Sunday, March 6, 2011

Pejam mata demi kebaikan orang lain

Salam

Ahad 12:16pm disaat aku sendiri tidak tahu kenapa aku menulis tajuk berkenaan. Kali ini post ditulis tajuk dahulu kemudian apa sahaja terfikir dalam hati dan diri berkenaan dengan tajuk akan diterjemahkan satu persatu.

Demi kebaikan oornag lain, manusia akan pejam mata kesalahan orang lain. Itu dimaksudkan dengan seseroang yang tidak mempunyai pegangan yang kukuh dalam hidup, sam erti disini dengan seseorang yang tidak mempunyai  pendirian.

Golongan yang tidak mempunyai pendirian dalam hidup adalah bagaikan virus dalam hodup. saya juga menasihati diri saya sendiri, mana lah tahu jikalau saya sendiri juga termasuk dalam golongan virus tersebut.

Kemenangan seseorang dalam apa yang dihajati demi untuk menenangan orang lain, adalah kemenangan yang sia-sia. Ia akan di cemoh dan dipandang serong oleh orang lain satu masa nanti. Tidak seperti orang yang tegap dalam berpendirian dalam hidup. Ternyata disini, pejam mata gelap segala kehidupan yang sebenar.

Dan, jangan pula demi kebaikan orang lain manusia sering memejamkan tingkahlaku mereka. Dengan menghina, mencaci, mengutuk orang yang telah diberikan kebaikan. Seperti kata pepatah melayu seperti duri dalam daging. Tatkalah kita menikmati daging yang enak, tergigit duri yang tajam yang memberikan pendarahan di langit-langit dalam mulut kita, dan tidak dapat menikmati kemanisan makanan dengan sempurna.

Apa yang dipandang oleh manusia zaman sekarang bukan sekadar satu renungan yang klasik. Tetapi ianya adalah satu cabaran untuk masa depan. Apa itu maksud "renungan yang klasik". Ia sama saya ertikan seperti seseorang yang memandangkan serong kebaikan seseorang, dan dia sendiri tidak melakukan kebaikan untuk orang lain.

Hari ini, penyakit-penyakit memburukan orang lain masih menjalar. Seperti dalam sesebuah permainan, sikap kutuk apabila kalah, puji ketika menang, perlu ditukarkan kepada semangat ketika kalah, dan puji ketika menang dan jadikan aspirasi untuk kita lebih berjauya. yang penting SETIA.

Akhir kata : hidup dunia tidaklah lama, tapi lama lagi hidup di NERAKA jika kita memilihnya.

No comments: