Friday, September 10, 2010

Salam Syawal 2010

Assalamualaikum,

Saya Khairul Anwar Bin Abu Mansor, penulis blog anakledang0616.com mengucapkan salam aidilfitri kepada semua pembaca blog dan penulisan saya. Saya juga memohon maaf jika ada penulisan saya menyingung perasaan anda. Diharap Syawal pada kali ini memberikan seribu satu kebahagian kepada diri kita.


Sedikit pesanan daripada saya, sepanjang syawal ini, amalan di bulan ramadhan yang telah kita lakukan jangan dihentikan begitu sahaja. Amalan mengerjakan solat jemaah, amalan berpuasa dan amalan bersedekah dapat dipertingkatkan dan diteruskan lagi demi mempertabatkan syiar Islam yang kian lupus.

Amalan kunjung mengunjung dibulan syawal ini adalah amalan biasa, tetapi kita hendaklah menjadikan amalan bukan sahaja di bulan syawal tetapi dijadikan amalan sepanjang masa. Menggunakan laman web sosial seperti "facebook" yang digunakan oleh generasi sekarang ini adalah satu amalan yang perlu diteruskan, bukan sahaja untuk berkenalan tetapi demi mengeratkan ikatan silaturrahim sesama kita.

Akhirkata, menyambut syawal adalah kemenangan untuk umat Islam yang telah beribadah di bulan Ramadhan. Ianya hendaklah disambut dengan sederhana dan mengeratkan ikatan sillaturrahim sesama Insan. Salam Aidilfitri sahabat, maaf zahir dan batin

No comments: