Sunday, September 18, 2011

Tips Membeli kenderaan

Kereta Baru atau Terpakai

Saya percaya bahawa ramai yang senantiasa berkeinginan membeli kenderaan, terutamanya dizaman serba cepat ini. Pengunaan perkhidmatan awam menjadi pilihan kedua yang diamalkan oleh sesetengah rakyat Malaysia. Kenderaan yang dimiliki pula adalah merupakan kenderaan baru atau kenderaan yang canggih dan mahal.
Hari ini, saya berkongsikan kepada anda, tips2 untuk membeli kenderaan.

Tips sebelum membeli kenderaan.
1. Membeli kenderaan yang tidak memerlukan kos “maintainance” yang tinggi, Anda boleh menyemak kos maintanance daripada pusat servis berdaftar dan juga panel specific jenama kenderaan anda. Walaupun kereta tersebut murah pada harga pasaran tempatan, tetapi anda juga harus meniliti kos barang untuk maintance kenderaan anda.
2. Membeli kenderaan yang sesuai dengan tangga gaji anda. Sebagai contoh, Jika gaji anda kurang RM2000.00 cukup sekadar membeli sebuah kenderaan yang mempunyai bayaran bulanan kurang daripada RM500.00. Kenderaan bukanlah aset. Jangan kereta hendak kelihatan mewah dihadapan orang anda terperangkap dengan kebebasan menggunakan wang.
3. 100% tanpa pinjaman, ini adalah cara paling terbaik untuk membeli sebuah kenderaan. Tetapi ada juga yang membuat pinjaman sehingga 9 tahun, saya juga tidak pasti adakah kereta tersebut akan bertahan untuk 9 tahun. Yang merugikan kita apabila kita membuat pinjaman untuk jangkamasa yang lama, sekejap atau tanpa pinjaman adalah jumlah “interest” bank yang perlu dibayar. Harganya seperti anda membeli satu dan setengah kenderaan anda.
4. Memastikan anda dapat menyimpan wang untuk tujuan “emergency” pada diri anda, keluarga dan juga harta benda. Sesetengah orang hanya membeli kenderaan dan memikirkan bayaran bulanan dan maintance. Kadang-kadang, benda yang tidak dijangka berlaku boleh berlaku pada bila-bila masa. Simpanan juga adalah sangat penting, terutamanya untuk masa hadapan. Percayalah, bahawa nilai RM1,000 hari ni, tidak akan sama dengan nilai RM1,000 pada masa hadapan.
5. Membeli kenderaan terpakai yang baru. Kenapa saya mencadangkan anda membeli kenderaan terpakai tetapi baru adalah kerana anda hanya perlu membayar harga yang kurang daripada membeli kenderaan baru. Kos “maintainance” juga adalah rendah berbanding jika anda membeli kenderaan terpakai yang sudah berusia lebih daripada 7 tahun. Namun anda juga harus memastikan kenderaan terpakai tersebut dalam keadaan baik sebelum membelinya.
6. Insurancekan kenderaan anda mengikut harga pasaran semasa kenderaan anda. Anda tidak perlu insurancekan pada komponen-kompenen kenderaan anda, kerana ia merugikan anda, seperti insurancekan cermin hadapan dan lain2x.
7. Elakan daripada membeli kenderaan yang telah diubahsuai di komponen utama. Kenderaan seperti ini tidak menepati standard daripada pembekal. Justeru, jika pengubahsuaian dilakukan, walaupun dijual dengan harga yang murah tetapi mungkin juga kos “maintanance” akan meningkat kerana sebenarnya komponen kenderaan tersebut tidak sesuai digunakan.
8. Elakan kemalangan pada bila-bila masa dan pandu berhati-hati memberi banyak manfaat kepada anda. Pertama anda akan menikmati Non Claim Bonus (NCB) daripada insurer, kedua anda juga dapat menjual kenderaan anda dengan harga yang tinggi sedikit.
9. Tidak mengubahsuai bakal kenderaan anda hanya kerana hendak melihat ianya kelihatan cantik. Tetapi sebenarnya ia tiada nilai pada kenderaan anda. Anda masih perlu menjual pada harga yang lebih kurang sama dengan harga kereta yang tidak diubahsuai.
10. Carilah kenderaan yang terbukti jimat dari segi pengunaan petrol. Teknologi penjimatan minyak paling efisyen terdapat pada hybrid technology, manakala kebanyakan kenderaan sekarang sudah dilengkapi dengan teknologi seperti DVVT, CVVT, VVTi dan VVEL. Teknologi tersebut bergantung kepada jenis enjin yang anda gunakan.

Pemikiran yang panjang, insyallah mampu memberikan kehidupan yang sempurna pada diri anda. Tidak semestinya anda perlu kelihatan mewah dipandangan mata, tetapi sebenarnya anda miskin dihati anda. Hidup orang yang bersyukur dengan nikmat tuhan adalah hidup orang yang bertaqwa.

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk membaca penulisan saya pada minggu ini.

KHAIRUL ANWAR BIN ABU MANSOR
RFS Consultant
PRUDENTIAL Assurance Malaysia Berhad
PRUDENTIAL BSN Takaful Malaysia Berhad
Hp : +6019 271 7006
Email : khairulanwar426@prupartner.com.my

No comments: