Sunday, July 4, 2010

Brazil dan keluar, Argentina dan tewas...

Sudah semestinya, kebelakangan ini FIFA worldcup 2010 memang menjadi tumpuan semua pengemar bola sepak. Orang yang tidak beberapa minat dengan bola sepak mcm saya pun terpedaya dengan sorakan gol dan aksi lincah pemain bola sepak, di pusingan kalah mati ini. 



Satu-satu pasukan telah terkeluar, saat penyokong pasukan untuk menempah tiket untuk pulang ke rumah sudah hampir. South Africa semakin lesu, kerana penyokong sudah ramai yang pulang ke negara masing-masing. Negera-negera ternama seperti Brazil dan England serta Argentina yang penuh dengan kontroversi juga sudah menempah tiket untuk pulang.

Finatik bola

Finatik bola sepak sekarang sanggup tidak tidur malam, semata-mata untuk melihat pasukan yang menjadi impian mereka menang. Ada yang sanggup bangun jam 2.30pagi untuk menonton bola sepak. Sewaktu besoknya kerja. Hahaha kalo golongan cam ini, mereka perlu pandai menilai yang mana lebih penting yang mana tidak.

Finatik bola sanggup mempertaruhkan hartanya demi kemenangan pasukan yang diimpikan, saya yakin, telah ramai yang rugi dan telah ramai yang mengaut keuntungan. Yang penting, judi adalah haram disisi Islam.

Finatik bola, telah pun di tackle oleh tauke-tauke kedai mamak dan kedai mempunmyai LCD dan Astro (paling penting) untuk menonton bola di kedai mereka. So, jualan mereka boleh lari lebih daripada 40%.

Finatik bola sepak, ada yang sanggup mengapi-apikan kekalahan kawan die.. dengan "down" kan rakan yang menyokong pasukan lawan. Seperti mana yang telah dirasai oleh penyokong Brazil dan Argentina sebelum ini.

Finatik bola,  x tahu pun sekarang ini ada tilawah alquran peringkat kebangsaan. Apa yang penting buat mereka, siapa match selepas ini dan stanby tido untuk match 2.30a.m

Finatik bola, jangan abaikan solat!!!



No comments: