Showing posts with label Transformers. Show all posts
Showing posts with label Transformers. Show all posts

Monday, December 6, 2010

Kehidupan berdasarkan Daya Tarikan

Assalamualaikum

Kepada semua pembaca anakledang0616.com. Pena penulis mengucapkan jutaaan terima kasih diatas sokongan yang diberikan daripada saudara/i kepada penulisan saya. Namun, segala isi bukanlah atas pemikiran saya semata-mata anda juga boleh memberikan komen dan pendapat supaya setiap apa yang saya tulis mendatangkan kebaikan kepada diri saudara dan semua yang membaca anakledang0616.com ini. Terima kasih

Hari ini bertempat di sebuah perpustakaan UiTM Shah Alam, saya ingin meneruskan perkongsian ilmu bersama saudara. Hari ini saya ingin membincangkan bersama mengenai "hukum tarikan". Apakah yang dinamakan dengan "hukum tarikan". Saudara sekalian, saya mengamalkan konsep hukum tarikan sewaktu.


1. Semasa sedang mencari tempat letak kereta.
2. Ketika bertemu dengan seseorang.
3, Ketika berpakaian sama dengan seseorang
4. Ketika berkomunikasi dengan seseorang


Situasi saya mengadap  hukum tarikan adalah, Ketika mencari tempat letak kereta, secara lazimnya saya selalu memandu bukan dari arah yang sebenar, spatutnya satu hala menjadi dua hala, kerana saya sangat yakin dan percaya dihadapan tersebt ada tempat letak kereta dan ianya benar. Jika saya terpaksa berhadapan dengan tempat letak kereta yang penuh, saya akan berhenti di suatu kawasan dan saya yakin tidak sampai 10 minit akan ada salah satu kereta dari tempat saya akan keluar kemudian saya akan masuk ke tempat tersebut. Dan saya mengalaminya, bukan sebuah kereta yang keluar tetapi 3 buah kereta yang keluar. Ini amat menakjubkan buat diri saya. Saya juga pernah pakai baju yang warnanya sama dengan kawan kelas saya, slama 5 hari tetapi, saya tidak pernah menalifon dia dan bertanyakan dia, apakah warna baju yang dia akan pakai pada esok hari. Tetapi pakaian kami adalah warna yang sama selama 5 hari. Inilah dinamakan sebenarnya "Hukum Tarikan"

Saya sedang dalam kajian peribadi yang menyatakan Hukum Tarikan (The Law of Attraction) ada kaitan dengan hukum matematik. Saya dalam "research" peribadi mengenai perkara tersebut. Insyallah jika siap apa yang saya fikirkan itu, saya akan berkongsikan bersama anda semua.

Cara saya mengunakan hukum tarikan ini adalah melalui gerak fikiran saya. Jika saya yakin apa yang saya buat ini adalah betul saya yakin akan membuatnya. Dan jika saya yakin sesuatu perkara yang buruk akan berlaku saya tidak melakukan perkara tersebut. teta[i, jika sesuatu perkara itu saya terpaksa lakukan. Saya akan lakukan secara bersungguh-sungguh tanpa berfikiran negatif terhadapnya. Dan keputusannya syaa mendapat sesuatu yang membanggakan diri saya.

Lazimnya saya sering mendengar orang yang senantiasa merungut bila mendapat sesuatu perkara. Saya juga seperti mereka dahulu. Bila mendapat sesuatu saya akan merungut, "aduih.. susah la" dan "kusut kepalaku". Secara tidak sedar sebenarnya saya sendiri telah menambahkan kesusahan kepada diri saya dan kusut kepada kepala saya. tetapi bila saya tidak mengungkap kata-kata itu saya tukarkan kepada "kita selesaikan satu persatu". Alhamdulillah, sagala perkara yang saya inginkan saya dapat lakukan satu persatu-satu.

Saya terangkan bagaimana untuk menukar gaya pemikiran, ianya adalah satu perkara yang senang. Iaitu dengan menukarkan frasa negatif kepada frasa positif. Sebagai contoh, "saya tak ada masa nak buat semua perkara", anda tukarkanlah kepada ayat "saya akan selesaikan semua perkara dalam masa yang singkat." Anda akan dapat lihat kepada perubahan diri anda dalam masa yang singkat. Ingat yang perlu diubah adalah daya fikiran.

Sewaktu saya berada di sekolah rendah, saya selalu keliru apakah itu Hobi dan Cita-Cita. Saya yakin anda juga tidak pernah mengalami kekeliruan seperti mana diri saya. Hobi adalah perkara yang kita suka buat diwaktu lapang, dan cita-cita pula adalah impian kita dimasa hadapan. Dan kita sering berubah cita-cita kita dari sekolah rendah hingga ke tahap universiti. Ini adalah kerana kita tidak meletakan hobi kita secara jelas.

Perkara ini kita dapat atasi dengan meletakkan impian kita dihadapan mata kita. Dan setiap pagi kita dapat melihat apa yang kita impikan. Contohnya jika anda mengimpikan untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Anda letakanlah gambar seorang ahli perniagaan, atau gamabr anda memakai pakaian seperti ahli perniagaan terkenal, dibelakangnya ada sebuah bangunan besar yang gah berdiri seperti Menara Berkembar Petronas, kereta besar dibelakang contohnya Bently, dan rumah yang besar. Benda-benda ini anda letakkan didinding, dimana anda dapat lihatnya setiap hari. kesannya, setiap pagi anda akan merangsangkan pemikiran anda untuk mencapai matalamat anda. Jika anda ingin mencapai anugerah naib canselor. Anda letakan gmbr anda bersama jubah dan selempang sepertimana anda akan terima kelak di hari convocation anda. Disitu anda dapat mencapai apa yang anda inginkan.
JANGAN MELATAKKAN GMBR BERUNSUR NEGATIF di persikitaran anda seperti gambar-gambar pergaduhan dan melambangkan kekusutan diri.


Dalam buku "The Secret" karya Rhonda Byrne penulisannya adalah daripada idea-idea barat yang bukan beragama Islam. Namun banyak daripada isi boleh digunakan dalam diri. Cuma saya nasihkatkan jika perkara yang dibuat boleh memesongkan akibah, saya harap anda boleh "swing" kepada yang cara Islam. Sebagai contoh, "The altitude rock" adalah kepercayaan daripada batu yang memberikan keyakinan bahawa batu itu memberikan sembuh. Bila kita memercayai sesuatu yang lain yang lebih agung daripada kuasa Allah swt. Saya takut anda boleh jatuh "Syirik".

Lengkapkan diri anda bersama sebuah buku tulisan Rusdin S.Rauf bertajuk Quranic Law of Attraction keluaran PTS Publication.



Selamat menjalani kehidupan positif sepanjang zaman.

Thursday, June 25, 2009

TRANFORMERS Menjadi Kegilaan


Cerita yang ku tengok pada hari pertama dia disiarkan di MidValley Megamall pada 24 Jun 2009. Maafkan ku, mungkin cara ku menonton filem yang HANGAT di pesaran ini sangat berbeza dengan cara kalian lihat. Ku melihat ada banyak masej tersirat yang dipaparkan dan cuba diterapkan oleh YAHUDI ini kepada semua orang. Termasuk Malaysia adalah selalu kene tempiasnya.

Filem, yang diarakan oleh steven Speilerg, Seorang berbangsa yahudi. Amat dekat mempengaruhi minda generasi muda yang lazimnya menonton filem ini. Generasi muda sebenarnya harus melihat satu filem, bukan hanya melihat dengan mata kosong, tetapi akal yang bergerak keatasnya.

Steven Speilburg adalah seorang yang sangat kreatif dalam menghasilkan sebuah cerita. Tranformers, satu dunia dipromosi dengan cukup hebat. Menjadi kegilaan seluruh remaja dalam membawa agenda penting yahudi.

Kalau dilihat dari sudut positif, beliau menggunakan gerakan CGI yang mantap yang mampu menarik mata mereka yang memandang. Itulah punca kenapa ramai anak muda suka melihat filem ini. Saya rasa penerbit tempatan harus turut berusaha untuk menggunakan teknik CGI yang mantap bersama. dalam filem mereka. FINAS, ambillah contoh teknik CGI yang digunakan dalam filem ini.

Yang takbeshnya, kalau saya bercakap pasal isu negatif yang cuba di siarkan dalam filem ini.

Penonton, diterapkan supaya tidak mempercayai saluran berita perdana. Tetapi, anak muda dinasihatkan supaya lebih mempercayai saluran berita daripada Media Baru. Huh, kalau kita lihat disini. Seorang penulis yang betul-betul telus adalah daripada saluran berita perdana. Di blog, kebanyakan tidak telus dan mempunyai kepintangan peribadi yang tinggi semasa menulis di blog mereka. Dan adakah sumber ini sebenarnya yang kita perlu percaya.

Adegan seks juga ditaruk dalam filem ini. Menjadi perhatian anak muda terhadap filem ini. Sepatutnya beliau tidak perlu meletakkan adegan ini, kerana adegan ini tidak sesuai dengan filem seperti ini. Tetapi bagi beliau, masej perlu disampaikan. Persoalannya, sesuaikan adegan seks dengan sebuah robot?

Ada banyak lagi adegan yang perlu diambil perhatian.

Ku harap, kepada sesiapa yang menonton filem ini lepas ini, lebih berhati-hati dengan adegan zionis yang diterapkan dalam filem ini. Huh, hatiku berasa sungguh marah apabila menulis tentang zionis ini dan melihat penerapan keatas pemikiran anak bangsaku. Kalau anak bangsaku tidak berfikir untuk sesautu benda. Apa yang tinggal hanya airmata darah bercampur keringat...... Licik sungguh yahudi ini.