Saturday, March 27, 2010
Lembab dan Bodoh!
Sunday, March 21, 2010
Jom Kahwin, alamak umur ku dah 40 la... hahaha
Dah biasa dah dgn skrip kat atas nie,
Satu servey telah di jalankan oleh National Population and Family Development (LPPKN) dari trend populasi diantara tahun 2000 hingga 2007, kebanyakan orang Malaysia ini kahwin lambat ataupun mereka nie memang tak kahwin sampai ke tua. Avegare perkahwinan antara lelaki dan perempuan meningkat daripada 25.5 - 22 pada tahun 1970 dan 28.6 - 25.1 pada tahun 2000.
Dan, bilangan mereka yang kahwin selepas 30 tahun adalah dua kali ganda pada perempuan iatiu 13% kepada 29.8% dan lelaki dariada 32% kepada 54.9% peratus. Kemungkinan, purata umur kahwin pun akan meningkat pada 33thn pada 2015 nnt.
apa punca masalah, bilangan mereka yang kahwin lambat nie semakin meningkat.
1. Sebab nak kejar carear
2. Sikap terlalu memilih, terutamanya bagi perempuan kerana pangkat dan jawatan die telah tinggi.
3. Tunggu stabil dulu kewangan baru nak kahwin.
Empower executive director Maria Chon Abdullah memberi pandangan, "This indirecly reinforces the nation that woman's natural incilantion is towards making a home for her children and husband. In their eyes, a women's ability to maintain a home while pursuing a career threatens the faimlu structure as it means fewer babies.
Raja Azwa Petra 38, dalam temuramah dalam akhbar The Star, "When i first stared working, what was more imporatant was that i was in a job i believed in, not just one that paid a salary at the end of month, So i fouced all my effort into finding the area that i wanted to work in. For men, marriage is a case of meeting the right person. I do not have a plan to get married at a paarticular age. If you meet the person you want to spend the rest of your life with, you should be able to do so at any age. "
Prof Dr Rumaya, dari UPM juga mengatakan bahawa 40% wanita tidak memilih untuk kahwin adalah kerana mereka tidak jumpa "Mr Right" lagi.
Raja Azwa ada lagi mengatakan " What is more important is doing it for the right reason. You should not be forced into it or think it is the only option you have. It is more dangerous if you marry the wrong person and have children. More importantly, marriage is not only for having children, You still decide not to have children when you are married"
Kata seorang jejaka bernama Faris "when i get married, naturally i would want to start a family and i would want the best for the kids. I am barely surviving now, so it would be unfair for the kids. People are getting scared because of the economic situation"
Apa kata mereka yang tak mahu kahwin
Linda Tan*, 27 tidak percaya kepada perkahwinan kerana experience yang dialami dalam dirinya. Mak ayah mereka telah bercerai, dan dia juga melihat rakan-rakan yang lain, yang mengalami masalah yang sama, Sesetangah dari mereka masih bersama, tapi bukan tidur dalam satu bilik.
.... Apa masalah pasal kahwin?
Trend populasi skrg dimana, mengejar career, tunggu stabil duit, pilih yang terbaik adalah punca masyarakat skrg kahwin lambat. Ump, takpe la.. nak buat mcm mana.
tapi harus ingat, kahwin juga adalah sunnah Rasullah s.a.w,
Artikel ni saya ambik dari ruangan focus, sunday star 22/3/10. bukan, nak ckp ape, cuma nak mengingatkan tentang usia dan perkahwinan kepada semua rakan-rakan. Ingat Rezeki datang dari Allah swt. yang penting kita momohon kepadanya.
Thursday, March 18, 2010
Awas! Adakah anda juga dalam golongan Munafik
Salam, kepada semua sahabat seperjuangan dan semua pembaca anakledang0616.com , diakhir zaman ini, marilah kita bersama-sama merenungkan tingkah laku kita. Adakah kita seorang yang benar-benar ikhlas dalam menghayati agama kita yang suci ini. Iaitu agama Islam. Melakukan kewajipan kita sebagai seorang Islam dan juga meningalkan larangan yang ditegah oleh Allah swt.
Pena anakledang0616.com hari ini ingin berkongsi ilmu dari pembacaan anakledang0616.com dari sebuah buku yang bertajuk al-amthal dalam al-quran Golongan Munafik tulisan Muhd Najib Abdul Kadir dan Mohd Nazri Ahmad yang diterbitkan oleh Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd.
Semoga ilmu yang akan dikongsi ini mendapat manfaat dan iktibar kepada semua pembaca.
Jenis-jenis munafik
Para Ulama membahagikan munafik kepada dua jenis iaitu nifak iktikad dan nifak amali.
1. Nifak Iktikad ialah mereka yang keluar keimanannya secara tersembunyi selepas memeluk Islam secara zahir. Kebanyakan ulama menamakan nifak ini sebagai nifak akhbar. Dari segi hokum, golongan ini termasuk dalam golongan kafir dan kekal di dalam neraka.
Nifak ini boleh diketegorikan kepada dua bentuk iaitu:
(a) Nifak iktikad yang berlaku kepad mereka yang memeluk agama Islam secara berpura-pura pada masa permulaan lagi. Mereka menyembunyikan kekufuran, sebaliknya melahirkan keimanan. Sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah swt dalam surah al-baqarah ayat 8 yang bermaksud
Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
(b) Nifak iktikad ini berlaku kepada mereka yang memleluk Islam kemudian menjadi murtad, tetapi kekufurannya tidak dizahirkan, bahkan terus disembunyikan. Walaupun beitu, tanda-tanda kekufuran itu terjadi juga disebabkan kata-kata dan perbuatan mereka sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah swt melalui firman-Nya dalam surah al-munafiqun ayat 8
Mereka berkata lagi: Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam). Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Tanda-tanda kekufuran mereka disini adalah melalui perbuatan iaitu percubaan mereka untuk membunuh Rasullah saw pada malam Aqabah ketika peperangan Tabuk.
Allah swt berfirman dalam surat At-taubah ayat 74 yang bermaksud
Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu) dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong.
2. Nifak amali ialah mereka yang beriman secara zahir dan batin tetapi tidak menunaikan tanggungjawab secara keseluruhannya.
Ibn Taimiyah berkata Dalam islam terdapat golongan yang mengak Islam tetapi tiada sedikit pun keimanan di hati meraeka, golonga ini dinamakan munafik tulen dan terdapat juga golongan yang mengaku Islam dengan keimanan di dalam hati sanubari mereka, tetapi mereka tidak menunaikan kewajipan secara menyeluruh. Mereka lah golongan fasiq yang termasuk dalam nifak amali.
Dari segi huku, golongan ini dainggap beriman dan fasiq disebakan maksiat yang dilakukan oleh mereka. Mereka di bawah kehendak Allah swt sama ada diazab atau di ampunkan dosa mereka, sebagaimana firman Allah swt dalam surag an-Nisa’ ayat 48 yang bermaksud
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.
Sunday, March 14, 2010
Malu, kalau orang OKU pun boleh cemerlang
dipetik dari berita harian 12 Mac 2010 : Click for enlarge
Assalamualaikum
anakledang0616 mengucapkan jutaan tahniah kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2009. Tidak kira, samaada anda cemerlang ataupun tidak. Bagi saya, kecemerlangan dalam SPM bukan pengukur untuk kejayaan masa depan anda. Tapi kejayaan mahupun kegagalan dalam SPM mampu mengubah diri anda jika anda berminat untuk menjadi yang terbaik untuk diri anda. Tahniah!
Kebanyakan masyarakat umum tidak melihat kejayaan orang yang sempurna sebagai pedoman untuk berjaya. Mereka lebih kagum dengan insan yang kurang upaya dalam menempuh cabaran untuk mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
Pada setiap tahun, kita sering melihat kejayaan orang yang kurang upaya untuk berjaya dalam peperikaan mahupun kehidupan. Tetapi, apakah perasaan anda apabila membaca artikal berkenaan dengan mereka yang kurang upaya dalam menjadi seorang pelajar yang luar biasa hebatnya? adakah anda berasa malu? ataupun anda berasa seperti anda yang sempurna sifat itu seperti tidak menggunakan nikmat yang tuhan berikan itu dengan sebaik mungkin?
Walaupun mereka kekurangan sifat dalam diri, tapi apakah sebab utama mereka berjaya? kerana semangat yang tiggi dalam diri mereka yang juga ada pada manusia yang sempurna tetapi tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin kerana mereka buat-buat tak perasan dengan nikmat yang diberikan oleh Allah swt.
Tidak seberapa mana kejayaan seseorang itu, kalau kita sendiri juga tidak berjaya seperti mereka. Bagaimana cara untuk berjaya? Cara untuk berjaya itu adalah satu benda yang mudah iaitu mengikut jejak langkah orang yang berjaya. Mudah kan? kalau orang yang berjaya yang telah menulis autobiografi mereka di buku-buku. Mudah sahaja, anda cuma perlu baca dan menggunakan.
Berterima kasih, kepada mereka yang sempurna dan cemerlang dalam peperiksaan kerana berkongsi ilmu kejayaan mereka. Bukan untuk diri dia yang sudah berjaya. Tetapi ianya adalah untuk mereka yang ingin berjaya. Kalau anda tidak mahu berjaya. Usah menimba ilmu dan mengambil contoh kehidupan orang yang berjaya
Tuesday, March 9, 2010
Peruntukan Masa 24 Jam Sehari
Manusia adalah maklhuk yang paling banyak membuang masa. Tidak terkuacali penulis blog ini, saya juga tidak terlepas selalu membuang masa saya begitu sahaja. Melepaskan waktu muda saya dengan aktiviti yang sia-sia.
Sunday, March 7, 2010
Sebab-sebab mengapa saya belum kaya
2. Umumnya saya mengatahui bahawa berniaga bukan satu perkara yang mudah, ia melibatkan keberanian dan ketabahan dalam hidup. Adakah saya mampu dalam menempuh semua itu.
3. Saya rasa, saya kurang ilmu dalam perniagaa. Saya akan tambah ilmu dalam perniagaan saya
4. Saya ada komitment lain, oleh itu, pembahagian masa saya adalah terhad.
5. Saya tidak tahu produk yang ingin dijual atau dipasarkan, ataupun servis yang hendak diberika.n
6. Walaupun saya mahu jadi kaya, adakah kekayaan itu menjamin kebahagian dalam hidup saya.
7. Belum sampai lagi peluang untuk saya menjadi kaya.
* persoalan ini adalah salah satu latihan yang saya sedang buat semasa membaca sebuah buku yang berajuk "Bagaimana saya boleh menjadi jutawan, Adam Khoo"