Tuesday, June 9, 2009

Nilai Integrati dalam konsep 1 Malaysia

Integriti adalah konsep yang terakhir yang diperjelaskan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. menrusi laman web 1 Malaysia.

Kenapa PM mengutarakan berkenaan dengan integriti dalam 1 Malaysia. Disebabkan hasrat YAB PM untuk memastikan negara ini bebas daripada fitnah dan ancaman daripada luar.

Integriti adalah satu keadaan yang dimana rakyat di Malaysia ini memenuhi segala janji yang telah diperkatakan dan seseorang itu menjadikan lebih telus serta terbuka dengan orang lain, oleh itu kita akan terbinalah satu asas kepercayaan yang kukuh antara satu sama lain.

Dalam kata lain, tiada "hiden agenda" dalam melaksanakan sesuatu perkara. Setiap perkara perlu diperjelaskan seacara umum.

Kenapa kita perlu bersikap terbuka?

Bersikap terbuka ini adalah selalunya berkait rapat dengan orang yang berfikiran terbuka. Kedua-dua matlamat ini jelas adalah benda yang sama.

Jika kita mengalamalkan konsep keterbukaan, apa yang kita jalankan akan menjadi telus. Susah untuk musuh "attack" kita.

Keterbukaan juga adalah bersedia untuk menerima kritikan daripada orang, samada kritikan itu adalah sesuatu yang negatif ataupun positif. Jika kita menerima sesautu yang kritikan yang negatif, jikalau itu adalah sesuatu yang benar, perbaikinya dengan sendiri dan jikalau kritikan itu adalah sesuatu yang salah kita pertahankan ia dengan baik. Itulah keadaan yang sebaik-baiknya, bukan untuk kita mengatakan bahawa kita ini adalah seseorang yang hebat. Tetapi, sebenarnya untuk kita menjelaskan keadaan yang sebenar. Agar mereka betul-betul faham dengan apa yang kita lakukan

Sebagai contoh, sebagai seorang pelajar, apabila seseorang itu mengkritik atas tugasan kita dalam apa yang dibentangkan. Kita seharusnya menerima kritkan itu. Menerima tanpa membibas, bairkan mereka memberi hujah. Kadang-kala ada pandangan dan hujah mereka itu adalah sesuatu yang sebenarnya perlu diperbaiki oleh kita. Oleh itu, kita sebenarnya perlu membaiki semua itu.

Kalau kita berkata, berkatalah benar walaupun ianya pahit. Kerana berkata benar itu adalah sesuatu perkara yang penting dalam kehidupan. Hari ini jika kita berkata perkara yang salah, mungkin kita dibidas dengan seteruknya. Kerana orang yang selalu berkata bohong akan mencari seribu satu alasan untuk melepaskan dirinya. Ianya tidak menentu, samada apa yang dikatakan itu adalah benar ataupun tidak

Wallahua'alam

Satu penjelasan yang dikeutarakan oleh YAB P.M berkataan dengan nilai Integriti adalah, seseorang itu perlu mengotakan janji. Seorang pemimpin, haruslah menepati janji yang telah diberikan kepada rakyatnya.

Inegriti harus ada disetiap masyarakat Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang maju. Nilai integiriti ini penting, bukan sahaja ia bermanfaat untuk negara. Tetapi, ia penting jika anda ingin menjadikan diri anda maju setapak kehadapan.

Percayalah, sikap integriti adalah penting untuk memebina keyakinan orang terhadap diri anda.

No comments: