Saturday, June 12, 2010

Strategi cemerlang dalam bisness online

Selamat pagi kepada semua pembaca,

Saya adalah salah seorang yang berkecimpung dalam bisness online. Insyallah saya akan terus berkecimpung dalam bisness online memandangkan bisness online adalah salah satu cara untuk medapatkan duit. Tetapi bukannya dengan cara yang mudah, Anda harus letakkan effort ataupun semangat untuk berjaya.

Apa yang penting dalam bisness online adalah:

1. Anda haruslah membina sebuah laman web / blog kepunyaan anda sendiri untuk menerangkan tentang produk online yang anda jual.

2. Anda haruslah menyimpan data pengguna dan maklumat pengguna untuk diri anda. Maklumat ini penting supaya anda dapat menghubungi mereka semula di kemudian hari. Seperti mana yang sahabat saya khairul fadhli, create dalam semua kedai online kami. Yang ada tulis sila masukkan e-mail untuk mengetahui maklumat terkini. Apabila ada maklumat terkini kami terus send sahaja e-mail, kepada semua pelanggan kami. Alhamdulillah, dengan menggunakan Google analytics, kami dapati bahawa setelah kami e-mail kepada pengguna, jumlah pengguna yang melawat kedai online kami bertambah secara berganda.

3. Update selalu website, sesetengah orang dia hanya membuat website, tetapi tidak update kandungan dan apa-apa maklumat dalam ini. Jika anda meungusahakan kedai online. Anda tidak update laman web anda, anda akan mengurangkan "confident level" pengguna kepada website anda. Saya selalunya akan membuat satu column berkenaan dengan stock terkini, dan juga post di facebook yang juga direct link ke kedaicrocs.com, apabila saya buat semua itu, saya akan pastikan tarikh tepampang di laman web supaya pengguna tahu bahawa laman web itu adalah laman web yang update.

4. Rajin membalas e-mail, sms dan angkat call. Jika ada panggilan yang mengubungi anda, cepat2x angkat. Untuk pengetahuan anda, pangilan melalui bisness internet ini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Justeru anda haruslah bersedia, jgn missup any call from customer. SMS replay dengan sebaik mungkin begitu juga dengan Email. Petua, jika anda replay e-mail/sms dengan cepat. Anda juga menambahkan keyakinan pengguna kepada perniagaan online anda.

5. Menggunakan theme dan format yang baik. Walaupun anda sibuk, tetapi susunlah barangan yang anda jual di website tersebut dengan sebaik mungkin. Jika anda susun barangan tersebut dengan sebaik mungkin. Ia pasti akan menyenangkan pengguna untuk melihat kandungan dalam website. Gambar yang digunakan haruslah jelas kepada pengguna.

6. Pos barangan anda menggunakan perkhidmatan currier, kalau dalam Malaysia lebih baik anda menggunakan perkhidmatan "Pos Laju". Saya bukan nak promote "Pos Laju" tetapi kerana dengan pos laju saya dapat hantar dengan cepat kepada pengguna dan tracking pos untuk pengguna. Secara lazimnya, barangan akan sampai dalam tempoh 3-4 hari, dan saya kadang-kadang boleh buat sehingga 2 hari menunggu. Apabila waktu menunggu dikurangkan kepada pelangan, ia boleh mempercepatkan kepuasan hati mereka dengan barangan yang anda jual.

7. Letakkan informasi dalam barangan anda di dalam bungkusan pos anda. Informasi tersebut penting untuk pengguna tahu perniagaan apa yang lain anda buka. Masukkan sekali name card anda dalam bungkusan itu, supaya pengguna dapat simpan no talifon anda dan hubungi anda kelak. bagi banyak pun tak pe, supaya pengguna dapat memberikan kepada rakan-rakan mereka.


Ini sahaja buat masa ini, jika ada lagi tips saya akan berikan kelak... layari laman web dibawah. Ia akan memberikan pulangan kepada anda. Hubungi saya untuk maklumat lanjut




No comments: