Saturday, March 26, 2011

Earth Hour 2011 : Go Green World

Setiap tahun pada minggu ke-3 pada bulan March. Masyarakat dunia terutama daripada negara-negara yang mengambil bahagian menyambut, Earth Hour. Dimana dunia akan bergelap, selama satu jam mengikut negara masing2x. Tahniah kepada negara-negara yang mengambil bahagian, terutamnya negara ku yang tercinta, Malaysia


Adakah anda juga terlibat dalam program earth hour ini. Jika anda terlibat saya ucapkan tahniah. Sebab anda prihatin terhadap bumi dan persekitaran anda. Jika anda terlibat saya harap satu hari nanti ada dapat bersama kami dalam meraikan earth hour 2011. Walaupun usaha ini nampak kecil. Tetapi ia boleh mendatangkan seribu kebaikan kepada masyarakat dunia.

Selain earth hour, apa lagi tindakan anda  sebagai bukti anda sayangkan negara anda. Kalau anda tanya saya pelbagai cara saya lakukan untuk menyelamatkan bumi saya. Yang pertama, saya tidak makan bungkus. Dan jarang sya membungkuskan makanan, kerana penggunaan plastik boleh menjejaskan ecosistem alam, saya lebih suka menggunakan pinggan, walaupun diperbuat daripada plastik, namu selepas digunakan ia boleh di guna semula. Saya membawa air sendiri ke kelas.

Begitulah kisah betapa sayangnya saya kepada bumi saya. Gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi dan tanah runtuh adalah fenoma alam yang berlaku disebabkan oleh kita yang meningalkan kesan negatif kepada alam, seperti pencemaran alam dan sebagainya. Itulah perubahan alam yang kita hendaklah mengambil berat sepenuhnya. Yang penting, bumi kita semakin tua.

Selamatkan bumi kita daripada malapetaka!

Thursday, March 17, 2011

Ulasan berkenaan pelajar sekolah dibuang.

Merujuk kepada akhbar Berita Harian 17 March 2011

petikan akhbar 20 pelajar asrama penuh dibuang jentik dahi junior.

Satu lagi berita yang berkaitan dengan pelajar sekolah yang tinggal di asarama. Kali ini melibatkan sekolah berasrama penuh integrasi (SBPI). Sempat saya membaca komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Seperti biasa ada yang menyokong tindakan sekolah dan ada yang tidak menyokong tindakan sekolah disertakan dengan sebab-sebab tertentu.

Buli & physiology asrama

Bila dinyatakan sebagai buli dan physiology ini adalah disebab kan oleh tingkah laku pelajat tersebut. Kesalahan dibuat oleh pelajar-pelajar junior kepada pelajar senior yang juga hanya membezakan umur setahun. saya yakin dan percaya apa yang dibuat oleh pelajar senior ini adalah bersebab. Dan mereka sendiri telah memerhati tingkahlaku pelajar senior ini untuk sekian lama. Mungkin itu adalah tindakan terbaik buat mereka. Lagipun, jika kita tidak melkukan sesuatu perkara yang pelik, kenapa kita diperhati.

Antara pembelajaran di sekolah dan tinggal diasrama adalah dua dunia yang berbeza. Jika di sekolah, hampir ksedmua rakan kelas kita membuat aktivti di kelas bersama. Tetapi apabila di asrama sebahagian kehidupan kita adalah berbeza dan disekliling kita juga mempunyai usia dan cara yang berbeza. Sebagai contoh ke atas pertanyaan di atas. Sebenarnya paras usia, dan tempoh sesorang itu berada di asrama membuatkan dia berasa bangga berada lama di sekolah asrama tersebut. Dan panggilan abang atau kakak perlu bagi menunjukkan rasa hormat kepada pelajar senior dan juga amalan tersebut diwarisi dari dahulu lagi.

Jika pelajar junior/baru ini tidak pandai menyesuaikan keadaan di tempat baru. Sikap dan perlakuan mereka perlu ditegur agar tidak jauh menyimpang daripada apa yang diwarisi. Teguran juga dilakukan dengan pelbagai cara mengikut cita rasa pelajar senior.

Jika anda juga lepasan pelajar asrama, saat yang paling indah diingat hingga ke dewasa adlaah 1. saat dibuli 2. saat melakukan kesalahan 3. saat kecemerlangan. 4. saat mengenakan rakan-rakan. Waktu itulah yang mencorakan kehidupana pelajar tersebut masa kini. Tiidak semestinya seseorang itu nakal di asrama waktu di sekolah, akan menjadi seorang yang nakal. Dan tidak semestinya seseorang yang baik di asrama akn baik selepas keluar dari asrama.

Terima kasih SMKA Pedas 1999 - 2003 kerana memberikan pengalaman dan menawasakan kami.

Wednesday, March 16, 2011

Dear Japan, we are support u

Hi... to all


sekarang kita masih merasakan tentang isu gempa bumi di Japun. Walaupun, perkara ini telah berlaku hampir seminggu tetapi ketakutan, fobia dan ancaman pelbagai pihak masih lagi kita rasai sekarang. Namun apa yang mampu kita buat.

Masyarakat dunia telah mengumpulkan dana yang banyak untuk membantu meringankan beban masyarakat di utara jepun. Mungkin, kami boleh membantu melengkapkan keperluan asas mereka. Walaupun mereka bukan seagama dengan kita, namyun atas dasar keprihatinan sesama manusia yang juga dituntut dalam Islam kita perlu berusaha.

Ya Allah permudahkan masyarakat Jepun di sana.

mungkin hari ini, hari kesusahan mereka. oleh itu bantulah mereka. Amien

Sunday, March 6, 2011

Pejam mata demi kebaikan orang lain

Salam

Ahad 12:16pm disaat aku sendiri tidak tahu kenapa aku menulis tajuk berkenaan. Kali ini post ditulis tajuk dahulu kemudian apa sahaja terfikir dalam hati dan diri berkenaan dengan tajuk akan diterjemahkan satu persatu.

Demi kebaikan oornag lain, manusia akan pejam mata kesalahan orang lain. Itu dimaksudkan dengan seseroang yang tidak mempunyai pegangan yang kukuh dalam hidup, sam erti disini dengan seseorang yang tidak mempunyai  pendirian.

Golongan yang tidak mempunyai pendirian dalam hidup adalah bagaikan virus dalam hodup. saya juga menasihati diri saya sendiri, mana lah tahu jikalau saya sendiri juga termasuk dalam golongan virus tersebut.

Kemenangan seseorang dalam apa yang dihajati demi untuk menenangan orang lain, adalah kemenangan yang sia-sia. Ia akan di cemoh dan dipandang serong oleh orang lain satu masa nanti. Tidak seperti orang yang tegap dalam berpendirian dalam hidup. Ternyata disini, pejam mata gelap segala kehidupan yang sebenar.

Dan, jangan pula demi kebaikan orang lain manusia sering memejamkan tingkahlaku mereka. Dengan menghina, mencaci, mengutuk orang yang telah diberikan kebaikan. Seperti kata pepatah melayu seperti duri dalam daging. Tatkalah kita menikmati daging yang enak, tergigit duri yang tajam yang memberikan pendarahan di langit-langit dalam mulut kita, dan tidak dapat menikmati kemanisan makanan dengan sempurna.

Apa yang dipandang oleh manusia zaman sekarang bukan sekadar satu renungan yang klasik. Tetapi ianya adalah satu cabaran untuk masa depan. Apa itu maksud "renungan yang klasik". Ia sama saya ertikan seperti seseorang yang memandangkan serong kebaikan seseorang, dan dia sendiri tidak melakukan kebaikan untuk orang lain.

Hari ini, penyakit-penyakit memburukan orang lain masih menjalar. Seperti dalam sesebuah permainan, sikap kutuk apabila kalah, puji ketika menang, perlu ditukarkan kepada semangat ketika kalah, dan puji ketika menang dan jadikan aspirasi untuk kita lebih berjauya. yang penting SETIA.

Akhir kata : hidup dunia tidaklah lama, tapi lama lagi hidup di NERAKA jika kita memilihnya.