Friday, February 25, 2011

Prinsip komunikasi lisan

Salam hormat kepada semua pembaca anakledang0616.com,

Maafkan saya kerana sudah lama tidak menulis, memerah idea untuk berkongsi dengan anda semua pembaca-pembaca blog anakledang0616.com. Kerana tahun ini, saya agak sibuk dengan tugasan sebagai seorang ahli perniagaan dan seorang pelajar. 

 Ada satu kelemahan yang sering saya perhatikan dikalangan masyarakat kita sekarang ini. Dan ia juga adalah kelemahan dalaman diri yang agak serius yang perlu diperbaiki. Kelamahan yang saya ingin berdiskusi bersama anda pada tengah hari ini adalah berkenaan dengan kelemahan dari segi komunikasi.

Straight to the point, mari kita bercakap berkenaan dengan prinsip komunikasi lisan.
1. Bentuk Matlamat kimunikasi yang khusus dan jelas supaya mudah difahami
2. Wujudkan kemesraan di awal setiap perhubungan yang dijalin
3. Hindarkan segala halangan fizikial dan psikologikal semasa berkomunikasi
4. Belai pendengar secara fizikial di psikologikal
5. Berhubung secara adil dan saksama.
6. Hayati keseluruhan komunikasi sama ada yang tersurat, yang tersirat dan perasaan. 
7. Mendengar secara aktif dan penuh empati
8. Peka kepada isyarat tanpa lisan dan berikan maklumblas yang bersesuaian
9. Bertanggungjawab 100% untuk menjayakan komunikasi
10. Nilai sesuatu dengan fikiran yang terbuka (lapang dada)
11. Kaji buruk dan baik sesuatu isu dn beri penekanan pada yang baik.
12. Mainkan peranan yang sesuai dan tukar peranan mengikut keadaan.
13. Bentuk sentuhan ajaib
14. Gunakan gelombang otak yang positif untuk menyokong komunikasi
15. Berdoa untuk mendapat bantuan Tuham. 




No comments: