Monday, May 16, 2011

Bahaya perlindungan Insurance syarikat

Pekerja sektor swasta lazimnya tidak membeli perlindungan takaful/insurance tambahan kerana mereka telah dimaklumkan bahawa mereka telah dilidungi oleh syarikat tersebut. Dan secara lazimnya mereka tidak perasan apakah keburukan apabila anda hanya dilindungi oleh perkhidmatan takaful daripada syarikat anda sendiri sahaja.

Situasi ini mungkin berlaku kepada anda, diusia 40an, yang lazimnya sudah mula datang penyakit. Anda disahkan mengalai penyakit diabetes. Penyaikit ini jika tidak dirawat dengan baik, boleh mendatangkan penyakit sampingan sebagai contoh, buah pinggang atau penyakit mata. Pesakit yang telah mengalami penyakit ini juga perlu mendapatkan suntikan hormon Insulin apabila pada satu tahap penyakit.

Jika anda dilindungi oleh syarikat anda. Anda akan selamat daripada kos bayaran penyakit anda. Tetapi kebanyakan syarikat akan melindungi anda, semasa anda bekerja dengan syarikat tersebut sahaja. Selepas waktu itu, siapa yang mahu menanggung anda? Anda terpaksa menangung sendiri kos perubatan anda menggunakan baki simpanan gaji anda yang akan semakin berkurangan.

jika anda mempunyai insurans diri, yang anda dibeli sendiri bukan melalui syarikat. kos perubatan anda akan ditanggung walaupun anda telah berhenti bekerja. Membantu memberikan penjimatan kepada diri anda.


Khairul Anwar
Wealth Adivisor
+6019 271 7006
Prudential BSN Takaful

No comments: