Saturday, June 12, 2010

Buang Bayi, tunggu bala' daripada Allah swt.

- Gambar Hiasan-

Entry saya pada kali ini adalah berkenaan dengan kes buang bayi yang semakin menjadi-jadi di Malaysia. Dera kanak-kanak juga merupakan kes yang memalukan yang terjadi di Malaysia pada hari ini... Kesian sikecil yang tidak mengetahui apa-apa di buang begitu sahaja, dan sikecil yang tidak berslaah dibegitu dengan sebegitu dasyat. Baru sahaja sikecil mengimpikan cita-cita yang menggunung untuk hidup didunia tetapi, siibu yang kejam itu sanggup meningalkan sikecil dalam keadaan yang mengerikan dan membiarkan sikecil mati...

Dasyat kalau kita hendak melihat kes buang bayi yang berlaku di Malaysia.

Ada beberapa sebab kenapa berlakunya kes pembuangan bayi, bagi pendapat saya sebab yang utama adalah kerana si perempuan mahu menyembunyikan kelahiran yang dikandung. Dan si lelaki pula hendak menutup kesalahan yang dilakukan olehnya. Kesemua mereka yang buang bayi ini adalah mereka yang lahir luar nikah. Nauzubillah mn zalik.

Sebab? kalau kita tengok sebab berlakunya perkara tersebut, lebih baik kita melihat apa yang berlaku di Malaysia sekarang secara lebih meluas. Bagi orang Melayu, sudah berpecah, memntingkan diri sendiri, hidup tidak bermasyarakat, mengaung-angungkan dosa, menjatuhkan sesama sendiri. Benda-benda ini semua sebanrnya mendatangkan kemurkaan daripada Allah swt. Dan salah satu contoh kemurkaan Allah swt yang kita dapat lihat ialah, terdapat segelintir golongan yang sanggup bertindak luar batas akal iaitu membuang bayi.

Kebanyakan solusi yang dibentangkan untuk kes buang bayi ini adalah untuk menyalahkan si ibu yang membuang bayi. Marahkan sikap si ibu. Tetapi, adakah kita melihat peranan kita dalam meningkatkan kefahaman mereka dalam hidup beragama.

Jika kita mengamalkan ajaran Islam secara lengkapnya, Insyallah kemurkaan Allah ini boleh berkurangan. Kerana semua itu datang daripada ketentuan Allah. Manusia bertindak diluar batas akal fikiran bukan kerana diri mereka, tetapi kerana pengaruh keadaan sekeliling yang membuatkan mereka terdesak untuk melakukan perkara sedemikian. Dan pengaruh keadaan sekeliling pula adalah datang daripada diri kita sendiri

Fahamilah apa yang hendak ku katakan, manusia bertindak luar fikiran bukan kerana kekurangan fahaman agama sahaja, tetapi pengaruh keadaan sekeliling yang datang daripada diri kita sendiri.





1 comment:

Anonymous said...

Tak...Manusia bertindak luar batasan memang sebab kurang faham agama...kalau faham agama, macam mana keadaan sekeliling pon die boleh survive..die tau mana yang perlu diutamakan...sekian..