya hanyala 0.01% nilai daripada kejayaan anda.