Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

Mengukur Nilai kecerdikan Seseorang

Kita sering mendengar bahawa kecerdikan seseorang adalah bergantung kepada keputusan atau hasil daripada usaha seseorang. Ianya adalah salah satu perkara yang betul, tetapi sebenarnya ia adalah bukan pelengkap bagi kecerdikan. Malah ia kalah dengan seseorang yang mengukur kecerdikan mereka dari segi agama.

Sabda Rasulullah:

"Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati." (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya.)

Mudah untuk saya katakan bahawa, selalulah mengingati mati. Selalulah mengingati bahawa jika kita melanggar printah-Nya api neraka yang membera akan dihidangkan bersama semasa di neraka kelak. Dan minum air yang menggelegak, kerana tiada sumber air yang lain dipersekitaran dan tekak anda terasa terlampau dahaga. Makan buah-buah yang berduri tajam, ini semua terpaksa kerana tiada makanan yang enak-enak di hidangkan kepada penghuni neraka.

Jika anda bersikap baik melakukan kefardhuan Allah swt. Makanan dihidangkan dari sungai yang mengalir, apa sahaja yang diidamkan akan mengalir melalui air sungai. Dihimpun bersama bidadari dari syurga yang memberikan layanan terbaik untuk diri anda. begitu indahnya syurga jika dalam dunia yang sementara ini kita manfaatkan dengan melaksanakan kewajipan Allah swt dan melakukan kebaikan sesama Insan.

Beginilah cara untuk kita membayangkan syurga dan neraka. Dua keadaan yang sungguh berbeza. belum lagi saya menceritakan semasa hari perhitungan, dimana matahari sejengkal di kepala. Inilah orang yang paling cerdik.

orang yang yang mengingati mati pula bukan sahaja mengingati dari segi balasan di akhirat, namun dia juga mengingati sumbagannya kepada masyarakat yang ada dibumi. Adakah apa yang dilakukan itu sebenarnya akan memberi manfaat kepada anak-anak, ibu bapa dan masyrakat selepasnya. Itulah sebabnya orang yang mengingati mati akan melalukan amal jariah seperti membina masjid, mengumpul harta kekayaan didunia untuk generasi akan datang, dan menyebarkan ilmu yang dimiliki sebanyak mungkin untuk generasi yang akan datang,

lazimnya, berapa kerap kita mengingati mati. Manusia mengingati mati semasa berada dalam kesusahan, inilah sifat yang perlu dijauhkan dari diri seseorang. Jika kita tengok pengalaman hidup, seseorang itu apabila mengalami kesakitan pada diri baru terlafaz dari mulutnya "aku nie dah nak mati...". Baru teringat dalam diri mereka bahawa mati akan menjemputnya. Cara terbaik untuk mengingati mati adalah dengan senantiasa membaca alquran dan mengerjakan solat. Membaca alquran bukan sahaja daripada bahasa arab semata-mata, membaca sekali maksud yang telah diterjemahkan kepada bahasa yang anda fahami. Dalam alquran sering diperjelaskan berkenaan dengan kekuasaan Allah swt, kehidupan di akhirat dan balasan diatas kemungkaran Allah, terkandung juga nilai-nilai hidup dunia. Itulah kitab suci yang membaw kepada pelengkap diri.

Ingatlah bahawa nilai cerdiknya seseorang bukan dari segi ilmu dunia semata-mata, ia juga adalah seseorang yang mengingati mati. Orang yang mengingati mati adalah orang yang berfikiran jauh kehadapan.

Semoga hidup kita didunia senantiasa disamping rahmatnya. Amien

Monday, December 6, 2010

Kehidupan berdasarkan Daya Tarikan

Assalamualaikum

Kepada semua pembaca anakledang0616.com. Pena penulis mengucapkan jutaaan terima kasih diatas sokongan yang diberikan daripada saudara/i kepada penulisan saya. Namun, segala isi bukanlah atas pemikiran saya semata-mata anda juga boleh memberikan komen dan pendapat supaya setiap apa yang saya tulis mendatangkan kebaikan kepada diri saudara dan semua yang membaca anakledang0616.com ini. Terima kasih

Hari ini bertempat di sebuah perpustakaan UiTM Shah Alam, saya ingin meneruskan perkongsian ilmu bersama saudara. Hari ini saya ingin membincangkan bersama mengenai "hukum tarikan". Apakah yang dinamakan dengan "hukum tarikan". Saudara sekalian, saya mengamalkan konsep hukum tarikan sewaktu.


1. Semasa sedang mencari tempat letak kereta.
2. Ketika bertemu dengan seseorang.
3, Ketika berpakaian sama dengan seseorang
4. Ketika berkomunikasi dengan seseorang


Situasi saya mengadap  hukum tarikan adalah, Ketika mencari tempat letak kereta, secara lazimnya saya selalu memandu bukan dari arah yang sebenar, spatutnya satu hala menjadi dua hala, kerana saya sangat yakin dan percaya dihadapan tersebt ada tempat letak kereta dan ianya benar. Jika saya terpaksa berhadapan dengan tempat letak kereta yang penuh, saya akan berhenti di suatu kawasan dan saya yakin tidak sampai 10 minit akan ada salah satu kereta dari tempat saya akan keluar kemudian saya akan masuk ke tempat tersebut. Dan saya mengalaminya, bukan sebuah kereta yang keluar tetapi 3 buah kereta yang keluar. Ini amat menakjubkan buat diri saya. Saya juga pernah pakai baju yang warnanya sama dengan kawan kelas saya, slama 5 hari tetapi, saya tidak pernah menalifon dia dan bertanyakan dia, apakah warna baju yang dia akan pakai pada esok hari. Tetapi pakaian kami adalah warna yang sama selama 5 hari. Inilah dinamakan sebenarnya "Hukum Tarikan"

Saya sedang dalam kajian peribadi yang menyatakan Hukum Tarikan (The Law of Attraction) ada kaitan dengan hukum matematik. Saya dalam "research" peribadi mengenai perkara tersebut. Insyallah jika siap apa yang saya fikirkan itu, saya akan berkongsikan bersama anda semua.

Cara saya mengunakan hukum tarikan ini adalah melalui gerak fikiran saya. Jika saya yakin apa yang saya buat ini adalah betul saya yakin akan membuatnya. Dan jika saya yakin sesuatu perkara yang buruk akan berlaku saya tidak melakukan perkara tersebut. teta[i, jika sesuatu perkara itu saya terpaksa lakukan. Saya akan lakukan secara bersungguh-sungguh tanpa berfikiran negatif terhadapnya. Dan keputusannya syaa mendapat sesuatu yang membanggakan diri saya.

Lazimnya saya sering mendengar orang yang senantiasa merungut bila mendapat sesuatu perkara. Saya juga seperti mereka dahulu. Bila mendapat sesuatu saya akan merungut, "aduih.. susah la" dan "kusut kepalaku". Secara tidak sedar sebenarnya saya sendiri telah menambahkan kesusahan kepada diri saya dan kusut kepada kepala saya. tetapi bila saya tidak mengungkap kata-kata itu saya tukarkan kepada "kita selesaikan satu persatu". Alhamdulillah, sagala perkara yang saya inginkan saya dapat lakukan satu persatu-satu.

Saya terangkan bagaimana untuk menukar gaya pemikiran, ianya adalah satu perkara yang senang. Iaitu dengan menukarkan frasa negatif kepada frasa positif. Sebagai contoh, "saya tak ada masa nak buat semua perkara", anda tukarkanlah kepada ayat "saya akan selesaikan semua perkara dalam masa yang singkat." Anda akan dapat lihat kepada perubahan diri anda dalam masa yang singkat. Ingat yang perlu diubah adalah daya fikiran.

Sewaktu saya berada di sekolah rendah, saya selalu keliru apakah itu Hobi dan Cita-Cita. Saya yakin anda juga tidak pernah mengalami kekeliruan seperti mana diri saya. Hobi adalah perkara yang kita suka buat diwaktu lapang, dan cita-cita pula adalah impian kita dimasa hadapan. Dan kita sering berubah cita-cita kita dari sekolah rendah hingga ke tahap universiti. Ini adalah kerana kita tidak meletakan hobi kita secara jelas.

Perkara ini kita dapat atasi dengan meletakkan impian kita dihadapan mata kita. Dan setiap pagi kita dapat melihat apa yang kita impikan. Contohnya jika anda mengimpikan untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Anda letakanlah gambar seorang ahli perniagaan, atau gamabr anda memakai pakaian seperti ahli perniagaan terkenal, dibelakangnya ada sebuah bangunan besar yang gah berdiri seperti Menara Berkembar Petronas, kereta besar dibelakang contohnya Bently, dan rumah yang besar. Benda-benda ini anda letakkan didinding, dimana anda dapat lihatnya setiap hari. kesannya, setiap pagi anda akan merangsangkan pemikiran anda untuk mencapai matalamat anda. Jika anda ingin mencapai anugerah naib canselor. Anda letakan gmbr anda bersama jubah dan selempang sepertimana anda akan terima kelak di hari convocation anda. Disitu anda dapat mencapai apa yang anda inginkan.
JANGAN MELATAKKAN GMBR BERUNSUR NEGATIF di persikitaran anda seperti gambar-gambar pergaduhan dan melambangkan kekusutan diri.


Dalam buku "The Secret" karya Rhonda Byrne penulisannya adalah daripada idea-idea barat yang bukan beragama Islam. Namun banyak daripada isi boleh digunakan dalam diri. Cuma saya nasihkatkan jika perkara yang dibuat boleh memesongkan akibah, saya harap anda boleh "swing" kepada yang cara Islam. Sebagai contoh, "The altitude rock" adalah kepercayaan daripada batu yang memberikan keyakinan bahawa batu itu memberikan sembuh. Bila kita memercayai sesuatu yang lain yang lebih agung daripada kuasa Allah swt. Saya takut anda boleh jatuh "Syirik".

Lengkapkan diri anda bersama sebuah buku tulisan Rusdin S.Rauf bertajuk Quranic Law of Attraction keluaran PTS Publication.



Selamat menjalani kehidupan positif sepanjang zaman.

Friday, June 11, 2010

World Cup.... Goooaaall dan Judi

Demam piala dunia sudah bermula, siapakah pemain pilihan anda yang akan beraksi di tamaysa Piala Dunia di South Africa. Ataupun, Negara apakah yang menjadi pilihan anda semasa piala dunia yang akan datang ini.

Tamasya bola sepak di Afrika Selatan, mengumpulkan masyarakat satu dunia untuk ke sana. Ada yang pergi secara bersendirian, bersama keluarga ataupun bersama rakan-rakan. Ada yang mengambil keputusan untuk tidur di hotel, di rumah2x sewa malahan ada juga peminat yang sanggup tidur di kereta ataupun di kaki lima sepanjang temasya bola sepak tersebut diadakan. Waw!! Finatik sungguh mereka ini dengan bola sepak.

Isu keselamat pengunjung (pelancung) disana amat dititik beratkan, memandangkan ramai antara mereka yang finatik dengan pasukan mereka. Memang tidak boleh menerima kekalahan pasukan bola sepak pilihan mereka. Saya terbaca berita bahawa Afrika Selatan juga mengambil bantuan Polis dari Negara-negara lain untuk bersama menajaga keamanan sepanjang temasya itu diadakan.

Maaf, saya bukan seorang yang finatik bola sepak. Tetapi, kerana hebatnya promosi worldcup south Africa 2010 ini membuatkan saya juga tertarik dengan Bola Sepak untuk sementara waktu sahaja….

O.k itu yang berlaku di Afrika Selatan, di Malaysia bagaimana pula… Crocs sendiri pun dah mengapi-apikan semangat kenegaraan dengan membuat crocband Nation. Selai itu, jersey tiruan lebih banyak dipakai berbanding jersey yang original di mana-mana sahaja. Huhuhu hebatnya keuntungan perniagaan di musim bola sepak.

Sebelum bola sepak, ada di nyatakan berkenaan dengan isu judi di Malaysia. Yang memberikan lessen judi kepada Berjaya yang juga pemilik kepada Sport Toto. Huhu.. dah lama dah syarikat ini memegang lessen judi, Sebenarnya inilah sebabnya entri kali ini.

Judi.

Umum mengetahui, bahawa Judi itu haram, kecuali mereka yang beragama Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam secara lengkapnya. Memang haram judi ini, dulu masa diwaktu kecil, saya pernah didedahkan dengan tikam, dan dalam tikam tersebut mempunyai mainan yang pelbagai. Tetapi, tidak tahukah bahawa Tikam yang dimainkan oleh pelajar dulu juga merupakan sebahagian daripada judi. Ump… Ya Allah, aku sudah taubat nasuha untuk tidak bermain tikam lagi.. tetapi itu semasa aku dibangku sekolah.

Judi menggunakan daun trope (ala yang ada warna merah hitam tue), judi jenis ini ramai melayu Islam terutamanya yang main. Sambil duduk2x di kawasan yang terpencil, mereka bermain mainan ini. Sungguh kusyuk sekali…. Sehingga lupa hari sudah petang, maklumla… yang sudah menang terus mahu pengut hasil kemenangan, dan yang kalah masih mengharapkan kemenangan… last2x semua tak jadi.

Judi numbor ekor ini pun ramai gak melayu yang main, sorok2x beli di kedai nombor ekor, harap-harap nombor mereka ini menang. Secara logiknya, memang susah hasil keuntungan judi itu boleh menjatuhkan Sport Toto atau magnum. Daripada hasil judi anda lah terbinanya Berjaya Times Square hahaha, lagi untung syarikat tersebut. So fikir-fikirlah bagi mereka yang bermain judi nombor ini, kerana mereka bukan mendapat kekayaan tetapi memberikan kekayaan. Itu sebabnya Judi itu haram.. kerana ada penindasan disitu.

Hasil daripada Judi

Sebelum saya mengatakan berkenaan dengan hasil daripada judi, anda perlu bertaubat nasuha supaya tidak lagi mengamalkan judi.

Jika anda telah bertaubat daripada berjudi, harta daripada keuntungan judi anda itu hendaklah diserahkan kepada baitulmal. Supaya anda tidak lagi memakan hasil Judi yang juga haram dan boleh mendatangkan kesan buruk samada kepada diri anda ataupun keluarga anda.

Ketahuilah wahai sahabat bahawa jika anda bermain dengan judi balasan Allah bukan sahaja didunia malahan diakhirat. Cash tuhan kasi balasan.

Semoga kita dirahmati oleh-Nya

Thursday, March 18, 2010

Awas! Adakah anda juga dalam golongan Munafik

Salam, kepada semua sahabat seperjuangan dan semua pembaca anakledang0616.com , diakhir zaman ini, marilah kita bersama-sama merenungkan tingkah laku kita. Adakah kita seorang yang benar-benar ikhlas dalam menghayati agama kita yang suci ini. Iaitu agama Islam. Melakukan kewajipan kita sebagai seorang Islam dan juga meningalkan larangan yang ditegah oleh Allah swt.

Pena anakledang0616.com hari ini ingin berkongsi ilmu dari pembacaan anakledang0616.com dari sebuah buku yang bertajuk al-amthal dalam al-quran Golongan Munafik tulisan Muhd Najib Abdul Kadir dan Mohd Nazri Ahmad yang diterbitkan oleh Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd.

Semoga ilmu yang akan dikongsi ini mendapat manfaat dan iktibar kepada semua pembaca.

Jenis-jenis munafik

Para Ulama membahagikan munafik kepada dua jenis iaitu nifak iktikad dan nifak amali.

1. Nifak Iktikad ialah mereka yang keluar keimanannya secara tersembunyi selepas memeluk Islam secara zahir. Kebanyakan ulama menamakan nifak ini sebagai nifak akhbar. Dari segi hokum, golongan ini termasuk dalam golongan kafir dan kekal di dalam neraka.

Nifak ini boleh diketegorikan kepada dua bentuk iaitu:

(a) Nifak iktikad yang berlaku kepad mereka yang memeluk agama Islam secara berpura-pura pada masa permulaan lagi. Mereka menyembunyikan kekufuran, sebaliknya melahirkan keimanan. Sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah swt dalam surah al-baqarah ayat 8 yang bermaksud

Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

(b) Nifak iktikad ini berlaku kepada mereka yang memleluk Islam kemudian menjadi murtad, tetapi kekufurannya tidak dizahirkan, bahkan terus disembunyikan. Walaupun beitu, tanda-tanda kekufuran itu terjadi juga disebabkan kata-kata dan perbuatan mereka sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah swt melalui firman-Nya dalam surah al-munafiqun ayat 8

Mereka berkata lagi: Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam). Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Tanda-tanda kekufuran mereka disini adalah melalui perbuatan iaitu percubaan mereka untuk membunuh Rasullah saw pada malam Aqabah ketika peperangan Tabuk.

Allah swt berfirman dalam surat At-taubah ayat 74 yang bermaksud

Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu) dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong.

2. Nifak amali ialah mereka yang beriman secara zahir dan batin tetapi tidak menunaikan tanggungjawab secara keseluruhannya.

Ibn Taimiyah berkata Dalam islam terdapat golongan yang mengak Islam tetapi tiada sedikit pun keimanan di hati meraeka, golonga ini dinamakan munafik tulen dan terdapat juga golongan yang mengaku Islam dengan keimanan di dalam hati sanubari mereka, tetapi mereka tidak menunaikan kewajipan secara menyeluruh. Mereka lah golongan fasiq yang termasuk dalam nifak amali.

Dari segi huku, golongan ini dainggap beriman dan fasiq disebakan maksiat yang dilakukan oleh mereka. Mereka di bawah kehendak Allah swt sama ada diazab atau di ampunkan dosa mereka, sebagaimana firman Allah swt dalam surag an-Nisa’ ayat 48 yang bermaksud

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.

Tuesday, September 15, 2009

Syafaat Islam


Bismillahhiramanirrahim

Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya dia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya dia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(
سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #85)

Alhamdulillah, aku bersyukur sehingga hari ni, dan untuk selamanya kerana aku dilahirkan dalam keluarga Islam. Ayah aku merupakan seorang yang beragama Islam, ibuku juga adalah seorang yang beragama Islam. Akan aku pelihara agama Islam ini sehingga akhir hayat aku sebagai seorang Islam.

Hari ni, perjalanan aku pada ramadhan ini adalah satu perjalanan yang telah kuubah jadualnya demi untuk melihat keadaan sekeliling, sebelum habisnya ramadhan.

Dulu, pernah ku katakan bahawa Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan syafaat. Alhamdulillah. Memang, ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Rezeki yang Allah swt turunkan kepada umat Islam melimpah ruah. Dimana-mana sahaja adanya makanan. Ramai umat Islam dinegara ini hidup dalam keadaan yang sederhana dan bahagia.

Untuk pengetahuan semua, sejarah telah membuktikan bahawa kedatangan Islam di Tanah Melayu ini adalah disebabkan oleh kedatangan pedagang-padangang Arab yang berdagang ke wilayah kesultanan Melaka. Sambil berdagang, mereka secara langsung membawa satu sikap positif dalam diri yang menyebabkan orang lain disekitarnya termasuk Sultan Melaka pada waktu itu tertarik dengan sikap dan kelakuan mereka.

Kini, masyarakat yang bukan Islam tidak memandang Islam dari segi kelakuan sebagai aset utama untuk tarikan Islam. Tetapi, kerana kukuhnya amalan Islam ini melalui aspek Sains atas apa yang dilakukan oleh masyarkat Islam itu sendiri. Keadaan disini berlaku kerana kebanyakan sikap negative masyarkat yang menganut agama Islam di Malaysia tertonjol dengan banyaknya. Seperti gejala mat rempit, dadah, sumbang mahram dan kecurian.

Keadaan ini berlaku kerana masyarakat Islam di Tanah Melayu ini gagal menonjolkan sikap positivenya untuk tarikan masyarkat bukan Islam. Saya yakin dan percaya, jika masyarakat Islam di Tanah Melayu ini berkelakuan sama seperti perdangang arab yang datang sewaktu hendak berdangang di Melaka dahulu, sudah tentu syafaat Islam itu mudah tersebar dan bertambahlah penganut Islam itu sendiri.

Sebagai bukti apa yang saya maksudkan bahawa, amalan Islam diterima oleh masyarakat bukan Islam kerana Sains adalah amalan berpuasa di bulan Ramadhan. Pada awal ramadhan, di salah sebuah corong radio ada menceritakan seorang lelaki yang beragama budha juga berpuasa di bulan ramadhan. Dan dia juga yakin perbutan berpuasa itu akan membuatkan dia akan bertambah sihat mengikut aspek Sains. Hari ni saya melihat di setiap gerai, ada makanan di letakan di atas meja jurujual bukan Islam, seperti meraka juga berbuka puasa dan didalam lif ada sekumpulan lelaki kaum cina seperti terkejar-kejar untuk berbuka puasa.

Semuanya adalah disebabkan faktor sains dan juga keadaan sekeliling.

Bagaimana dengan kewajipan Islam yang lain, seperti solat. Adakah mereka kurang tertarik dengan kewajipan solat itu sendiri keatas umat Islam? ataupun umat Islam rata-rata mengabaikan kewajipan solat ini secara terang-terangan kepada orang bukan Islam, menyebabkan mereka kurang tertarik dengan amalan solat itu sendiri.

Atas pandangan saya sendiri. Orang bukan Islam tidak tertarik dengan solat adalah kerana rata-rata dikalangan sahabat kita yang mengaabaikan kewajipan solat itu sendiri.

Justeru, bagaimana kita hendak menarik minat orang yang bukan Islam itu untuk menganut agama Islam. Sedangkan kita tahu bahawa ganjaran pahala yang diberikan kepada mereka yang berjaya menarik minat orang yang bukan Islam kepada agama Islam itu sendiri adalah besar disisi Allah swt.

Ini adalah kerana sikap umat Islam itu sendiri keatas agamanya yang diabaikan sehingga memalukan agamanya sendiri.

Saya yakin dan percaya syafaat Islam, tidak akan tersebar dengan meluasnya, jika kita sebagai penganut Islam mengabaikan ajaran Islam itu sendiri. Bermusuhan sesama Islam, berkekuan tidak sopan dihadapan dan dibelakang mereka yang bukan Islam. Islam sudah terbukti secara saintifiknya merupakan agama yang sempurna di muka bumi ini. Tetapi, kelakuan kita yang tidak sempurna ini menyebabkan syafaat Islam itu sendiri tidak mudah tersebar ke atas orang yang bukan beragama Islam.

Thursday, July 23, 2009

Kenapa Orang Tidak Tertarik dengan Islam


Tertarik untuk saya menulis sesuatu isu yang jarang kita lihat. Asik-asik apa yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan isu perpecahan melayu itu sendiri disebabkan oleh fahaman politik. Bahkan kalau kita tengok seglintir Melayu juga adalah seorang yang bersikap lebih membangakan kaum lain berbanding dengan kaum sendiri.

Kenapa orang dari agam alain susah hendak memeluk Islam?


Kita lihat daripada rakyat Malaysia sendiri. Tak perlu kita melihat jauh. Di Malaysia juga sudah dapat lihat pelabagi elemen negatif menyebabkan mereka yang beragama selain dari Islam tidak tertarik untuk memeluk Islam.


1. Islam, yang kebanyakan Melayu itu memang terkenal dengan sikap negatifnya dimuka bumi ini. Seperti merempit, berdua-duaan antara lelaki dan perempuan, melepak, menghisap dadah dan pelbagai lagi. Semua itu adalah satu sikap yang dekat orang Melayu. Sikap yang sudah jadi "trademark" untuk orang Islam di Malaysia. Bila kita sebut dadah, merempit, gejala sosial... semua nie dah sinonim dengan bangsa Melayu yang kesemuanya beragama Islam.


2. Perpecahan antara Melayu itu sendiri. Melayu di Malaysia ini berpecah kepada pelbagai kefahaman. Sehinggakan membawa perpecahan itu sehingga ke institusi Masjid. Kalau berbeza pendapat itu tidak salah. Tetapi, terus berpecah. Melayu itu terlebih-lebih dalam politiknya. Terlampau taksub dengan politiknya.


3. Melayu kurang Ilmu pengetahuan. Dari pelbagai aspek. Melayu memang kurang berilmu pengetahuan. Apa yang dia tahu adalah mengambil tahu hal orang lain. Senang cerita, orang Melayu itu suka menjaga tepi kain orang lain. Apabila kurang Ilmu itu, menyebabkan melayu itu mudah dipinggirkan oleh kaum lain. tidak kira, anda berada di tanah air sendiri atau tidak. Yang penting, anda telah tiada ilmu pengetahuan. Kalau kita lihat, orang yang berilmu pengetahua itu akan menjadi sanjungan orang lain. Mulalah kita panggil die "Tuan" walaupun sebenarnya kita adalah "Tuan" di tanah air sendiri.


4. Tiada kekuasan ekonomi keatas negara sendiri. Ini adalah satu sebab utama. Orang Melayu ini terkenal dengan hidup sederhana dan miskin. Bila sebut orang Miskin, kebanyakannya adalah orang Melayu. Bila kita tengok orang yang membuat pinjaman dan bankrup, ramai orang Melayu. Dari bilangan 10 orang terkaya di Tanah Air ini juga bukan dimiliki oleh orang Melayu, tetapi dimiliki oleh seseorang yang sanggup berhijrah dari negara sendiri untuk memiliki kekayaan di negara ini. Akhirnya, mereka tidak tinggal dinegara ini. Yang sibuk bekerja untuk makan gaji juga dikuasai oleh orang Melayu.


5. Masalah sosial yang banyak ini juga dikuasai oleh orang Melayu.


Apalah hendak jadi dengan orang Islam di Malaysia. Bila kita sebut Islam, samajuga kita sebut Melayu. Macam mana kita hendak dipermudahkan proses mendakwah kita, supaya mereka dari pelbagai agama memeluk Islam. Sedangkan kita sendiri penuh dengan sikap negatif, kaum lain sudah mula pandang hina dengan kita. Dan awak juga tahu, betapa besarnya ganjaran yang Allah SWT itu berikan kepada mereka yang berjaya membawa seseorang dari agama yang lain untuk memeluk Islam. Adakah anda lupa semua itu?


Justeru, teruskan usaha untuk meningkatkan taraf bangsa.

Monday, July 13, 2009

Rotan Dan pengajaran


Mesti ramai yang dah tahu, kenapa ada entri saya berjodol rotan dan pengajaran. Adakah anda juga peminat BLACK yang menjuari Mentor pada 13/7/09. Melihat kepada video yang ditontoni ramai, bagaimana black sentiasa dirotan oleh mentornya Mas Idayu.

Ada pelbagai pihak mula bercakap dengan kekerasan yang Mas Idayu lakukan. Tetapi, kalau kita lihat kepada sejarah orang dahulu dengan orang sekarang ada bezanya. Salah satu perbezaan yang kita lihat adalah penggunaan rotan.

Cara orang dulu didik anak menggunakan rotan yang panjang, semata-mata untuk melihat anak mereka hormat dan takut kepada orang. Guru-guru pun sama, menggunakan rotan untuk mendidik muridnya.

Persoalannya? Adakah masih relevan mendidik anak menggunakan rotan buat masa sekarang ini? ataupun kita hanya menggunakan pysikologi untuk mendidik anak-anak?

Inilah yang kita perlu lihat skrg... betul kata Mas Idayu, melentur buluh biar dari rebungnya. Dia mendidik Black dari Black tidak tahu apa-apa berkenaan muzik kepada seorang yang popular menggunakan rotan. Kalau dah black dah jadi artis terkenal nnt.. macam mana Mas Idayu nak rotan dia... Mungkin sikap ego black akan lebih lagi... black akan mudah merajuk, mudah melawan... dan membalas balik. Maklumla, jika Mas Idayu tidak merotannya pada masa kini, sudah tentu bila tiba-tiba Mas Idayu rotannya apabila dia sudah besar menjadikan dia tertanye-tanye... dulu aku x kene rotan, dah besar kene rotan pulak.... x boleh jadi nie.

Jadi, apakah tujuan kita rotan sebenarnya?

Ada beberapa sebab, kenapa kita perlu rotan, orang yang kita sayangi.
1. Sebab kita sayangkan dia.
2. Supaya ada rasa hormat kepada kita
3. Sedar atas kesilapan, dan berusaha untuk tidak ulangi kesilapan yang sama
4. Membentuk disiplin yang kuat.

Oleh itu, saya merasakan bahawa, ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka yang kecil dengan menggunakan rotan. Dan gunakan pendidikan phsyikologi, memberi sebab kepada dia, mengapa perlu dirotan. Mengapa papa rotan adik.... Jangan bias.

Ibu bapa adalah orang yang berperanan penting untuk mendidik anak-anak. Mereka adalah generasi yang akan menjana dan menjaga negara. Didiklah anak anda dgn sempurna, agar tiada lagi anak-anak kita yang terjebak dengan gejala negatif.


Friday, July 3, 2009

Kematian? Adakah anda sentiasa mengingatinya

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن طِينٍ ثُمَّ قَضَىٰ أَجَلًا ۖ وَأَجَلٌ مُّسَمًّى عِندَهُ ۖ ثُمَّ أَنتُمْ تَمْتَرُونَ
Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).
Surah AlAnaam ayat 2

Pernahkan anda mengingati akan kematian?
Saya yakin kepada jawapan anda. Yang anda selalu mengingati akan kematian. Kematian adalah sesuatu yang perlu ditempuhi oleh setiap manusia yang berada di bumi ini. Sama ada anda bersedia ataupun tidak. Anda harus menghadapi kematian.

Apabila sudah sampai ajal kepada kamu. Tidak kira dimana kamu berada, kamu sewaktu itu sedang berbual dengan ibu-bapa ataupun kamu sedang menonton wayang. Disitulah kamu menghadapi kematian kamu.

Kematian tidak kenal, siapakah kamu? Apakah kepentingan kamu kepada negara? Adakah anda berhutang? ataupun anda mempunyai misi untuk agama dan negara?

Justeru, jika solat anda tidak cukup, hutang berlambak yang belum dijelaskan, pernah menipu rakan-rakan, salah gunakan kuasa, membaut perkara yang mungkar di muka bumi ini. Anda perlu bertaubat.
Kerana mereka yang hidup didunia ini masih berpeluang untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t

Semoga Allah SWT mengampunkan dosa kalian.. Insyallah





Thursday, May 28, 2009

[FFCrew Tazkirah] Apabila Jenayah Mengambil Tempat Makruf

Dari jauh saya membaca akhbar Malaysia merasa keadaan keamanan rakyat begitu menakutkan. Jenayah-jenayah berat berlaku di sana sini. Pembunuhan, rogol, rompakan, ragutan dan berbagai lagi jenayah yang perit untuk membayangkannya.

Seseorang dalam negara kita sentiasa dalam kerisauan atau ketakutan untuk berjalan bersendirian, atau membawa barangan berharga, atau memiliki harta mewah, sehingga menggalas beg di bahu boleh mengancam nyawa. Seseorang bukan sahaja merasa tidak selamat semasa di jalanan, bahkan merasa tidak selamat dalam rumahnya sendiri.

Rasa takut untuk membiarkan anak-anak bermain di hadapan rumah sendiri, apatah lagi keluar bermain bersama kawan-kawannya. Penjenayah di sana-sini dengan segala kekejamannya. Bahkan mereka juga mungkin dibela oleh peguam-peguam yang handal di mahkamah. Parti politik yang ‘kehausan kuasa’ juga mungkin mengambil kesempatan membela penjenayah, jika itu dilihat boleh dijadikan isu politik.

Hilanglah nikmat keamanan yang pernah kita kecapi dahulu. Juga mungkin Allah telah menarik balik rahmat keamananNya. Ia adalah satu bala yang besar dalam kehidupan rakyat. Antara punca hal ini terjadi adalah kerana hilangnya penghayatan Al-Amr bi al-Ma’ruf Dan al-Nahy ‘An al-Munkar iaitu menyuruh kepada yang baik dan mencegah mungkar (kejahatan).

Tanggungjawab ini disebut oleh al-Quran dan al-Sunnah begitu banyak. Antaranya Allah menyebut: (maksudnya)

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang dari berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Taubah ayat 71).

Perkataan mungkar sering disempitkan tafsirannya oleh pemikiran sesetengah kita kepada perkara-perkara seperti zina, minum arak, berjudi dan beberapa perkara lain yang ‘sama spesis’ dengan itu sahaja. Maka sesiapa yang menyertai operasi mencegah hal-hal ini sahaja yang ‘dirasakan’ menunaikan tanggungjawab agama.

Sementara kemungkaran lain seperti mengambil dadah secara salah, mencuri, merosakkan harta awam, memaki hamun orang, berlumba haram yang merbahayakan awam dan jenayah-jenayah lain dirasakan sebagai jenayah biasa yang tiada kaitan dengan agama. Maka tindakan mencegah kesalahan-kesalahan ini tidak dirasakan sebagai amalan soleh yang diperintahkan oleh agama.

Ini mungkin antara keburukan penyempitan fungsi mahkamah syariah dalam negara kita. Hasilnya, jemaah masjid mungkin membuat operasi tangkap khalwat, kononnya sebagai kerja agama, tetapi membiarkan anak muda kampung yang sedang berkumpul menghisap dadah atau ganja atau merosakkan harta benda awam.

Jika ada pihak pejabat agama yang pergi membuat ‘operasi mengintip khalwat’, dirasakan amalan soleh, walaupun itu bercanggah dengan ajaran Islam. Sementara kerja pihak polis atau ‘rukun tertangga’ mencegah jenayah yang merosakkan masyarakat hanya dianggap sebagai tugasan biasa atau tanggungjawab sosial semata, tidak pula dinilai sebagai tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah dan rasulNya.

Kumpulan-kumpulan dakwah, atau organisasi islami, atau ceramah agama pun banyak tertumpu kepada maksud mungkar yang tidak begitu luas seperti itu. Inilah antara kesempitan fahaman Islam yang berlaku secara tidak sedar. Jika kita hendak menyatakan kesan pemikiran sekular dalam masyarakat kita, inilah antaranya.

Kadang-kala apabila kita biarkan satu mungkar mengundang mungkar yang lain. Umpamanya, kita kurang peduli anak muda di kampung atau taman kita yang menghisap dadah. Mungkin kerana kita rasa itu tiada kena mengena dengan kita. Akhirnya, kerana ketagihan, mereka menjadi pencuri, bahkan pembunuh seperti baru-baru ini.

Kita biarkan vandalisme apabila tiada kena mengena dengan harta kita, akhirnya negara rugi dan mungkin satu hari harta kita juga menjadi mangsa. Kita tidak tegur atau bantah perbuatan ‘rempit’, akhirnya kita atau orang yang kita sayangi menjadi mangsa.

Ibn ‘Abbas ketika menafsirkan firman Allah Surah al-Anfal ayat 25 (maksudnya):

“Dan jagalah diri kamu daripada fitnah yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab hukumanNya” berkata: (maksudnya) “Allah memerintahkan orang mukmin agar tidak mengakui kemunkaran yang berlaku di kalangan mereka, nanti Allah akan mengenakan azab ke atas mereka keseluruhannya”.( Al-Tabari, Tafsir al-Tabari: Taqrib wa Tahdhib, 4/59, Damsyik: Dar al-Qalam)

Baginda Nabi s.a.w pernah bersabda:

“Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam tanganNya, hendaklah kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, atau nanti Allah akan menghantar azabnya ke atas kamu, kemudian kamu berdoa kepadaNya dan Dia tidak memperkenankan lagi doa kamu” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani). Untuk itu seseorang yang melihat mungkar hendaklah berusaha mencegahnya dengan kadar kemampuannya. Sabda Nabi s.a.w juga: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemunkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim).

Satu hakikat yang wajib diingati adalah fungsi utama sesebuah kerajaan itu menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Ini seperti dalam Surah al-Hajj ayat 41: (maksudnya):

“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemunkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

Jika sesebuah kerajaan gagal menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar dalam ertikata yang luas dan menyeluruh, bererti kerajaan itu gagal berfungsi seperti yang Allah dan rasulNya kehendaki. Justeru dicadangkan, dalam negara kita; kerajaan hendaklah berkempen mencegah jenayah dari perspektif amar makruf dan nahi mungkar yang ditegas oleh Islam.

Operasi polis dan masyarakat hendaklah diajak masyarakat khususnya umat Islam melihatnya sebagai tanggungjawab mulia agama. Demi menunaikan maksud tolong menolong mencegah mungkar, rakyat dididik membantu polis atas kesedaran agama dan kerajaan menjaga kebajikan anggota polis agar mereka dapat berfungsi dengan baik adalah rangkaian tanggungjawab kerajaan dalam proses itu. Ini termasuk kenaikan gaji polis dan penambahan anggota mereka.

Perlu diingat, pencemaran nama baik polis juga menyebabkan perasaan gerun penjenayah kepada polis berkurangan. Hormat masyarakat juga terhakis. Maka, kerajaan hendaklah memastikan amanah pihak polis dan bebasnya mereka dari tekanan agenda mana-mana pihak.

Demikian juga malanglah pihak polis jika disibukkan dengan kerenah ‘orang-orang politik’ itu dan ini sedangkan urusan jenayah dan keselamatan masyarakat sedang dalam keadaan getir. Buruklah sikap parti-parti politik jika sibuk dengan keselematan kerusi masing-masing sehingga lupa untuk membincangkan keselamatan rakyat yang makin tergugat dengan peningkatan jenayah.

Satu perkara yang penting untuk kita sedar bahawa peningkatan jenayah adalah disebabkan para penjenayah tidak merasa gerun dengan pemerintah atau undang-undang yang ada. Hal ini kemungkinan disebabkan dua perkara; pertama, kerajaan atau penguasa undang-undang dilihat tidak kukuh sehingga mereka merasakan peluang untuk terlepas daripada hukuman itu luas. Kedua, undang-undang yang ada belum cukup menggerunkan.

Islam apabila menetapkan ‘hudud’ ia bersifat amat sukar untuk dijatuhkan, tetapi amat menggerunkan apabila dilaksanakan. Dalam ertikata lain, hanya yang benar-benar bersalah tanpa alasan sahaja yang akan dihukum dan hukuman itu pula benar-benar memberikan pengajaran kepada penjenayah dan yang berniat melakukannya.

Ya, kaedah hukuman dan cara perlaksanaan mungkin boleh diubah berdasarkan perubahan zaman dan manusia. Namun, kerajaan mestilah kembali kepada ajaran Islam dalam menghadapi jenayah. Seminar dan perbincangan berdasarkan ajaran Islam dalam menghadapi jenayah mesti dilaksanakan secara serius. Ini adalah tanggungjawab ‘menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar’ yang berada atas bahu kerajaan. Jika tidak, jenayah akan menguasai makruf dalam negara kita.

Sumber : drmaza.com