- Gambar Hiasan - |
Wawasan 2020 yang sering dilihat dari segi pembangunan pintar, kemajuan ekonomi membuatkan kadang-kadang kita lupa bahawa ada satu bidang dimana bangsa Melayu kebanyakannya pernah menceburinya juga boleh berkembang pesat dan menjana pendapatan yang sangat lumayan. Tetapi, adakah kita sedar bahawa keadaan ini semakin lama semakin lupus.
Sebelum saya pergi jauh, saya mahu terapkan kepada anda bahawa, walaupun anda pergi ke mana-mana bidang sekalipun, samadan pertanian, ekonomi, sosial ataupun teknologi. Anda boleh berjaya, kerana adanya MINAT dalam diri anda. Pandangan serong sesetengah masyarakat bahawa Pertanian adalah salah satu bidang yang mundur dan ketinggalan perlulah dijauhkan dan ditingalkan.
Bangsa Melayu adalah bangsa yang terkenal dengan bidang pertanian satu masa dahulu, jika kita melihat dari aspek sejarah, kepulauan tanah Melayu adalah sumber untuk mendapatkan rempah ratus, ia juga mendatangkan minat pedangang eropah datang dan menjajah Malaysia. Tanah Melayu, dari aspek geographinya terletak di antara garisan khatulistiwa, yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan herba yang hidup merata di sekitar negara kita, bandingkan kehijauan negara kita berbanding di kutub dan kawasan padang pasir.
Sekarang juga jika anda ke kampung-kampung ataupun kawasan luar bandar, kita melihat maih lagi orang-orang Melayu melaksanakan bidang pertanian, seperti padi, kelapa sawit, getah, buah-buahan, ternakan ikan, dan pelbagai lagi. Kebanyakan di usaha oleh orang Melayu. Orang Melayu yang bagaimana yang sangat berminat dengan industri pertanian? ini adalh perkara serius, kebanyakan diusahakan oleh golongan yang sudah berusia, anak-anak muda yang kurang berkelayakan ekedemik, melayu nusantara yang diupah dan Orang Melayu yang minat dalam pertanian tetapi jumlahnya sangat sedikit.
Potensi bidang pertanian, jangan terkejut ya, jika saya meramlakn bahawa harga barang pertanian akan meningkat naik antara 100-120% dalam tempoh 4 tahun lagi. Ini adalah kerana peningkatan yang semakin berganda populasi dunia, iaitu sebanyak 9.3bilion menjelanag tahun 2030 - 2040.
Di Malaysia, walaupun pada awal artikal ini dinyatakan bahawa Bangsa Melayu banyak mengusahakan pertanian, tetapi kawasan pertanian moden dipunyai oleh bangsa Cina. Ini bermakna, bangsa melayu yang sudah menguasai bidang pertanian akan ketinggalan jika asik dengan konsep pertanian traditional ataupun "pertanian moden" yang kita tidak pasti adakah masih moden teknologi yang dipakai untuk pertanian tersebut.
Masalah ini berlaku antaranya apabila institusi pengajian tinggi tidak menjadikan pertanian sebagai satu bidang untuk diletakan di negara. Universiti Pertanian Malaysia yang ditubuhkan oleh Allyarham Tun Abd Razak dan mendapat perkenan Sultan Selangor yang memberi tanah seluasnya untuk pengajian dalam bidang pertanian juga tidak dapat dioptimumkan, bahkan bagi memenuhi keperluan kerja semasa nama Universiti Pertanian Malaysia ditukarkan kepada Universiti Putra Malaysia, dan pertanian bukan lagi bidang pengajian utama di Universiti berkenaan. UiTM telah menubuhkan Fakulti Pertanian dan Agriculture (FPA) khas untuk penekanan dalam bidang pertanian.
Kemungkinan yang akan berlaku jika aspek pertanian tidak dipandang sebagai satu bidang yang tinggi nilainya, dan mempunyai bidang kerja yang luas adalah apabila kita terpaksa bergantung kepada sumber makanan daripada negara Luar. Sekarang ini, makanan asasi kita iaitu beras, banyak diimport daripada negara jiran Thailand. Kita boleh jadi kebulur jika kita mengalami masalah dengan negara yang kita jadikan sumber makanan untuk diimport ke negara kita. Bahaya! Lihatlah disini, hanya dengan menyekat makanan ken negara kita sahaja, mampu membuatkan ramai rakyat Malaysia yang boleh mati akibat kebuluran, terutamanya masyarakat yang miskin, kerana kenaikan harga barang tersebut.
Bila kita melihat kepada Thailand, sebuah negara yang eksport makanan yang terbesar dinegara kita. Raja Thailand, amat menitik beratkan bidang pertanian, terdapat universiti yang menyelidik bidang pertanian dengan rancaknya. Pengalaman saya dalam penyelidikan saya, ramai penyelidik daripada Thailand yang sedang dan telah mengekplotasi sumber-sumber makanan mereka kepada yang lebih banyak agar setiap pokok sebagai contoh dapat menghasilkan buah yang banyak dan bermutu tinggi. Inilah sebabnya durian selalu sahaja berbuah di negara mereka. Tetapi susah untuk kita dapatkan sumber daripada kajian mereka dalam bidang pertanian secara terperinci...
Kemajuan pertanian di Malaysia perlu dipertingkan, bermula daripada penekanan oleh Institusi Pendidikan demi melahirkan Petani-petani yang Moden kehadapan, bukan setakan Moden pada hari ini. Paras air laut akan meningkat kesannya sumber makanan akan berkurang di masa hadapan. masyarakat kota yang sibuk kemiskinan dibawah RM3,000. Sedangkan sayur yang mampu ditanam secara hydrophonic di halaman rumah mereka juga tidak dilakukan. Berbanding negara maju yang lain, Malaysia diharapkan mampu maju dalam bidang pertanian. Wujudkan pertanian bermula daripada rumah anda.~
Khairul Anwar Bin Abu Mansor
Anak Ledang 0616
+6019 271 7006
26.6.11 23:11pm
No comments:
Post a Comment