Monday, August 16, 2010

Tazkirah Bagiamana menghilangkan sikap ego

Assalamualaikum wbt

Tadi dalam perjalanan pulang daripada UiTM ke rumah di Cheras, sempat saya mendengar siaran ulangan Tazkirah pagi di IKIM.fm, secara ringkasnya tazkirah itu menceritakan berkenaan dengan bagaimana kita hendak hilangkan sikap kita ego kepada seseorang dan juga dalam masa yang sama, bagaimana kita hendak menjadikan diri kita dekat kepada Allah swt.

- Gambar Hiasan -
Ustaz yang memberikan tazkirah itu menceritakan kisah beliau sewaktu beliau sedang memberikan ceramah di sebuah masjid. Baru 5 minit ustaz tersebut memberikan ceramahnya, datanglah seorang pemuda yang mendengar ceramah tersebut bertanya kepada ustaz itu. Si pemuda itu berkata "ustaz, hentikan apa yang Ustaz katakan ini, ini semua hanya teori semata-mata, hanya kata-kata semata-mata, saya merupakan seorang yang tinggi egonya, dan saya juga tidak menerima apa yang dikatakan oleh Ustaz dan penceramah sebelum ini. Ustaz, bolehkah terangkan kepada saya, bagaimana untuk menghilangkan ego dalam diri ini".


Kemudian ustaz itu dengan nada yang biasa berkata semula "Awak tinggal di mana?". Si pemuda itu menjawab "saya tinggal di batu sekian2x". Ustaz itu menyatakan "Oh, saya tahu tempat itu, beginilah awak pergi ke batu sekian2x (yang jaraknya jauh dari rumah pemuda itu), awak pergi ke surau dan masjid di sepanjang perjalanan itu awak pergi ke tandas dia, dan awak kira berapa banyak batang paip yang rosak, berapa banyak getah paip yang tidak mencukupi dan berapa banyak gayung yang tiada. kemudian awak keluarkan duit awak sendiri untuk membeli peralatan tersebut, dan awak mesti pasang benda itu di waktu pagi jam 3.00 pagi semasa semua orang tiada"
- Gambar Hiasan-


Selepas beberapa bulan, Ustaz tersebut datang semula ke masjid tersebut, dan si pemuda yang bertanyakan soalan itu bertemu dengan Ustaz tersebut dengan muka yang sayu, sambil mengesat air matanya, sipemuda itu menyatakan kepada Ustaz tersebut "Ustaz, saya telah melakukan apa yang ustaz suruh, dan saya merasakan diri saya ini hina di sisi Allah swt" Justeru datanglah kesedaran kepada si pemuda itu untuk berubah kepada perkara yang lebih baik.

Itu adalah kisah pemuda terebut, apa yang kita boleh lihat disini adalah kalau kita hendak mendapatkan sesuatu. Kita hendaklah memberikan pengorbanan kita kepada orang lain. Allah swt lebih menyukai orang yang menyedekahkan harta mereka kejalan yang diredhaoi olehnya.

Kita lihat disini, mana lebih mulia, orang kaya yang sedekahkan 1% daripada hartanya kepada orang miskin, ataupun orang yang kurang berkmampuan, tetapi memberikan hampir kesemua hartanya kepada orang lain yang lebih memulakan. Sudah pasti adalah orang yang kurang berkemampuan itu bukan.
Cara untuk kita memohon kepada Allah swt adalah dengan cara berdoa kepada Allah swt

Kita dapat lihat disini, kalau kita dalam keadaan tertekan, kemudian kita sempurnakan orang lain pula. Sebenarnya kita dapat mendekatkan diri kepada Allah swt. Disitu datangnya pintu reziki. Kalau kita sudah banyak ilmu, kita sampaikan kepada orang yang lebih memerlukan, walaupun sebenarnya kita masih kelihatan tidak cukup ilmu tersebut, itu adalah lebih baik kerana kita menyampaikan Ilmu yang dipinjam daripada Allah swt.

2 comments:

hjmalek said...

terima kasih

Anonymous said...

Terima Kasih.. Ayat ni amat menyedarkan semua orang yang dalam dugaan allah. Semakin banyak dugaan darinya... semakin kuat kita disisinya...