Sunday, October 18, 2009

UiTM, membentuk Melayu Profesional, hasil usaha BN

Bismillahhirahanirrahim,

Alangkah indahnya hidup di tanah melayu, walaupun namanya ditukarkan kepada Malaysia, setelah menerima kerakyatan dari kaum-kaum lain. Yang membuatkan Malaysia bertambah warna-warni dan aman damai.

Terimakasih kepada KERAJAAN MALAYSIA kerana membina sebuah institusi Melayu yang terungul di dunia iaitu UiTM yang dahulunya dikenali sebagai RIDA (Rural and industrial Development Authority Training Centre) kemudian ditukarkan kepada Maktab MARA, ditukarkan sekali lagi setelah berpindah ke bangunan baru di Shah Alam pada 1967 kepada Institut Teknologi Mara (ITM), dan pada tahun 1999 nama ITM telah ditukarkan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pertukaran nama dari RIDA kepada UiTM adalah kerana semangat yang ada pada kerajaan Barisan Nasional yang bertulang belakang UMNO untuk melahirkan melayu profesional. Atas usaha melahirkan Melayu dan Bumiputera profesional, UiTM juga telah melebarkan sayapnya ke setiap negeri di Malaysia. Setiap negeri ada UiTM. Dengan hasrat, Melayu dan Bumiputera mendapat peluang untuk meneruskan pengajian dan melambakkan jumlah Melayu profesional.

Dengan kadar yuran yang murah sekitar RM440.00 satu semester, pelajar Melayu haruslah merebut peluang belajar di UiTM sebagai medan untuk meningkatkan martabat ilmunya sebagai seorang Melayu Profesional. Kita harus berterima kasih kepada kerajaan kerana sanggup membelanjakan jutaan ringgit setahun bagi melahirkan golongan Melayu professional. Cuma melayu ini adakah mereka berterima kasih atau tidak. Kalau kita lihat sekali imbas, yuran yang murah itu hanya menamppung 10% atau kurang dari kos pengajian seseorang pelajar di UiTM.

Tetapi, ada juga mengatakan bahawa pelajar di UiTM tidak berkualiti, kami menafikan apa yang didakwa oleh masyarakat yang cuba untuk meruntuhkan institusi ini. Mahasiswa/i UiTM belajar berlandaskan English Medium, mempunyai modul untuk meningkatkan profesionalisme dan jati diri Melayu, dan setiap seorang mahasiswa/i berkamiharan dalam bahasa ketiga samada Mandarin, France, Arab dan lain-lain lagi. Rugilah, jikalau sesebuah syarikat tidak mengambil pelajar UiTM sebagai employee mereka.

Prihatinnya BN kepada Melayu ini, amat dihargai. Ada yang hanya melihat kepada keburukan, tetapi mereka lupa betapa banyak sumbangan kerajaan kepada bangsa. Tetapi, harus diingatkan bahawa, kerajaan BN juga tidak lupa kepada nasib kaum lain.

Kami berterima kasih kepada BN kerana mempunyai usaha yang mantap dan jitu untuk membentuk Melayu profesional dalam jumlah yang ramai




1 comment:

Unknown said...

what the F kenapa Uitm kene pada orang melayu, patut ler bangsa lain dengki, terpaksa bergolok bergadai untuk masuk universiti dengan yuran hampir mencecah rm2000, blog hang menyakitkan hati bangsa bumiputera yang lain mara bukan hanya untuk org melayu sahaja tetapi bumiputera.