Tuesday, July 6, 2010

Keberangkalian dan tiada pilihan untuk mati


Assalamualaikum w.n.t,

Pagi ini minda anakledang0616.com akan berbicara mengenai keberangkalian dalam hidup.

Kita sebgai m anusia mempunyai pilihan untuk hidup, samada untuk berjaya ataupun kurang berjaya ataupun malas hendak berjaya. Semenjak kecil kita ada matlamat dalam hidup.

Dalam alam sekolah rendah kita berazam untuk belajar sehingga mencapai UPSR 5A semoga kita dapat memasuki sekolah asrama penuh. Dan ada juga keberangkalian kita tidak mencapai keputusan UPSR 5A dan tidak dapat memasuski sekolah asrama penuh, atau tidak mencapai keputusan UPSR 5A (4A 1B) sahaja, tetapi dapat memasuki sekolah asrama penuh atau kedua-dua sekali. Ini juga adalah satu keberangkalian dalam hidup

Selepas itu, kita ke alam sekolah menengah, dimana mempunyai matlamat untuk score A+ dalam SPM dan berazam untuk belajar di universiti terkemuka dunia. Ada juga keberangkalian, samada kita dapat score semua A+ dalam SPM dan berjaya melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka dunia atau tidak dapat keduanya sekali.

Dipendekan cerita, selepas berjaya dalam kerjaya, kita juga mempunyai keberangkalaian samada untuk hidup dalam keadaan bahagia menikmati usia tua ataupun kita juga mempunyai keberangkalian untuk tidak dapat menikmati kebahagian di usia tua.

Mati?

Mati adalah salah satu yang mempunyai tiada keberangkalian, samada kita bersedia ataupun tidak, kita tetap akan mati. Tiada pilihan untuk katakan tidak kepada mati. Kita akan mati dalam dua waktu solat, samada subuh ke zohor, zohor ke asar ataupun maghrib ke isyak.

Tiada pilihan juga untuk menikmati mati di usia tua ataupun di usia muda...

Wahai bakal-bakal jenazah sekalian,

Untuk menikmati kehidupan yang sempurna dalam hidup ini, kita hendaklah sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah swt. Amal ma'ruf nahi mukar. Walaupun, dalam hidup ini kita diberi pilihan, tetapi tidak semestinya kita perlu pilih amalan yang boleh merosakan kehidupan diri kita. Bergantung kepada cara kita mengamalkan perkara tersebut dan cara untuk mendapatkan perkara tersebut. Jika caranya baik, baiklah hasilnya.

No comments: