Tuesday, May 18, 2010

Nuang Expedisi.... with Orang Hutan Malaya

kredit to : Garfu Besi

Tarikh : 15 – 16 Mei 2010 & sambung hingga 17 Mei 2010 ^^

-Peserta yang menjayakan Riadah Santai - Ke Puncak Nuang-

Hari Pertama:
Seperti yang telah dijanjikan, lebih kurang 9.30pg hampir semua peserta yang bakal mengikuti aktiviti ‘Riadah Santai - Ke Puncak Nuang’ mula sampai dan melaporkan diri. Selepas kesemua 22 orang peserta tiba (3 orang peserta telah menarik diri pada saat akhir), bungkusan bekalan makanan yang telah disediakan oleh bro Arjuna diagih-agihkan kepada setiap peserta utk dibawa semasa trekking ke Kem Lolo. Sesuai dengan pepatah yang mengatakan “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” ^_^

-Upacara kupas bawang macam kenduri kawen daaa-

Sebelum semua peserta memulakan perjalanan ke Kem Lolo, satu taklimat ringkas telah diberikan oleh garfu & bro Arjuna selaku ‘guide’. Sebelum daripada itu urusan pembayaran permit dilakukan dan setiap peserta mendapat resit permit mendaki Gunung Nuang sebagai tanda kenangan… hihihi..nk bg lain tkde ^_^

-Jungle Clean-up-

Lebih kurang pukul 10.30pg, perjalanan ke Kem Lolo bermula dengan di ‘lead’ oleh Angah iaitu anak bro Arjuna, manakala bro Arjuna sebagai ‘sweeper’ & garfu ‘runner’. Lebih kurang sejam berjalan, kami tiba di CP1 iaitu pondok yang pertama dan berehat sebentar bersama Kit-Kat ^_^

-Aktiviti malam..Sessi percambahan fikiran ecehhh-

Kemudian perjalanan diteruskan dan kumpulan besar seramai 22 orang ini mula berpecah kepada 2 kumpulan kecil (mengikut tahap stamina hihi). Kumpulan muda mudi yang semangat membara mendahului kumpulan senior yang semangat tak kurang hebatnya jugak ^^. Selepas tiba di CP2 & CP3 (pondok) kami kemudiannya tiba di kawasan sungai/jeram iaitu CP4 dan berehat lebih kurang 10 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Kem Lolo. Lebih kurang jam 2.30ptg semua peserta akhirnya tiba di Kem Lolo dan mendirikan khemah masing-masing.

-Patut la banyak lebah..musim munge rupenya-

Lebih kurang jam 4.00ptg, peserta lelaki memulakan aktiviti membersihkan kawasan tapak kem @ ‘Jungle Clean-up”, manakala peserta wanita pula sibuk dengan aktiviti ‘menganyam ketupat’ ekekeke sambil menyiapkan juadah makan malam iaitu ‘tomyam seafood’ theeeeee heeee heeheehee…(rugi beb sape tk join..hiks)

-Peserta sedang menunjukkan kemahiran memanjat-

Selepas mandi dan membersihkan diri (ada gak yang tk mandi..hissshhh!), kami mula menjamah juadah makan malam yang disediakan oleh chef2 bidan terjun sampai lupa lirik hihii.. (kenyang beb!). Aktiviti pada sebelah malamnya iaitu aktiviti percambahan fikiran dan berkongsi pengalaman berlangsung lebih kurang jam 8.00mlm dan berakhir lebih kurang jam 11.00mlm.. macam-macam cerita adaaa..

-Di Kem Pacat..Perjuangan belum selesai-

Hari Kedua:
Lebih kurang jam 8.30pg, selepas semua peserta bersarapan, aktiviti pendakian ke puncak Gunung Nuang bermula. Di awal perjalanan, 2 batang sungai diredah sebelum menempuh laluan ‘mencanak’ @ mendaki bukit (adusss sakit kaki woooo). Lebih kurang setengah jam trekking, kami berhenti di kawasan pokok buluh untuk mintak nyawa ekekeke..

-OHM di Puncak Nuang-

Kemudian perjalanan diteruskan, dan lebih kurang jam 11.30 kami tiba di Kem Pacat. Disepanjang perjalanan jurugambar-jurugambar amatur tidak melepaskan peluang merakam gambar aksi rakan-rakan yang lain. Ada dikalangan peserta yang mengayakan aksi maut sewaktu bergambar..ada juga dengan gaya biasa dan santai. Namun, yang peliknya tiada seorang pun menayangkan aksi muka penat..masing-masing kontrol hensem & kontrol cute agaknya..

-Amboi bergaya sakan cikgu yang sorang nih-

Lebih kurang jam 1.30ptg kumpulan akhir tiba di Puncak Gunung Nuang. Kumpulan pertama tiba lebih awal iatu sekitar jam 12.50tghr. Selepas berehat dan bergambar, lebih kurang jam 2.00ptg kami mula bergerak untuk turun. Pada waktu itu hujan renyai dan sesekali lebat mula turun menyebabkan laluan menjadi agak licin dan lebih mencabar. Laluan yang licin ini membuatkan ada dikalangan peserta terpaksa menunjukkan aksi mengelonsor @ ‘drift’ ekekeke.. Masing-masing kebasahan dan comot, namun masih lagi maintain cute & hensem..

-Berjaya..yeahhh!-

Selepas berhempas pulas, mengelicik, mengelonsor, tertonggeng dan macam-macam aksi lagi..Akhirnya, lebih kurang jam 6.00ptg kumpulan akhir tiba di Kem Lolo dengan wajah kepenatan tetapi maintain anggun ^_^ Lengguh-lengguh badan akhirnya hilang selepas pekena kopi panas dan berendam di sungai/jeram yang airnya begitu asyik...fuhhh

-Perjalanan turun yang lebih mencabar-

Jam 7.30mlm, sebilangan peserta mula meninggalkan Kem Lolo untuk turun ke bawah (pintu masuk hutan simpan Gng Nuang), manakala sebilangan lagi peserta (8 orang) buat keputusan untuk bermalam di Kem Lolo utk 1 malam lg kerana kepenatan dan tidak larat untuk meneruskan perjalanan. Peserta yang balik, telah selamat tiba di bawah (pintu masuk) lebih kurang jam 10.30mlm. Manakala bagi peserta yang masih tinggal di Kem Lolo meneruskan aktiviti sembang sampai lebam hingga jam 10.00mlm sebelum beradu.

-"Kami nak pulang emak buat cucur..."-

Hari Ketiga:
Selepas bersarapan dengan megi segera, lebih kurang jam 9.30pg, kami mula bertolak untuk turun. Selepas tiba dipertengahan perjalanan, 3orang peserta yang bakal ke Gunung Tahan pada Jun 2010 (Morry, Keysha & Jie) memulakan latihan memikul hoversack sebagai persediaan untuk ke Gunung Tahan ekekeke.. Tiada lagi aksi lenggang kangkong daripada diorang.. Selepas berhempas pulas, sambil control idung.. Akhirnya kami tiba di Pintu Masuk Hutan Simpan Gunung Nuang pada jam lebih kurang 12.30pg. Selepas mandi dan tukar pakaian, kami akhirnya bersurai.

-Latihan memiikul hoversack ekekekeke ^^-

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telahpun menjayakan misi “Ke Puncak Nuang” pada kali ini (Arjuna, Angah, Man, Zeti, Awie, Shakila, Mariam, Eja, Sal, Parida, Hanas, Syed, Abang Aenal@ TokWan, Lynn, K.A, Yusri, Jie, Morry Dorry, Keysha Aliya, Nor Jamri, Zulhairi & garfu). Semoga berjumpa kembali diaktiviti ‘Riadah Santai’ yang lain pada masa akan datang.

-dah masyammm...-

:: p/s: Coming Soon Riadah Santai – BBQ & Meneroka Gua Batu Maloi…Tungguuu….!!

No comments: