Thursday, May 28, 2009

[FFCrew Letter]Kementerian Pendidikan WAJIB menambahkan had maksimum 12 subjek kepada pelajaran aliran AGAMA

Bismillahhirrahmani rrahim,

Assalamaualaikum w.b.t

Saya, amat berharap kepada kementerian pendidikan dapat mengkaji semula had maksimum subjek SPM. Kajian diperlu dijalankan semula kerana had maksimum subjek SPM kepada 10 subjek hanya fleksibel dan sesuai untuk pelajar bukan beragama Islam dan juga pelajar sekolah aliran biasa.

Bagi, pelajar aliran agama. Mereka telah sedia wajib mengambil paling kurang 12 subjek. Kerana mereka tidak mengambil subjek Pendidikan Islam, tapi ditukarkan kepada Pendidikan Quran dan Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah.Bahasa Arab Tinggi adalah subjek teras lanjutan daripada subjek Bahasa Arab Komunikasi yang diambil sewaktu Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Jikalau mereka ini tidak diberikan kelongaran untuk mengambil paling kurang 12 subjek ia akan menyebabkan tiada keistimewaan bagi mereka yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah AgamaPersekutuan (SMAP), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) dan sekolah menengah agama swasta yang lain yang menekankan aspek agama dalam pembelajaran. Ketiga-tiga subjek ini perlu dijadikan subjek teras kepada pelajar yang mengambil aliran agama.

Justeru, diharap kepada warga GPMS untuk bersama-sama menyerankan kementerian pendidikan untuk memberikan keistimewaan kepada pelajar yang mengambil aliran agama. Supaya, mereka boleh mengambil 12 subjek maksimum dalam mata pelajaran SPM.

Wassalam,

Salam Perjuangan demi bangsa dan agama,


KHAIRUL ANWAR BIN ABU MANSOR

mantan EXCO GPMS UiTM Malaysia

http://fikirfakta. blogspot. com

No comments: