Saturday, June 12, 2010

Buang Bayi, tunggu bala' daripada Allah swt.

- Gambar Hiasan-

Entry saya pada kali ini adalah berkenaan dengan kes buang bayi yang semakin menjadi-jadi di Malaysia. Dera kanak-kanak juga merupakan kes yang memalukan yang terjadi di Malaysia pada hari ini... Kesian sikecil yang tidak mengetahui apa-apa di buang begitu sahaja, dan sikecil yang tidak berslaah dibegitu dengan sebegitu dasyat. Baru sahaja sikecil mengimpikan cita-cita yang menggunung untuk hidup didunia tetapi, siibu yang kejam itu sanggup meningalkan sikecil dalam keadaan yang mengerikan dan membiarkan sikecil mati...

Dasyat kalau kita hendak melihat kes buang bayi yang berlaku di Malaysia.

Ada beberapa sebab kenapa berlakunya kes pembuangan bayi, bagi pendapat saya sebab yang utama adalah kerana si perempuan mahu menyembunyikan kelahiran yang dikandung. Dan si lelaki pula hendak menutup kesalahan yang dilakukan olehnya. Kesemua mereka yang buang bayi ini adalah mereka yang lahir luar nikah. Nauzubillah mn zalik.

Sebab? kalau kita tengok sebab berlakunya perkara tersebut, lebih baik kita melihat apa yang berlaku di Malaysia sekarang secara lebih meluas. Bagi orang Melayu, sudah berpecah, memntingkan diri sendiri, hidup tidak bermasyarakat, mengaung-angungkan dosa, menjatuhkan sesama sendiri. Benda-benda ini semua sebanrnya mendatangkan kemurkaan daripada Allah swt. Dan salah satu contoh kemurkaan Allah swt yang kita dapat lihat ialah, terdapat segelintir golongan yang sanggup bertindak luar batas akal iaitu membuang bayi.

Kebanyakan solusi yang dibentangkan untuk kes buang bayi ini adalah untuk menyalahkan si ibu yang membuang bayi. Marahkan sikap si ibu. Tetapi, adakah kita melihat peranan kita dalam meningkatkan kefahaman mereka dalam hidup beragama.

Jika kita mengamalkan ajaran Islam secara lengkapnya, Insyallah kemurkaan Allah ini boleh berkurangan. Kerana semua itu datang daripada ketentuan Allah. Manusia bertindak diluar batas akal fikiran bukan kerana diri mereka, tetapi kerana pengaruh keadaan sekeliling yang membuatkan mereka terdesak untuk melakukan perkara sedemikian. Dan pengaruh keadaan sekeliling pula adalah datang daripada diri kita sendiri

Fahamilah apa yang hendak ku katakan, manusia bertindak luar fikiran bukan kerana kekurangan fahaman agama sahaja, tetapi pengaruh keadaan sekeliling yang datang daripada diri kita sendiri.





Strategi cemerlang dalam bisness online

Selamat pagi kepada semua pembaca,

Saya adalah salah seorang yang berkecimpung dalam bisness online. Insyallah saya akan terus berkecimpung dalam bisness online memandangkan bisness online adalah salah satu cara untuk medapatkan duit. Tetapi bukannya dengan cara yang mudah, Anda harus letakkan effort ataupun semangat untuk berjaya.

Apa yang penting dalam bisness online adalah:

1. Anda haruslah membina sebuah laman web / blog kepunyaan anda sendiri untuk menerangkan tentang produk online yang anda jual.

2. Anda haruslah menyimpan data pengguna dan maklumat pengguna untuk diri anda. Maklumat ini penting supaya anda dapat menghubungi mereka semula di kemudian hari. Seperti mana yang sahabat saya khairul fadhli, create dalam semua kedai online kami. Yang ada tulis sila masukkan e-mail untuk mengetahui maklumat terkini. Apabila ada maklumat terkini kami terus send sahaja e-mail, kepada semua pelanggan kami. Alhamdulillah, dengan menggunakan Google analytics, kami dapati bahawa setelah kami e-mail kepada pengguna, jumlah pengguna yang melawat kedai online kami bertambah secara berganda.

3. Update selalu website, sesetengah orang dia hanya membuat website, tetapi tidak update kandungan dan apa-apa maklumat dalam ini. Jika anda meungusahakan kedai online. Anda tidak update laman web anda, anda akan mengurangkan "confident level" pengguna kepada website anda. Saya selalunya akan membuat satu column berkenaan dengan stock terkini, dan juga post di facebook yang juga direct link ke kedaicrocs.com, apabila saya buat semua itu, saya akan pastikan tarikh tepampang di laman web supaya pengguna tahu bahawa laman web itu adalah laman web yang update.

4. Rajin membalas e-mail, sms dan angkat call. Jika ada panggilan yang mengubungi anda, cepat2x angkat. Untuk pengetahuan anda, pangilan melalui bisness internet ini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Justeru anda haruslah bersedia, jgn missup any call from customer. SMS replay dengan sebaik mungkin begitu juga dengan Email. Petua, jika anda replay e-mail/sms dengan cepat. Anda juga menambahkan keyakinan pengguna kepada perniagaan online anda.

5. Menggunakan theme dan format yang baik. Walaupun anda sibuk, tetapi susunlah barangan yang anda jual di website tersebut dengan sebaik mungkin. Jika anda susun barangan tersebut dengan sebaik mungkin. Ia pasti akan menyenangkan pengguna untuk melihat kandungan dalam website. Gambar yang digunakan haruslah jelas kepada pengguna.

6. Pos barangan anda menggunakan perkhidmatan currier, kalau dalam Malaysia lebih baik anda menggunakan perkhidmatan "Pos Laju". Saya bukan nak promote "Pos Laju" tetapi kerana dengan pos laju saya dapat hantar dengan cepat kepada pengguna dan tracking pos untuk pengguna. Secara lazimnya, barangan akan sampai dalam tempoh 3-4 hari, dan saya kadang-kadang boleh buat sehingga 2 hari menunggu. Apabila waktu menunggu dikurangkan kepada pelangan, ia boleh mempercepatkan kepuasan hati mereka dengan barangan yang anda jual.

7. Letakkan informasi dalam barangan anda di dalam bungkusan pos anda. Informasi tersebut penting untuk pengguna tahu perniagaan apa yang lain anda buka. Masukkan sekali name card anda dalam bungkusan itu, supaya pengguna dapat simpan no talifon anda dan hubungi anda kelak. bagi banyak pun tak pe, supaya pengguna dapat memberikan kepada rakan-rakan mereka.


Ini sahaja buat masa ini, jika ada lagi tips saya akan berikan kelak... layari laman web dibawah. Ia akan memberikan pulangan kepada anda. Hubungi saya untuk maklumat lanjut




Friday, June 11, 2010

Mental Block

1 Malaysia 2 People - Anas Zubidy

Huhu perkataan ini say adengan sewaktu sya tengah drive daripada rumah ke KL (Times Square) melalui BFM89.9. Dan saya sama sekali tidak mengupas makna 1Malaysia 2 people, sebab saya yakin anda kalau fikirkan sedalam2x ada banyak benda yang menyebabkan 2 people itu berlaku. So, saya takkan elebrate kecuali jika anda e-mail (khairulanwar@live.com) kepada saya atau bertanyakan sendiri kepada anas zubidy apakah 2 people yang diperkatakan semasa wawancara di BFM89.9

Mental Block? Deifinisi, klick disini

Dekat Malaysia ni ada 3 jenis manusia yang mempercayai media
1. Mereka yang hanya mempercayai media perdana dan tidak mempercayai kata-kata pada media baru
2. Mereka yang mempercayai kata-kata media baru dan tidak mempercayai kandungan dalam media perdana
3. Mereka yang mempercayai kedua2x arus media perdana dan baru
4. Saya rasa takyah sibuk la golongan yang bodoh sombong ini, iaitu langsung x mempercayai mana-mana media.

bagi mereka daripada golongan (1) dan (2) sebenarnya mereka tidak memberikan keadilan kepada diri mereka sendiri. Mereka hanya percaya kepada apa yang mereka percaya sahaja. Dan mereka juga tidak mempercaya apa yang mereka rasa mereka tidak menerimanya

penulisan saya lebih kepada golongan (1) dan (2) sahaja. Bagi saya golongan ke (3) memang tiada masalah dengan tajuk Mental Block pada kali ini. GOlongan ke (4) mungkin mereka tidak membaca entry ini.

ihiihihi

Seacara yang terbaik, kita haruslah menerima apa yang disampaikan oleh semua pihak dengan seadil-adilnya, bukan berat sebelah dan tidak menyelebahi mana-mana pihak sekalipun. Saya sendiri membaca berita politik dari kedua-dua sumber media. Dan saya tidak mengambil berat sebelah. Apa sahaja entry saya adalah daripada rumusan dari kedua-dua media yang berbeza pandangan tetapi, manusia mempunyai akal untuk berfikir apa yang berlaku.

Itulah yang saya hendak fokuskan, bahawa... manusia sebenarnya mempunyai akal fikiran untuk menerima apa sahaja input yang mereka dapat.

Saya ada sedikit rasa kecewa. apabila saya menghadiri solat jumaat sebulan yang lepas di sebuah Masjid. Dalam khutbahnya, khatib menasihati jemaah untuk tidak mempercayai kandungan dalam media perdana. Dan saya amat terkejut dengan apa yang dikatakan oleh khatib tersebut. Masyallah, dalam hati saya ucapkan.

Dalam Media perdana sebanrnya, tidaklah hanya menjerumus kepada politik yang penipuan semata-mata, ( Mungkin yang berada di media baru lebih kepada pandangan yang tidak pasti berkenaan isu yang sama ) didalam media perdana adanya berita-berita lain yang lebih penting untuk kita renungkan bersama seperti jenayah buang bayi, pukul budak kecil sampai mati, dadah dan lain2x. yang dapat kita gunakan untuk merenungkan bersama dan mencari idea bersama bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut daripada berlaku.

Dalam akhabr media perdana juga ada disisipkan, berita mengenai dengan "pandangan" mengenai sesuatu. Anda harus mengambil pendekatan ini untuk membaca pandangan mereka ini. Dan anda sendiri yang merumuskan. Termasuk di media baru, ada juga mereka yang memberi pandangan yang berbeza sedikit berkenaan isu yang sama. Baca juga. FIkirkan mana yang terbaik mana yang tidak terbaik, bukan untuk kita sahaja tetapi untuk masyarakt.


Banyak lagi yang terkandung sama ada di media perdana ataupun media baru. Yang penting adalah cara kita menilai apa yang kita baca. Kepada mereka yang telah berilmu, saya nasihati supaya janganlah sekat minda anda dengan sesuatu dan menyekatkan juga pemikiran anda dengan sesuatu, supaya apa yang dinasihatkan dapat mendatangkan kebaikan bukan sahaja kepada diri anda, tetapi kepada


Jadilah yang terbaik untuk bangsa, agama dan negara

World Cup.... Goooaaall dan Judi

Demam piala dunia sudah bermula, siapakah pemain pilihan anda yang akan beraksi di tamaysa Piala Dunia di South Africa. Ataupun, Negara apakah yang menjadi pilihan anda semasa piala dunia yang akan datang ini.

Tamasya bola sepak di Afrika Selatan, mengumpulkan masyarakat satu dunia untuk ke sana. Ada yang pergi secara bersendirian, bersama keluarga ataupun bersama rakan-rakan. Ada yang mengambil keputusan untuk tidur di hotel, di rumah2x sewa malahan ada juga peminat yang sanggup tidur di kereta ataupun di kaki lima sepanjang temasya bola sepak tersebut diadakan. Waw!! Finatik sungguh mereka ini dengan bola sepak.

Isu keselamat pengunjung (pelancung) disana amat dititik beratkan, memandangkan ramai antara mereka yang finatik dengan pasukan mereka. Memang tidak boleh menerima kekalahan pasukan bola sepak pilihan mereka. Saya terbaca berita bahawa Afrika Selatan juga mengambil bantuan Polis dari Negara-negara lain untuk bersama menajaga keamanan sepanjang temasya itu diadakan.

Maaf, saya bukan seorang yang finatik bola sepak. Tetapi, kerana hebatnya promosi worldcup south Africa 2010 ini membuatkan saya juga tertarik dengan Bola Sepak untuk sementara waktu sahaja….

O.k itu yang berlaku di Afrika Selatan, di Malaysia bagaimana pula… Crocs sendiri pun dah mengapi-apikan semangat kenegaraan dengan membuat crocband Nation. Selai itu, jersey tiruan lebih banyak dipakai berbanding jersey yang original di mana-mana sahaja. Huhuhu hebatnya keuntungan perniagaan di musim bola sepak.

Sebelum bola sepak, ada di nyatakan berkenaan dengan isu judi di Malaysia. Yang memberikan lessen judi kepada Berjaya yang juga pemilik kepada Sport Toto. Huhu.. dah lama dah syarikat ini memegang lessen judi, Sebenarnya inilah sebabnya entri kali ini.

Judi.

Umum mengetahui, bahawa Judi itu haram, kecuali mereka yang beragama Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam secara lengkapnya. Memang haram judi ini, dulu masa diwaktu kecil, saya pernah didedahkan dengan tikam, dan dalam tikam tersebut mempunyai mainan yang pelbagai. Tetapi, tidak tahukah bahawa Tikam yang dimainkan oleh pelajar dulu juga merupakan sebahagian daripada judi. Ump… Ya Allah, aku sudah taubat nasuha untuk tidak bermain tikam lagi.. tetapi itu semasa aku dibangku sekolah.

Judi menggunakan daun trope (ala yang ada warna merah hitam tue), judi jenis ini ramai melayu Islam terutamanya yang main. Sambil duduk2x di kawasan yang terpencil, mereka bermain mainan ini. Sungguh kusyuk sekali…. Sehingga lupa hari sudah petang, maklumla… yang sudah menang terus mahu pengut hasil kemenangan, dan yang kalah masih mengharapkan kemenangan… last2x semua tak jadi.

Judi numbor ekor ini pun ramai gak melayu yang main, sorok2x beli di kedai nombor ekor, harap-harap nombor mereka ini menang. Secara logiknya, memang susah hasil keuntungan judi itu boleh menjatuhkan Sport Toto atau magnum. Daripada hasil judi anda lah terbinanya Berjaya Times Square hahaha, lagi untung syarikat tersebut. So fikir-fikirlah bagi mereka yang bermain judi nombor ini, kerana mereka bukan mendapat kekayaan tetapi memberikan kekayaan. Itu sebabnya Judi itu haram.. kerana ada penindasan disitu.

Hasil daripada Judi

Sebelum saya mengatakan berkenaan dengan hasil daripada judi, anda perlu bertaubat nasuha supaya tidak lagi mengamalkan judi.

Jika anda telah bertaubat daripada berjudi, harta daripada keuntungan judi anda itu hendaklah diserahkan kepada baitulmal. Supaya anda tidak lagi memakan hasil Judi yang juga haram dan boleh mendatangkan kesan buruk samada kepada diri anda ataupun keluarga anda.

Ketahuilah wahai sahabat bahawa jika anda bermain dengan judi balasan Allah bukan sahaja didunia malahan diakhirat. Cash tuhan kasi balasan.

Semoga kita dirahmati oleh-Nya

Wednesday, June 9, 2010

Gua Batu Maloi, Keindahan Alam Sekitar Perlu dihargai...



Kali ini, Orang Hutan Malaya (OHM) berjumpa semula di Gua Batu Maloi, Negeri Sembilan. Setelah setahun penubahan OHM. Akhirnya, mereka yang berkesempatan untuk memeriahkan aktiviti JC dan meredah gua datang dan memulakan ikatan mesra. Aktiviti dijalankan pada 5 Jun 2010 sehingga 6 Jun 2010.

Ala… 2 hari 1 malam jer, tapi best ooooo rugi sapa x joint

Kat sini saya akan bercerita untuk mereka yang tak pergi supaya mereka rasa berbakti kepada hutan, dan kepada yang pergi untuk mereka merasakan kenangan dan persahabatan yang dibina bersama di OHM akan kekal sehingga akhir hayat…

Cheewaahhh, ayat bunga-bunga cinta
Kita pergi kepada perjalanan program


Masa telah menetapkan dan Alhamdulillah semua telah berkumpul dan berjumpa di pekan Tampin, pada jam 4.00 petang. Selepas itu, mereka yang telah berjanji untuk tunggu di Petronas Tampin tersebut berjumpa dan bergerak bersama ke Batu Maloi.


Alhamdulillah, sampai pun kite org kat Batu Maloi, cukup rasa tenang… dapat hirup udara kampong.

Hari semakin petang, kelihatan Arjuna sedang membakar sesuatu, Awie sedang menggoreng sesuatu… wa.. seperti ada sesuatu pada malam ini dan yang lain2x juga seperti sedang menyediakan sesuatu pada malam ini. Ya Betul tekaan yang sangat kuat. Tanpa berlengah masa, mereka yang sudah sampai dan bersiap-siap pasang khemah terus ke tempat pembakaran dan penyediaan makanan ini. Pada malam pertama, di gua Batu Maloi, kita adakan BBQ. Malam BBQ yang penuh enak dan lazat disediakan oleh OHM sendiri. Antara menu-menu yang menarik adalah ; nasi goreng, ayam BBQ, kerang BBQ, ikan bakar BBQ, Ikan siakap BBQ, Sosej BBQ, udang BBQ. Yang dibakar segar diatas api yang membara… dihidangkan bersama air grape dicampurkan dengan Ais. Malam yang sunggu berselera dan mengasyikan.

Juadah BBQ OHM


Setelah kenyang dan makanan telah memenuhi seluruh inci perut, kami berkumpul di dewan lepas makan untuk mendengar taklimat daripada Rosman mengenai OHM, semua pun mendengar dengan kusyuk… Nampak mcm ketat jer malam tue.. tapi fun, ada unsur lawak dimana-mana. Betul x sang labah2x?.

Antara taklimatnya adalah syarat keahlian OHM, pengenalan Jawatankuasa OHM, kenapa OHM ditubuhkan, Halal ke Haram OHM ini, perniagaan di OHM, penggunaan nama OHM, tanggungjawab OHM. Semuanya telah diperjelaskan dengan seterang-terangnya seperti matahari menyinar disiang hari. Dan bila dah habis penerangan tersebut ada proses jualan dan beli dijalankan. Terjualah, beberapa baju baru daripada OHM. Menggunakan kain “cool fit” boleh dipakai dimana-mana sahaja. Sape yang nak lagi baju tue leh contact Rosman, murah2x.. Selepas itu masing2x buat kerja masing, ada yang jumpa sleeping beg, ada yang tengah “meeting”, ada yang bermain bersama “lappy” mencari line internet… hahaha celcom xde line yer…


Pagi tue se awal jam 7.00 pagi kita bersarapan, dan aktiviti yang disukai oleh ahli OHM kerana minat mereka adalah kita buat Jungle Clean Up… Semua peserta berkumpul dahulu untuk mendengar taklimat berkenaan dengan JC yang nak dibuat pada kali ini, pembahagian tugas diadakan dan seterusnya semua terus pergi mencari sampah supaya kawasan sekitar itu bersih. Kalau tak bersih nnt ada haiwan lain yang akan datang untuk bersihkan sampah2x itu dan haiwan tersebut akan mengangu orang lain untuk berkhemah di kawasan yang sama. Oleh itu, pastikan anda kemaskan betul2x kawasan perkhemahan anda selepas sahaja anda berada disitu. Sampah, buang jauh2x. o.k (pesanan khidmat masyarakat drpd OHM).



Bergambar setelah penat membuat jungle clean up.... Anda pun mene bersihkan jugak o.k

Aktiviti lepas kutip sampah, bergambar bersama “bukti” a.k.a sampah…

O.k, selepas itu semua dah x sabar untuk masuk gua. Mcm-mcm persediaan dilakukan, kasut berstokin, headlamp, baju dan bermcm2x lagi… Tepat jam 11.30, semua peserta sudah tidak sabar untuk masuk ke dalam gua.. tapi, kene tahan dulu dengan Rosman untuk mendengar taklimat penting…. Seramai 43 peserta dengan penuh khusyuk mendengar taklimat daripada Rosman. Cabaran untuk anda yang tidak berani, pada kali ini sekecil 4 tahun sudah berani masuk gua, advance betul dorang daripada rakan sebaya yang lain yang asyik nak main je keje. Tahniah kepada Muhammad & Fisha.




Nak masuk pintu gua... stanby heandlamp masing2x

Cerita pasal gua, tracking sejauh 500 meter (ala… Nampak dekat.. tapi try test masuk, tengok). Ada 12 Checkpoint yang mencabar… kalau berjalan 3 orang mengambil masa salama 1jam 45 minit. Kalau 43 orang, kira jer la sendiri. Ini bukan gua batu kapur mcm kat gua niah tue, gua batu maloi ada yang muat, ada yang tak muat laluannya, ada yang merangkak, ada yang kene baring, ada yang kene memanjat, ada yang kene menyelam. Ada 12 Checkpoit kesemuanya. Antara checkpoint yang menarik adalah ,cp 3 ada gigi maloi...,cp 5 - gua kelawar lepas tu naik tali, cp 6 - kapal maloi, cp 7 - lukisan kt dinding...lepastu lubang ibu mengandung, cp 9 - air terjun..panjat guna tali lewan arus, cp 12 - tempayan maloi. Di checkpoint 6, taklimat berkenaan gua diberikan oleh Rosman. Intrested betul, semua nye dengar… bagus la.. OHM nie, sambil meneroka gua dapat belajar something yang baru....

Cerita gua... oleh Mr Rosman

O.k dah? Lepas tue keluar gua dalam keadaan yang sudah basah kuyup, sebab dalam gua nie ada sungai dan air terjun yang dingin, nyaman dan sejuk. So, Ambik la peluang untuk mandi.. kalau tak rugi… beb. Dan dalam keadaan berbasahan kita mengambil gambar. Dalam perjalanan balik pun, kita sempat berkumpul dan bergambar bersama dahulu… ada dua tempat kita orang berkumpul untuk mengambil gmbr kenangan, di pintu keluar gua dan juga di hadapan batu maloi. Sambil berjalan pulang, sekali lagi ilmu mengisi dada. Rosman memperkenalkan pokok-pokok yang menjadi ubat tidak kira kepada lelaki dan perempuan.
Bila dan keluar dari gua, baru dengar bunyi kruuukkkraaakkk… bunyi perut yang dah lapar sebab dah pkl 3 pun… huihuu

Sampai jer basecamp, semua nye bersiap untuk Makan (paling penting). Makanan tengahhari memang mengamit selera semua peserta (maklumla.. lapor katakan). Makan penuh dengan kesopanan. Huhu.. best2x..best2x… dan selepas makan, semua bersihkan badan masing2x, mandi kemas2x untuk pulang ke tempat masing2x…. bersalaman dan mengucapkan selamat jalan… dan yang pasti insyalallah kita jumpa di program yang seterusnya...

p/s kalau nak tgk gmbr yang lain klik disini