Monday, December 7, 2009
Bumi Sendiri
A.Samad Said
Balada Hilang Peta -1990
Kita perlu turun
Dari menara
Melepas capal
Berjalan kaki
Merasakan keresahan
Nafas bumi
Kita sekarang sedang
Didesak ditengah
Dendam gelegak
Sedang disiku
Dari selurh penjuru
Sedang dihina
Kerana terlalu lama
Sengaja mengalah
Kita sedang genting
Dan sedang gering
Kita perlu marah
Sejujur hati,
Untuk bermamah
Dibumi sendiri
Kali ini
Jika kita bernyanyi
Biarlah lagu yang
Paling hakiki
Jika kita bersuara
Biarlah jujur rasa
Biarlah ketika didengar anak cucu
Mereka akan bangga
Datuk neneknya
Lelaki tang berani
Mereka akan merasa
Bermaruah ditengah
Buminya sendiri
Kita perlu bangun
Sekali ini
Bangun pertahan
Yang hakiki
Sajak yang penuh dengan makna, tetang hak anak bumi. Sajak yang penuh dengan makna ini perlu disebarkan kepada seluruh bangsa Melayu. Jangan dibiarkan hak kita digadai kerana kita tidak mengetahui.
Friday, October 30, 2009
Ulasan Buku : Khalifah Umar Al-Khatab

Hari ini, izinkan penulis berkongsi pengalaman atas pembacaan penulis sekarang. Penulis sedang membaca sebuah buku yang bertajuk “Khalifah Umar Al-Khatab – Reformis Dunia Islam” tulisan Abdul Latip Talib. Umum mengetahui, siapakah sebenarnya Khalifah Umar Al-Khatab ini, bukan? Sebab mustahil seorang manusia yang berilmu tidak mengetahui 4 Khalifah yang juga sebagai sahabat Rasullah S.A.W.
Tidak dinafikan, bahawa Umar Alkhatab adalah seorang dari kaum Bani Adi. Beliau juga telah dilatih oleh ayahanda beliau (al-Khattab bin Naufal al-Mahzumi) semasa kecil untuk menjadi seorang yang berjiwa kental, keras kepala, pantang dicabar dan bersikap berani. Beliau pernah memenangi, kejohanan gusti yang selama ini bukan dimenangi oleh Kaum Bani Adi. Dan menjadikan beliau dan kaum Bani Adi ini dijulang namanya dalam kelumpur Quraisy. Beliau pernah tanam anak beliau secara hidup-hidup, jikalau anda baca buku ini, betapa sedihnya kisah beliau tanam anak beliau. kerana, sikap manja anak Umar Al-Khattab ini sebelum ditanam kepada Umar membuatkan beliau terasa menyesal sehingga beliau masuk Islam.
Rasullah s.a.w pernah mendoa agar salah seorang antara Abu Jahal atau Umar al-khatab untuk memuluk agama Islam. Ternyata, sikap keras kepala dan sombong bongkak Umar ini, lebur setelah beliau cuba hendak menentang Rasullah s.a.w dan akhirnya membuatkan beliau memeluk agama Islam.
Sewaktu hidup Rasullah S.A.W, khalifah Umar Alkhatab ini bertindak sebagai penjaga keselamatan dan juga sahabat Rasullah s.a.w. Rasullah S.A.W selalu berbincang antara sahabat, termasuk khalifah Umar Alkhatab dalam mendapatkan keputusan. Adakalanya, pendapat Umar Alkhatab diterima Rasullah s.a.w dan adakalanya Rasullah s.a.w tidak menerima pendapat Umar. Ternyata, walaupun pendapat Umar tidak diterima Rasullah S.A.W beliau langsung tidak bersikap kecil hati, tetapi tetap bersama Rasullah S.A.W
Selepas kematian Rasullah s.a.w beliau terus bersama dengan Kepimpinan Khalifah yang pertama iaitu Khalifah Abu Bakar As-Sidiq. Beliau bersikap terbuka dengan Khalifah Abu Bakar As-Sidiq, apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Khalifah Abu Bakar As-Sidiq, Khalifah Umar Al-Khatab ini menerima dengan hati yang terbuka. Walaupun, adakalanya beliau menentang keputusan Khalifah Abu Bakar ini, tetapi akhirnya beliau dapat menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.
Semasa beliau mengambil alih tugas sebagai seorang Khalifah daripada kepimpinan Khalifah Abu Bakar As-Sidiq, beliau telah memrangi Raja Parsi yang kuat menentang Islam. Pejuang Islam, yang berperang sewaktu itu menang dalam peperangan. Beliau sendiri selalu mengingatkan kepada panglima perang beliau supaya, berfikir dan berbincang sebelum membuat keputusan. Bersikap baik dengan orang yang tidak menentang Islam, tidak mendatangkan keburukan dan kekacauan kepada orang yang tidak menentang Islam.
Dan akhir sekali, sewaktu beliau wafat, beliau tidak menyerahkan kempimpinan Khalifah kepada anak beliau, walaupun ada beberapa sahabat beliau yang merestuinya. Tetapi, beliau serahkan kepada 10 orang sahabat untuk memutuskan sendiri, siapakah antara mereka yang layak untuk menjadi penganti beliau. Beliau meninggal dalam keadaan serba kekurangan, tidak meninggalkan harta kepada anak-anaknya walaupun beliau merupakan seorang khalifah.
Pembaca sekalian, dalam kesebukan kita mengajar nikmat dunia, luangkanlah sedikit masa anda untuk mempelajari kisah sejarah Rasullah s.a.w, khalifah dan pejuang-pejuang Islam dahulu. Ternyata, sifat kepimpinan beliau dan cara hidup beliau perlu dicontohi oleh kita. Kita lihat bagaimana sewaktu dahulu, zaman kegemilangan Islam, Islam dipandang mulia oleh mereka yang bukan menganut agama Islam. Dari situ, kemudiannya lahirnya Ilmuan Islam yang tersohor seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Al-Ghazali, Ibnu Khaldun. Tetapi, apa yang terjadi kepada umat Islam sekarang ini, selalu berlaku perpecahan, permusuhan, masalah kepimpinan, dan bermacam-macam lagi. Membuatkan Islam itu sendiri dipandang rendah, dipermainkan dan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain. Seharian kita mendengar masalah kepada penduduk Islam. Dan kita perlu mengangkat semula kegemilangan Islam ini dengan mencontohi kepimpinan mereka.
Wednesday, October 28, 2009
Doa Agar Mudah Mengingat Pelajaran

Tuesday, October 20, 2009
Belajar pengalaman politik Nepal

Di mana-mana pun di Nepal, rakyatnya mengenali Malaysia. Ada penduduk Nepal yang berseloroh dengan penulis dengan berkata, Malaysia Truly Asia, I Love Malaysia, atau, ''anda boleh bayar dengan Ringgit Malaysia (RM)," kata seorang penjaja wanita ketika menghulurkan seutas rantai tembaga bertakhta batu Gurkha berharga RM10 selepas tawar-menawar di tangga mendaki kuil di Patan.
Bagi warga Nepal yang telah bertahun-tahun bekerja di Malaysia, maka segala ceruk lorong di Kuala Lumpur, Jalan Tuanku Abdul Rahman sehingga ke Jalan Bukit Bintang dan Jalan Petaling, diberikan gambaran seolah-olah Wall Street, Oxford Street atau China Town Amerika Syarikat (AS) - dunia mewah dan peleseran bagi yang kaya dan terkenal.
Perkataan seperti Touch and Go (TnG) serta Smart Tag, lebuh raya enam lorong - malah rutin membayar tol - juga meniti bibir penduduk di sana, dan semahu-mahunya mereka mahu gaya hidup harian 'hebat' di Malaysia itu dibawa ke sana.
Itulah yang diceritakan oleh para pekerja dari Nepal kepada anak-anak mereka tentang legasi Malaysia setelah dua atau tiga tahun bekerja di Malaysia.
''Malangnya di sini belum ada kesungguhan politik dan kemampuan kewangan, lihatlah sahaja keadaan jalan raya dan sistem (kehidupan) yang ada di Nepal," kata penduduk kelas pertengahan di Nepal, Karisha Kunwar kepada penulis yang berada di negara itu baru-barui ini.
Nama tempat seperti Sunway Lagoon, kondominium di Pandan Mewah dan beberapa tempat lain juga meniti bibir beliau, yang mendakwa telah beberapa kali datang ke Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Ketika tiba di Kathmandu, penulis disambut oleh kekotoran, longgokan sampah sarap, najis (haiwan dan manusia), ludah, kahak ada di merata-rata tempat. Lebih dahsyat senario itu ketika tiba musim panas - ditokok tambah dengan debu jalanan yang berterbangan. Bunyi hon motosikal dan kereta cukup memekakkan telinga.
Pengalaman yang sama turut dilalui oleh 32 pelajar Jurusan Jurubina, Bangunan dan Rekabentuk Kolej Taylors serta tiga pensyarah yang memilih Nepal sebagai destinasi untuk Minggu Aktiviti 2009: Lembah Kathmandu, Nepal, yang bertema Perjalanan Pemuliharaan Warisan. Sekurang-kurangnya mereka bersyukur kerana dilahirkan dan membesar di Malaysia.
Perjalanan daripada Kathmandu ke Pokhara yang sejauh 200 kilometer mengambil masa lapan jam kerana keadaan jalan rayanya yang daif, sedangkan jarak yang sama - Ipoh ke Kuala Lumpur hanya dua jam melalui lebuh raya - dengan jarak yang sama.
Mungkin keindahan gunung-ganang, kemuncak berlitup salji, ribuan kuil Hindu dan Buddha, sayup-sayup mantera sami Buddha serta sejuk dan segar udara di negara dalam dakapan Himalaya itu belum cukup untuk memberi ilham kepada rakyatnya untuk menentukan masa depan politik yang lebih terjamin, apatah lagi impian menikmati kehidupan yang lebih selesa seperti Malaysia.
Bagi rakyat jelata seperti seorang usahawan pelancongan, Krishna Kunwar - serta rakannya seperti Pradip Lama, seorang kakitangan awam dan penganggur, Amir Khan - mereka mahu raja berhati rakyat seperti ketika Nepal di bawah Dinasti Rana terus memegang tampuk pemerintahan setelah melihat beberapa persengketaan pendapat antara pakatan tiga parti yang nampaknya tidak berkesudahan selepas pilihan raya Dewan Perwakilan Nepal pada April tahun lalu.
Di Nepal, gabungan tiga parti minoriti yang memerintah iaitu The Unified CPN (Maoist), Parti Kongres Nepal (NC) dan Parti Komunis Leninist-Marxisme Bersatu (UML) kini masih kabur tentang setakat mana mereka boleh bekerjasama kerana perbezaan ideologi, serta keinginan untuk menegakkan ideologi baru, sementara sebahagian lagi mahu mengekalkan pengaruh dan kuasa yang sedia ada.
Sejak Raja Gyanendra menjadi pemerintah Nepal pada 2001 selepas kematian abangnya, Raja Birendra, negara di pergunungan Himalaya itu tidak pernah sunyi daripada pergolakan.
Mendiang Raja Birendra mati dalam satu pembunuhan di istana diraja oleh anak beliau yang juga Putera Mahkota Nepal. Putera berkenaan telah membunuh seluruh ahli keluarganya dan menembak dirinya sendiri selepas itu.
Malangnya, Raja Gyanendra yang digulingkan rakyat tidak popular, apatah lagi selepas tragedi berdarah di istana yang menyaksikan pembunuhan keluarga diraja sebelum Gyanendra, satu plot yang masih menjadi misteri - walau pun kenyataan istana mengaitkannya dengan masalah keluarga dan halangan percintaan oleh raja dan bonda.
Dalam pilihan raya November tahun lepas, mereka telah memilih untuk menghapuskan terus sistem beraja - termasuk melenyapkan wajah raja pada muka siling 10 rupee.
Tiga parti terbesar yang membentuk pakatan perlu bersepakat dalam tiga isu utama iaitu kuasa rakyat, bidang kuasa presiden serta perdana menteri dan kawalan kerajaan ke atas tentera Nepal.
Pada dasarnya mereka telah mencapai kesepakatan supaya kuasa eksekutif diletakkan di bahu Perdana Menteri, sementara presiden terus menjadi ketua perlembagaan negara.
Sejak peristiwa tersebut, rakyat terus hilang kepercayaan terhadap Raja Gyanendra yang turut dikaitkan dengan tragedi berdarah itu.
Pelantikan Girija Prasad Koirala pada usia 84 tahun sebagai Perdana Menteri Nepal dipersetujui oleh tujuh parti politik utama di negara berkenaan.
Koirala kini berhempas pulas untuk meneutralkan tekanan khususnya daripada Moist yang ternyata mendapat tempat di hati rakyat miskin dan luar bandar di Nepal.
Rakyat mulai terasa mereka telah membuat pilihan yang salah kerana beberapa dasar serta slogan yang ditentukan oleh Moist - parti yang mendapat undi terbesar dalam pilihan raya umum pada November lepas - tidak langsung tergambar dalam tindak-tanduk pemimpinnya sekarang, atau tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapat persetujuan dua parti lagi yang menjadi pakatan pemerintah.
Hal itu boleh difahami oleh Krishna Kunwar kerana penduduk di pedalaman Nepal tidak berpendidikan, tidak tahu-menahu tentang perlembagaan dan proses politik serta hidup dalam tekanan dan kemiskinan.
Pendidikan tidak diwajibkan di Nepal. Ibu tidak mahu menghantar anak ke sekolah kerana dianggap membazir waktu. Lebih baik ke sawah atau bekerja sebagai buruh. Maoist - yang dipimpin oleh seorang bekas guru - mengambil kesempatan daripada pemikiran seperti ini.
Setelah berkuasa, Maoist mahu pemerintahan tentera diganti oleh ketua baru. ''Mustahil untuk memenuhi tuntutan itu kerana Presidenlah yang berkuasa ke atas pelantikan dan pelucutan jawatan ketua tentera," kata Krishma Kunwar.
Kini, pejuang Komunis Maoist secara perlahan-lahan diserap sebagai tentera Nepal di bawah pengawasan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu. Bagaimana mereka boleh terus berkiblat kepada fahaman komunis sedangkan tentera Nepal seharusnya melindungi kepentingan rakyat?
Seorang kakitangan awam, Pradip Kumar mahukan kehidupan yang lebih baik untuk meneruskan kesinambungan hidup sehariannya.
Kehidupan seharian di Nepal agak sukar, dan bertambah parah dengan suasana kias dan pulas politik yang tidak stabil yang telah berlarutan sejak pilihan raya pada November.
Katanya, gaji kakitangan awam berstatus eksekutif sepertinya cukup rendah, sekitar RM600 sahaja. Purata gaji di Nepal ialah RM300 sahaja - termasuk gaji guru.
Sejarah, politik dan pembangunan sosial yang panjang di Nepal merupakan perkara yang boleh di pelajari. Generasi muda di Malaysia boleh mempelajari apa sahaja yang berlaku di Nepal - khususnya jika mahu meramalkan apa yang akan berlaku di negara ini.
''Kini Nepal seperti negara tidak berkerajaan (no one land)," tambah Krishna Kunwar, ketika ditanya tentang kehidupan harian penduduk Nepal, pasca pemerintahan beraja hampir 100 tahun di negara itu.
Jauh di sudut hati kecilnya, masih rindu kepada raja yang berjiwa rakyat. ''Semuanya tidak jelas - kuasa eksekutif, legislatif dan politik tidak dapat membuat keputusan terhadap kepentingan dan isu keselamatan rakyat.
''Kuasa Presiden sering dicabar oleh Perdana Menteri - khususnya dalam aspek pemilihan dan pelantikan kuasa ketua tentera," kata Krishna Kunwar.
Isu Nepal bukan sekadar penghijrahan rakyatnya yang menjadi pengawal keselamatan di negara kita. Kita perlu belajar dalam memilih parti politik mana yang layak menubuhkan kerajaan.
Sunday, October 18, 2009
UiTM, membentuk Melayu Profesional, hasil usaha BN
Tuesday, September 15, 2009
Syafaat Islam

Bismillahhiramanirrahim
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #85)
Sunday, September 13, 2009
Jangan Harap Negara nie Melayu yang punya!
Saturday, September 5, 2009
Boikot? Ape kesudahannya

- mereka menyumbang hasil jualan mereka kepada negara tersebut
Idea saya bermula begini,
Kerana tiada alternatif untuk mengantikan McD itu sendiri. Saya senang maksudkan disini, McD Malaysia tiada persaingan antara satu, sama lain. Malah persaingan yang dia hadapai, dia menang.
Sunday, July 26, 2009
Resist anak melayu

Perasaan ini terjadi dan sangat marah apabila membaca sebuah artikel yang ditulis oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6,Tun Dr Mahathir Mohammad menuri blognya yang terkenal. chedet.cc. Tajuk penulisna beliau adalah Kaki dalam kasut.
1. Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.
2. Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan "ketidakadilan" terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).
3. Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan.........
Anda digalakkan untuk membaca artikel itu menerusi blog Tun Dr Mahathir sendiri. Mungkin anda tidak mempunyai semangat melayu yang tinggi itu sebab apa yang ditulis ini anda tidak mengambil peduli. Ataupun anda sendiri bersikap tidak ambik tahu, itu sebab juga apa yang ditulis ini anda tidak ambil peduli.
Sedih kalau anda tidak mengambil tahu hal bangsa sendiri. Buat endah tak endah sahaja atas apa yang berlaku keatas bangsa sendiri. Terlampau membanggakan bangsa lain, sehinggakan lupa bangsa sendiri.
Saya percaya, kebanyakan orang Melayu mempunyai sikap bangga dengan orang lain. Sehinggakan menyebabkan bangsa sendiri diperkecilkan. Sama juga dengan seorang pensyarah UIA ini. Bagi saya beliau juga terlampau membanggakan bangsa lain, sehingga bangsa sendiri juga diperkecilkan. Sebab itu beliau sanggup berkata sedemikian.
Tak heran, kalau kita tengok anak muda sekarang sibuk memperagakan pakaian yang sama dipakai oleh barat. Terasa kulit gatal apabila berpakaian melayu tradisional, geli telinga apabila mendengar muzik tradisional melayu dimainkan, ketinggalan apabila bertutur dalam bahasa Melayu, dan Meninggalkan adat resam melayu.
Tetapi, mereka berasa sangat bangga apabila berpakaian ala-ala barat, mendengar muzik berentak hiphop atau heavymetal, bertutur dalam bahasa Inggeris walaupun sesama Melayu, tidak bersopan dan mengikut adat orang putih dalam kehidupan. Inilah yang menjadi kebanggan orang Melayu yang terlampau membanggakan bangsa lain.
Adat resam kehidupan Melayu diumpakan ketinggalan. Itulah punca utama, kenapa hilangnya sikap hormat-menghormati antara satu samalain, gotong royong, bantu membantu, ziarah-menziarahi, dan tegur menegur antara satu sama lain. Adat ini telah hilang dikalangan orang Melayu itu sendiri. Apakah puncanya? Persoalan yang anda sendiri perlu jawab.
Sebilangan orang memandang hina seseorang yang bersikap "resist" seperti saya ini. Mereka berangapan bahawa orang yang bersikap resist ini adalah orang yang mementingkan diri sendiri, tidak mengikut arus globalisasi dan tidak berpandangan jauh. Tetapi mereka hanya perasan golongan yang berbangsa Melayu sahaja bersikap "resist" adakah mereka tidak perasan banyak juga kaum lain di Malaysia ini bersikap "resist" terhadap kaum mereka masing-masing.
Siapa sebenarnya yang silap, mereka yang bersikap lebih keterbukaan ataupun saya yang resist ini. Sememagnya kalau saya buat sesuatu keputusan, saya telah membuat sesuatu keputusan yang terbaik untuk diri saya. Oleh itu, sikap resist perlu ada dalam diri saya. Tetapi, sentiasa saya mengingati diri saya, kaum lain di Malaysia ini juga jangan diabaikan kepentingan mereka. Tetapi, bangsa Melayu perlu dimartabatkan. Sejajar dengan konsep pemerintahan Khalifah Islam yang agung.
Saya berasa kasihan kepada diri saya, kenapa ada lagi mereka yang bersikap terlampau keterbukaan. Sanggup lagi memberi hak yang ada. Bila dalam kursus, modul pertahankan hak ini lah yang selalu saya berasa kecewa. Terlampau memberi, sehinggakan tergadai hak diri sendiri. Tah la... mungkin melayu itu sebenarnya pemurah, dan sangat pemurah. Ataupun melayu itu telah diajar untuk memberi tanpa perlu memikirkan apa yang diterimanya.
Apa yang harus aku buat!
Saya telah melakukan apa yang boleh untuk menjadikan melayu itu faham konsep memberi dan menerima. Konsep pertahankan hak diri masing-masing. Tetapi saya tidak tahu, sejauh mana seseorang individu itu menerima apa yang disampaikan. Saya sentiasa berdoa agar, mereka dapat menerimanya sebaik mungkin.
Begitulah Melayu yang tulen, sanggup membantu sesama bangsa. Kalau lihat melayu itu lebih kemampuan dalam bekerja, ambikla mereka bekerja. Berikanlah Melayu itu peluang untuk terus maju kehadapan. Kalau Melayu yang dihadapan anda, anda lihat penuh dengan masalah, bantulah dia dengan sebaik mungkin. Kalau anda lihat, melayu dihadapan anda bodoh, pandikanlah dia. Jangan putus asa. Kerana anda perlu lihat, kaum lain juga melakukan perkara yang sama terhadap kaumnya.
Fikir-fikirkanlah apa yang diperkatakan mengenai resist seorang anak melayu
Thursday, July 23, 2009
Kenapa Orang Tidak Tertarik dengan Islam

Kenapa orang dari agam alain susah hendak memeluk Islam?
Wednesday, July 22, 2009
Aku Kecewa Dengan Mereka Ini.

Perlawanan bola sepak antara Machester United dan Malaysia memang telah diketahui umum keputusannya. Pada hari Sabtu yang lepas Man U mengalahkan Malaysia dengan 3-2. Dan pada Hari Isnin yang lepas pula Man U sekali lagi mengalahkan Malaysia dengan 2-0.
Thursday, July 16, 2009
Ayuh Melayu Teruskan Bersatu!

Ayuh bangsa Melayu ku, teruskan bersatu dibawah satu bumbung yang kuat. Ini kerana, penyatuan akan membentuk satu kekuatan yang luar biasa. Apabila melayu itu bersatu, Melayu itu akan lebih disegani oleh kaum lain. Ini terbukti bahawa pada zaman Rasullah s.a.w dan Khalifah, Islam itu disegani oleh golongan yang menganut agama lain.
Pemerintah Islam, apabila mereka memerintah sebuah Negara. Jarang kita dengar penindasan kaum ataupun penghapusan etnik. Tetapi, harus diingati bahawa pemerintah Islam itu haruslah benar-benar kuat jati diri mereka. Bukannya pemerintah Islam yang mengikut tunjuk jari kaum lain demi kepentingan kaum itu sendiri. Pemerintah sebegini mendatangkan sikap tidak puas hati masyarkat lain termasuk mereka yang beragama Islam sendiri terhadap pemerintah.
Kalau kita tahu sejarah, sudah tentu kita sudah rasa cukup bersykur dan nikmat atas apa yang ada dinegara ini. Atas kebijaksanaan pemimpin Negara kita pada masa ini. Insyallah, kepimpinan Negara yang ada masa kita terbukti merupakan Melayu yang tulin. Tidak terikut dan takut dengan hasutan dan ugutan. Malah jika kita kaji cara pergerakan mereka, mereka akan mempertahankan hak yang ada tetapi, memberikan kepuasan dengan kaum lain. Ini adalah keadilan yang sebanrnya. Cukup adil di mata masyarakat.
Melayu harus terus bersatu dibawah satu suasana dan keadaan yang kuat. Ini adalah Tanah Melayu. Alif, Ba, Ta kita iaitu Agama, Bangsa dan Tanah Air. Tidak terikat dengan cara dan ugutan. Tidak membuat sesautu demi kepentingan atau atas hasutan orang-orang tertentu. Harus anda ketahui, jika Melayu itu kuat. Terdapat banyak musuh yang berusaha untuk menjatuhkan Melayu itu sendiri. Sepertimana kita lihat sekarang, bagaimana ada suara-suara kecil dari sesetengah pihak cuba untuk menjatuhkan melayu agar melayu itu tidak bersatu. Kerana mereka tahu, jika bermulanya Melayu itu bersatu, maka susahlah bagi mereka untuk mendapat kepentingan untuk meloboskan harta Negara secara senyap-senyap.
Bukan politik yang memisahkan Melayu, tetapi sikap Melayu itu yang terikut-ikut gerak langkah Politik yang telah diacukan oleh Yahudi. Rasullah S.A.W pernah bersabda bahawa perbezaan pendapat antara umatku adalah satu rahmat. Tetapi, umat Islam juga disarankan untuk bersatu. Bukannya kita berbeza pendapat tetapi kita berpecah. Menubuhkan sesebuah “puak” yang lain untuk menjatuhkan sesuatu bangsa.
Kita sebagai seseorang yang berbangsa Melayu haruslah bersikap sabar. Itukan sikap orang Melayu, penuh dengan sopan-santun, hormat-menghormati antara satu sama lain, dan berlaku adil sesama manusia.
Harus diingati bahawa, tiada siapa yang layak menjaga petadbiran Negara yang berdaulat ini kecuali bangsa Melayu sendiri. Ini adalah hak Melayu, bukan tujuan saya untuk menolah hak kaum lain. Tetapi, kaum lain haruslah menghormati sejarah yang tertulis. Hak kepulauan Nusantara adalah milik orang Melayu. Bukannya bangsa lain. Negara Malaysia ini adalah Negara yang cantik, dalam peta juga menunjukkan bahawa, Negara Malaysia itu cantik rupanya, berbentuk seperti seorang wanita yang cantik. Itu sebabnya, Negara ini menjadi sasaran mereka yang cemburu. Dan mereka tahu ini adalah milik Melayu yang mereka adalah seseorang yang Beragama Islam yang mulia.
Ayuhlah, Melayuku, jangan segan untuk bersatu. Menolak mereka yang berjuang demi kepentingan orang lain adalah sesuatu yang perlu demi menyelamatkan sebuah Negara yang berdaulat ini. Bersatulah dengan kepimpinan yang telah terbukti berani menentang Inggeris satu masa dahulu, demi menuntut kemerdekaan Tanah Airku sendiri. Sebuah kepimpinan yang kuat dan sangat disegani.
Ayuh, pintu ini sentiasa terbuka untuk orang Melayu teruskan penyatuan ini.
Monday, July 13, 2009
Rotan Dan pengajaran
Mesti ramai yang dah tahu, kenapa ada entri saya berjodol rotan dan pengajaran. Adakah anda juga peminat BLACK yang menjuari Mentor pada 13/7/09. Melihat kepada video yang ditontoni ramai, bagaimana black sentiasa dirotan oleh mentornya Mas Idayu.

Ada beberapa sebab, kenapa kita perlu rotan, orang yang kita sayangi.
Saturday, July 11, 2009
Tahniah Dato' Sri Najib Tun Razak

Hari ini genap pemerintahan 100 hari Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak. ALhamdulillah YAB Dato' Sri berjaya membawa negara kearah satu lagi pembangunan negara yang jitu.
Dato' Sri Najib Tun Razak telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia yang dapat diterima oleh rakyat kerana mempunyai elemen kesemarataan yang dapat memuaskan hati semua pihak termasuk golongan bumiputera dan bukan bumiputera. Konsep 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Dato Sri Najib Tun Razak mempunyai 8 elemen penting iaitu, Integriti, Ketabahan, Penerimaan, Pendidikan, Meritokrasi, Rendah Diri, Kesetiaan, dan Budaya Kecemerlangan. Elemen penting ini bertujuan untuk membentuk sebuah negara yang aman dan makmur dalam pelbagai kaum.
Friday, July 10, 2009
Melayu mesti kuat!!!
Thursday, July 9, 2009
Apa Erti Kemerdekaan untuk Orang Melayu
Apa erti kemerdekaan
Bagi umat Melayu kita
Tak mahu terima perubahan
Anak cucu jadi mangsa
Orang lain dah rebut peluang
Takkan kita nak tengok sahaja
Sedang masa tetap berjalan
Sesaat tak tunggu kita
DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA
Kita berbalah sesama sekampung
Bangsa lain telah maju
Anak Melayu masih mundur
Orang bercakap percaya selalu
Hangguk kepala macam Jepun
Stail dulu-dulu
Jadi katak bawah tempurung
DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA
Anak orang naik kapal terbang
Anak kita naik teksi
Anak orang jadi taukey
Anak kita jadi kuli
Anak orang jual barang
Anak kita laju membeli
Takde duit rela berhutang
Barang bini gadai lagi
DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA
Anak orang membaca buku
Anak kita godok dirat
Anak orang masuk ke U
Anak Melayu penuh dalam lokap
Anak orang minum susu
Anak Melayu sibuk togok ubat
Sampai bila kita nak maju
Kalau tak mahu ubah sikap
DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA
Kereta orang kereta mercedez
Kereta kita Morris Minor
Kereta orang asap nipis
Kereta kita asap bunga
Kereta orang hidup dengan switch
Kereta kita mati tolak sahaja
Beli baru takde duit
Beli beraspun berhutang sahaja
DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA
Rumah orang rumah batu
Rumah kita rumah atap
Rumah orang pagar batu
Rumah Melayu pagar kawat
Rumah orang karpet beledu
Rumah kita tikar karat
Masa kenduri sambut menantu
Patah gelegar tercabut tongkat
DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA
Anak orang jadi peniaga
Anak kita jadi petani
Anak orang baju cap buaya
Anak kita baju guni
Anak orang bahagia
Anak kita suka pening
Jadi mangsa dadah ganja
Jadi mangsa budaya kuning
DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA
Anak orang pergi masjid
Anak kita duduk tepi jalan
Anak orang sibuk meratip
Anak kita sibuk....
Anak orang perangai baik
Aank kita serupa setan
Sibuk cari bala penyakit
Tak mahu fikir masa depan
DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA
Apa erti kemerdekaan
Bagi umat Melayu kita
Tak mahu terima perubahan
Anak cucu berputih mata
Orang lain dah rebut peluang
Biar kita tengok sahaja
Sedang masa tetap berjalan
Sesaat tak tunggu kita
DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA