Sunday, October 9, 2011

Kerja Secara Part Time


Alhamdulillah, dengan rahmat dan berkat daripadaNya dapat kita berjumpa lagi.

Pekerjaan secara part time sebaiknya bukan pekerjaan yang “makan gaji” tetapi pendapatan secara sampingan yang anda boleh lakukan pada bila-bila masa tanpa ada tekanan daripada pengurusan.Hari ini saya hendak berkongsikan kepada anda, pekerjaan yang boleh membantu meningkatkan pendapatan anda.
Apakah pekerjaan tersebut?
1. Menjual apa-apa sahaja barang melalui internet.
Barang-barang tersebut hendalah bukan makanan, mudah pecah ataupun sangat-sangat berharga (contoh emas). Aktiviti ini sangat mudah, walaupun anda tidak mempunyai pengetahuan dalam pembinaan laman sesawang (website), anda boleh menumpang untuk memaparkan produk anda di laman web lain seperti di mudah.my ataupun anda yang mengetahui selok beluk facebook, anda boleh post barang anda yang hendak dijual.
2. Menjadi agent perkhidmatan kepada syarikat-syarikat tertentu
Sudah tentu ini adalah pekerjaan yang sangat mudah. Anda seperti seorang sales person sahaja, dan mendapat komisyen daripada jualan yang anda buat. Anda tidak perlu menyimpan, menyelengara dan menguruskan produk/perkhidmatan anda. Anda cuma perlu menungu panggilan daripada pelanggan untuk mendapatkan order, dan anda perlu memberitahu syarikat, order tersebut. Dan menerima komisyen atas jualan anda.
Sebagai contoh, disebalik en A bekerja sebagai Executive di sebuah bank ternama, En A juga menjadi agent untuk memasang khemah bagi tujuan kenduri. En A menerima panggilan daripada pelanggan, dan menerangkan produk dan menawarkan harga yang menarik, seolah-olah syarikat tersebut dia yang punya. Kemudian apabila pelanggan bersetuju, En A menalifon pengusaha syarikat pemasangan Khemah untuk memasang khemah di rumah pelangan pada tarikh yang ditetapkan. Pengusaha syarikat tersebut memberikan komisyen, daripada jualan. kadang-kadang pendapatan En A  sbg agent pemasangan khemah adalah saya seperti beliau menjadi executive bank.
3. Berkebun di rumah
Idea ini praktikal bagi mereka yang mempunyai tanah, terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar. Malaysia mengekspot makanan yang banyak daripada negara luar. Bukan kerana di Malaysia ini tiada kawasan tanah yang lapang, tetapi kerana di Malaysia ini kita sanggup lagi menjadi pekerja daripada petani, walaupun dianggarkan pendapatan jika beliau menjadi petani adalah lebih banyak berbanding bekerja sebagai pekerja biasa.
Berkebun dirumah, bolehla dibuat di hujung minggu, ataupun diwaktu petang selepas pulang daripada bekerja. Cuma kita hendak pastikan bahawa tanaman kita bebas daripada seranggan perosak dan mendapat bekalan nutrisi dan air yang mencukupi untuk pembesaran.
Sayuran organik hari ini, mendapat sambutan yang hangat. Ini adalah kerana, sayuran biasa dianggap tidak semulajadi dan boleh menyebabkan penyakit kanser kerana berubahnya ganetik dalam tumbuhan tersebut.
4. Terlibat dalam MLM atau Insurance agent
Anda harus bijak memilih syarikat MLM di Malaysia, nasihat saya dalam memilih syarikat MLM adalah 1. syarikat tersebut mestilah mempunyai produk yang sesuai dengan trend atau kehidupan masa kini. 2. syarikat tersebut kukuh dipasaran, atau lebih mudah syarikat terkenal.
Syarikat yang hanya menawarkan pendapatan tanpa produk, anda tidak perlu untuk menjadikan sumber pendapatan kedua anda. Sebab ia mungkin boleh menjadi, beban kepada hutang anda satu hari nanti.
Menjadi agent insurance juga menawarkan pendapatan yang lumayan, tetapi anda haruslah mendapatkan lesen yang disediakan oleh MII terlebih dahulu dan mendapat kebenaran daripada Bank Negara Malaysia (BNM) melalui LIAM  sebelum menjual produk insurance. Niat yang ada pada seorang agent adalah untuk membantu dari aspek kewangan pelangan.  Berminat untuk menjadi agent insurance, boleh hubungi saya.
5. Menjadi Jurufoto di majlis perkahwinan
Kerja sebagai jurufoto ini, hanya mengambil masa di hujung minggu kerana lazimnya, majlis-majlis tersebut dijalankan pada hujung minggu. Pada waktu malam pula, anda perlu edit gambar tersebut mengikut kehendak pelanggan, pendapatan mingguan anda mungkin mencecah ribuan ringgit. Oleh itu pendapatan bulanan anda?
Ianya seperti meluangkan masa untuk hobi. Menarik bukan…
Banyak lagi aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan, untuk meningkatkan pendapatan anda. Gaji anda, tidak mencukupi hari ini, anda tidak perlu sentiasa merungut dan menunggu kenaikan gaji. Yang penting, tindakan dari anda. kenaikan gaji sebenarnya tidak mengubah cara hidup anda secara langsung, ia seperti tiada perubahan dalam diri anda. Berusahalah menggunakan pemikiran yang dianugerahkan Tuhan untuk berjaya
p/s saya bersedia menerima pandangan dan meberi nasihat daripada anda, berkenaan dengan pekerjaan sampingan yang anda hendak lakukan, setiap perniagaan ada risiko. Saya adalah rakan karib penasihat perniagaan anda. 

1 comment:

sUe_adDa said...

oh en k.a! tulun sy crikan kerja part time! haha. cuti sem nih..borim nk mampo* kot!