Tuesday, September 15, 2009

Syafaat Islam


Bismillahhiramanirrahim

Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya dia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya dia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(
سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #85)

Alhamdulillah, aku bersyukur sehingga hari ni, dan untuk selamanya kerana aku dilahirkan dalam keluarga Islam. Ayah aku merupakan seorang yang beragama Islam, ibuku juga adalah seorang yang beragama Islam. Akan aku pelihara agama Islam ini sehingga akhir hayat aku sebagai seorang Islam.

Hari ni, perjalanan aku pada ramadhan ini adalah satu perjalanan yang telah kuubah jadualnya demi untuk melihat keadaan sekeliling, sebelum habisnya ramadhan.

Dulu, pernah ku katakan bahawa Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan syafaat. Alhamdulillah. Memang, ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Rezeki yang Allah swt turunkan kepada umat Islam melimpah ruah. Dimana-mana sahaja adanya makanan. Ramai umat Islam dinegara ini hidup dalam keadaan yang sederhana dan bahagia.

Untuk pengetahuan semua, sejarah telah membuktikan bahawa kedatangan Islam di Tanah Melayu ini adalah disebabkan oleh kedatangan pedagang-padangang Arab yang berdagang ke wilayah kesultanan Melaka. Sambil berdagang, mereka secara langsung membawa satu sikap positif dalam diri yang menyebabkan orang lain disekitarnya termasuk Sultan Melaka pada waktu itu tertarik dengan sikap dan kelakuan mereka.

Kini, masyarakat yang bukan Islam tidak memandang Islam dari segi kelakuan sebagai aset utama untuk tarikan Islam. Tetapi, kerana kukuhnya amalan Islam ini melalui aspek Sains atas apa yang dilakukan oleh masyarkat Islam itu sendiri. Keadaan disini berlaku kerana kebanyakan sikap negative masyarkat yang menganut agama Islam di Malaysia tertonjol dengan banyaknya. Seperti gejala mat rempit, dadah, sumbang mahram dan kecurian.

Keadaan ini berlaku kerana masyarakat Islam di Tanah Melayu ini gagal menonjolkan sikap positivenya untuk tarikan masyarkat bukan Islam. Saya yakin dan percaya, jika masyarakat Islam di Tanah Melayu ini berkelakuan sama seperti perdangang arab yang datang sewaktu hendak berdangang di Melaka dahulu, sudah tentu syafaat Islam itu mudah tersebar dan bertambahlah penganut Islam itu sendiri.

Sebagai bukti apa yang saya maksudkan bahawa, amalan Islam diterima oleh masyarakat bukan Islam kerana Sains adalah amalan berpuasa di bulan Ramadhan. Pada awal ramadhan, di salah sebuah corong radio ada menceritakan seorang lelaki yang beragama budha juga berpuasa di bulan ramadhan. Dan dia juga yakin perbutan berpuasa itu akan membuatkan dia akan bertambah sihat mengikut aspek Sains. Hari ni saya melihat di setiap gerai, ada makanan di letakan di atas meja jurujual bukan Islam, seperti meraka juga berbuka puasa dan didalam lif ada sekumpulan lelaki kaum cina seperti terkejar-kejar untuk berbuka puasa.

Semuanya adalah disebabkan faktor sains dan juga keadaan sekeliling.

Bagaimana dengan kewajipan Islam yang lain, seperti solat. Adakah mereka kurang tertarik dengan kewajipan solat itu sendiri keatas umat Islam? ataupun umat Islam rata-rata mengabaikan kewajipan solat ini secara terang-terangan kepada orang bukan Islam, menyebabkan mereka kurang tertarik dengan amalan solat itu sendiri.

Atas pandangan saya sendiri. Orang bukan Islam tidak tertarik dengan solat adalah kerana rata-rata dikalangan sahabat kita yang mengaabaikan kewajipan solat itu sendiri.

Justeru, bagaimana kita hendak menarik minat orang yang bukan Islam itu untuk menganut agama Islam. Sedangkan kita tahu bahawa ganjaran pahala yang diberikan kepada mereka yang berjaya menarik minat orang yang bukan Islam kepada agama Islam itu sendiri adalah besar disisi Allah swt.

Ini adalah kerana sikap umat Islam itu sendiri keatas agamanya yang diabaikan sehingga memalukan agamanya sendiri.

Saya yakin dan percaya syafaat Islam, tidak akan tersebar dengan meluasnya, jika kita sebagai penganut Islam mengabaikan ajaran Islam itu sendiri. Bermusuhan sesama Islam, berkekuan tidak sopan dihadapan dan dibelakang mereka yang bukan Islam. Islam sudah terbukti secara saintifiknya merupakan agama yang sempurna di muka bumi ini. Tetapi, kelakuan kita yang tidak sempurna ini menyebabkan syafaat Islam itu sendiri tidak mudah tersebar ke atas orang yang bukan beragama Islam.

No comments: