petikan akhbar 20 pelajar asrama penuh dibuang jentik dahi junior.
Satu lagi berita yang berkaitan dengan pelajar sekolah yang tinggal di asarama. Kali ini melibatkan sekolah berasrama penuh integrasi (SBPI). Sempat saya membaca komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Seperti biasa ada yang menyokong tindakan sekolah dan ada yang tidak menyokong tindakan sekolah disertakan dengan sebab-sebab tertentu.
Buli & physiology asrama
Bila dinyatakan sebagai buli dan physiology ini adalah disebab kan oleh tingkah laku pelajat tersebut. Kesalahan dibuat oleh pelajar-pelajar junior kepada pelajar senior yang juga hanya membezakan umur setahun. saya yakin dan percaya apa yang dibuat oleh pelajar senior ini adalah bersebab. Dan mereka sendiri telah memerhati tingkahlaku pelajar senior ini untuk sekian lama. Mungkin itu adalah tindakan terbaik buat mereka. Lagipun, jika kita tidak melkukan sesuatu perkara yang pelik, kenapa kita diperhati.
Antara pembelajaran di sekolah dan tinggal diasrama adalah dua dunia yang berbeza. Jika di sekolah, hampir ksedmua rakan kelas kita membuat aktivti di kelas bersama. Tetapi apabila di asrama sebahagian kehidupan kita adalah berbeza dan disekliling kita juga mempunyai usia dan cara yang berbeza. Sebagai contoh ke atas pertanyaan di atas. Sebenarnya paras usia, dan tempoh sesorang itu berada di asrama membuatkan dia berasa bangga berada lama di sekolah asrama tersebut. Dan panggilan abang atau kakak perlu bagi menunjukkan rasa hormat kepada pelajar senior dan juga amalan tersebut diwarisi dari dahulu lagi.
Jika pelajar junior/baru ini tidak pandai menyesuaikan keadaan di tempat baru. Sikap dan perlakuan mereka perlu ditegur agar tidak jauh menyimpang daripada apa yang diwarisi. Teguran juga dilakukan dengan pelbagai cara mengikut cita rasa pelajar senior.
Jika anda juga lepasan pelajar asrama, saat yang paling indah diingat hingga ke dewasa adlaah 1. saat dibuli 2. saat melakukan kesalahan 3. saat kecemerlangan. 4. saat mengenakan rakan-rakan. Waktu itulah yang mencorakan kehidupana pelajar tersebut masa kini. Tiidak semestinya seseorang itu nakal di asrama waktu di sekolah, akan menjadi seorang yang nakal. Dan tidak semestinya seseorang yang baik di asrama akn baik selepas keluar dari asrama.
Terima kasih SMKA Pedas 1999 - 2003 kerana memberikan pengalaman dan menawasakan kami.
No comments:
Post a Comment