Saturday, February 13, 2010

Keadaan Semakin Tidak Berakal

Kes buang anak sudah menjadi topik setiap hari dalam akhbar. Anak dibuang di bawah jambatan, longkang, tempat membuang sampah dan juga yang terbaru dan menyanyat hati adalah anak di bakar dalam tongsampah. Persoalan pada peringkat awal dari saya, adakah sebenarnya anak itu dibuang hidup-hidup ataupun, di buang selepas mendapati anak itu mati.

Adakah ini adalah bilangan yang sebenar atau ada lagi, anak-anak yang dibuang tapi kita tidak ketahui buat masa sekarang. Saya pernah mendangar kata-kata seorang ustaz, jikalau anak itu mati waktu kecil, si kecil akan mendoakan dan memohon kehadrat illahi supaya ibu bapa mereka juga masuk syurga. Tapi, kalau ibu mereka yang penyebab kepada kematian tersebut, adakah ibunya akan mendapat manfaat yang sama.

Fikir-fikirkan...

1 comment:

Unknown said...

balik ke zaman jahiliah diaorang ni...memang tak guna