Mesti ramai yang dah tahu, kenapa ada entri saya berjodol rotan dan pengajaran. Adakah anda juga peminat BLACK yang menjuari Mentor pada 13/7/09. Melihat kepada video yang ditontoni ramai, bagaimana black sentiasa dirotan oleh mentornya Mas Idayu.
Ada pelbagai pihak mula bercakap dengan kekerasan yang Mas Idayu lakukan. Tetapi, kalau kita lihat kepada sejarah orang dahulu dengan orang sekarang ada bezanya. Salah satu perbezaan yang kita lihat adalah penggunaan rotan.
Cara orang dulu didik anak menggunakan rotan yang panjang, semata-mata untuk melihat anak mereka hormat dan takut kepada orang. Guru-guru pun sama, menggunakan rotan untuk mendidik muridnya.
Persoalannya? Adakah masih relevan mendidik anak menggunakan rotan buat masa sekarang ini? ataupun kita hanya menggunakan pysikologi untuk mendidik anak-anak?
Inilah yang kita perlu lihat skrg... betul kata Mas Idayu, melentur buluh biar dari rebungnya. Dia mendidik Black dari Black tidak tahu apa-apa berkenaan muzik kepada seorang yang popular menggunakan rotan. Kalau dah black dah jadi artis terkenal nnt.. macam mana Mas Idayu nak rotan dia... Mungkin sikap ego black akan lebih lagi... black akan mudah merajuk, mudah melawan... dan membalas balik. Maklumla, jika Mas Idayu tidak merotannya pada masa kini, sudah tentu bila tiba-tiba Mas Idayu rotannya apabila dia sudah besar menjadikan dia tertanye-tanye... dulu aku x kene rotan, dah besar kene rotan pulak.... x boleh jadi nie.
Jadi, apakah tujuan kita rotan sebenarnya?
Ada beberapa sebab, kenapa kita perlu rotan, orang yang kita sayangi.
1. Sebab kita sayangkan dia.
2. Supaya ada rasa hormat kepada kita
3. Sedar atas kesilapan, dan berusaha untuk tidak ulangi kesilapan yang sama
4. Membentuk disiplin yang kuat.
Oleh itu, saya merasakan bahawa, ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka yang kecil dengan menggunakan rotan. Dan gunakan pendidikan phsyikologi, memberi sebab kepada dia, mengapa perlu dirotan. Mengapa papa rotan adik.... Jangan bias.
Ibu bapa adalah orang yang berperanan penting untuk mendidik anak-anak. Mereka adalah generasi yang akan menjana dan menjaga negara. Didiklah anak anda dgn sempurna, agar tiada lagi anak-anak kita yang terjebak dengan gejala negatif.
No comments:
Post a Comment