Saturday, January 2, 2010

Guna kalimah ‘Allah’: Agenda tersembunyi pihak Gereja



Keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan, Herald - The Catholic Weekly (sini) sudah pasti menimbulkan perasaan marah dan rasa tidak puas hati dalam kalangan umat Islam di Malaysia.
Rentetan peritiwa.
1. Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, Murphy Nicholas Xavier Pakiam, telah memohon semakan Kehakiman kepada Mahkamah Tinggi untuk memohon perisytiharan bahawa keputusan Kerajaan pada 12 Februari 2008 untuk melarang Herald – The Catholic Weeklydaripada menggunakan perkataan “Allah” sebagai tidak sah dan batal.
2. Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur berhak menggunakan perkataan “Allah” di dalam Herald – The Catholic Weekly.
3. Keputusan Mahkamah Tinggi mengenai permohonan ini telah memutuskan pada 5 Mei 2008 bahawa permohonan ini diterima dan semakan kehakiman dibenarkan.
4. Permohonan untuk mendapatkan kebenaran mencelah terhadap semakan kehakiman ini telah dikemukakan pula oleh Majlis Agama Islam Perak, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Johor, Melaka, dan Persatuan Cina Muslim Malaysia. Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh 28 Mei 2009 untuk mendengar permohonan Gereja Katolik bagi mengetepikan permohonan pihak-pihak di atas.
4. Antara tujuan Majlis-majlis Agama Islam Negeri memohon kebenaran untuk mencelah terhadap semakan kehakiman adalah untuk mengelakkan sebarang kekeliruan di dalam beragama sebagai akibat daripada penggunaan kalimah ‘Allah’, yang boleh mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat awam serta menyebabkan sensitiviti agama.
5. Keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada 31 Dis. 2009, membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly.



Apabila isu ini timbul semula, sudah tentulah dua individu yang menonjol dan akan difokuskan ialah Anwar Ibrahim dan Khalid Samad. (Walaupun kenyataan Nik Aziz-sini, Zulfikar Ahmad-sini, dan Dr. Dzulkefly Ahmad juga boleh dipersoalkan).
Anwar Ibrahim pernah menyatakan bahawa tiada sebab penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ iaitu istilah Bahasa Arab untuk Tuhan dalam ritual mereka, sini. Sementara Khalid Abdul Samad telah mengunjungi Roman Catholic Church of the Divine Mercy di Shah Alam pada 27 Mac 2008 dan memberikan kebenaran kepada Gereja untuk menggunakan kalimah ‘Allah’, sini.
Pihak gereja seringkali menggunakan isu kenyataan individu tersebut untuk mengaburi masyarakat Islam tentang penggunaan kalimah Allah. Sehubungan itu, adalah wajar kita menentangnya secara habis-habisan. Hal ini kerana pihak gereja mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Terdapat alasan yang amat munasabah kerana dikatakan bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ merupakan salah satu strategi terancang oleh pihak gereja untuk menyebarluaskan Agama Kristian di Malaysia dan memurtadkan penganut Islam yang lemah akidah mereka.
Umpamanya, The People of the Book (sini) merupakan organisasi yang giat menjalankan pengembangan kepercayaan agama Kristian kepada umat Islam yang boleh bertutur dalam bahasa Sepanyol. Walaupun mengakui bahawa kalimah ‘Allah’ di dalam Al-Quran tidak memiliki maksud yang sama dengan ‘God’ di dalam Bible, organisasi ini berpendapat penggunaannya amat berkesan untuk memurtadkan umat Islam:
We believe that it can be very effective to use the Quran as a tool to share concepts that are familiar and acceptable to Muslims, and that support Biblical principles. There are many concepts that are very compatible with the Bible and there are other Quranic teachings that may actually be misunderstood by Christians and Muslims. Of course, the Holy Bible is the only and complete authority for everything pertaining to doctrine and lifestyle. We believe that it is perfectly acceptable to use the name Allah, both in the Bible that we use to minister to Muslims, as well as materials that we distribute. It is the translation of the word “God” in Arabic. Joshua Massey has written an excellent summary about this topic. This does not mean that Allah in the Qur’an is exactly the same as the God of the Bible.9
John Hultvall, mubaligh Mission Covenant Church of Sweden yang terlibat dalam misi pengembangan agama Kristian di Turkestan timur (kini wilayah Xinjiang, China), sebuah kawasan berpenduduk majoriti Islam, juga berpendapat bahawa walaupun penggunaan kalimah ‘Allah’ dipersoalkan dalam kalangan penganut-penganut Kristian sendiri, mubaligh-mubaligh Kristian sentiasa menggunakannya dalam usaha mereka memurtadkan umat Islam:

It is questionable whether a description of mission work among Muslims should use the name of “Allah” and not “God”. Some Muslims mean that “Allah” should be translated by “God” in western languages. The missionaries always use the word “Allah” and this usage has been observed here too, (baca sini)
Selain itu, Kevin Greeson, yang juga seorang mubaligh Kristian, telah menulis sebuah buku bertajuk The Camel: How Muslims Are Coming to Faith in Christ! yang dijadikan panduan oleh mubaligh-mubalighInternational Mission Board (IMB) khusus untuk memurtadkan umat Islam (baca sini).
Persoalannya sekarang, mengapakah pihak Gereja Katolik tidak mahu menggunakan istilah Tuhan, ‘God’ atau ‘Lord dalam penerbitan mereka?, sebaliknya mahu bertegas menggunakan kalimah Allah. Puak-puak ini sanggup untuk turun naik mahkamah hanya sekadar inginkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mereka. Justeru, tindakan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa- sini) memohon agar Majlis Raja-Raja supaya membincangkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weeklymenggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya amat dialu-alukan.
Baca juga sini dan sini

1 comment:

Rush Murad said...

...puak Kristian di Malaysia kini terang-terangan menunjukkan taring mereka...terang-terangan memperlihatkan modus-operandi yg telah mereka guna selama ini untuk memurtadkan orang Islam.... harap2 kita semua umat Islam jangan mudah terpedaya dgn dakyah mereka....

salam kenal...