Sunday, June 14, 2009

impiangenerasi.blogspot.com



layari blog terbaru daripada FFCrew team

impiangenerasi.blogspot.com

wadah minda berdasarkan fakta.....

Thursday, June 11, 2009

JANGAN cuba untuk GUNTING silaturrahim bangsaku

Tidakku tahu sampai bila tanah airku yang indah ini menjadi BANGSAKU

Tidakkah anda perasan bahawa, sejak dahulu lagi ada sahaja yang pihak yang berhasrat dengki dengan semangat perpaduan untuk kebenaran. Pelbagai alasan diberikan oleh “mereka” yang menentang perpaduan bangsa ini. Mereka, sentiasa ingin melihat bahawa sesuatu bangsa itu perlu berpisah. Tidak mengikut gerak kebenaran.

Mereka tidak akan berpuas hati, sehingga kita mengikut gerak langkah. Mengemukakan permintaan mereka yang tah ape-ape.... kononnya ingin melihat kesemarataan. Tapi bagaimanakah yang dinamakan kesamarataan itu.

Konsep bagaimana yang dinamakan kesamarataan? melainkan, kesamarataan yang mereka katakan adalah kesamarataan yang melebihi pihak mereka. Supaya mereka akan bertambah pembangunan.

********

BANGSAKU, adakah anda sebenarnya sengaja membawa diri anda kepada perpecahan ataupun anda tidak sengaja membawa diri anda kepada perpecahan. BANGSAKU, bangsa ku bukannya bangsa yang bodoh, bukan bangsa yang miskin dan bukan bangsa yang tidak mempunyai pendirian. Bangsaku sebenarnya adalah bangsa yang hebat!

Sebab apa BANGSAKU ini berpisah? Adakah anda dipisahkan melalui fahaman politik masa kini. Huh… hebat betul POLITIK ini, sehinggakan BANGSAKU mudah terpisah. Fahaman dari SIAPA yang sampai ke BANGSAKU sehingga permahaman mereka BERCELARU.

Inilah fahaman atau porak-poranda yang dibawa oleh Yahudi. Mengaibkan pemimpin secara terang-terangan dan membuat kekacauan di muka Negara sendiri untuk melumpuhkan kerajaan itu sendiri.

Izinkan ku berterus terang disini

Hatiku berasa sungguh sedih apabila melihat bangsaku berpecah. Hatiku ini juga sering berasa resah dah gelisah apabila melihat pemikiran dan tingkahlaku bangsaku dijajah.

Apabila hendak dibawa kepada kebaikan, ada sahaja pihak yang menentang. Bertambah sedih apabila yang tidak masuk untuk kebaikan ini adalah bangsaku sendiri. Apa sebabnya? Mungkin kerana ideologi yang berada dalam pemikiran mereka membuatkan mereka berkata begitu.

Begitu hebat bangsaku ini sendiri menidakkan kepada kebaikan. Hebat!! Hebat!! Semua ayat-alquran, hadith dan fahaman masing-masing dikeluarkan. Demi untuk meyakinkan bangsaku yang lain yang masih seperti “lalang-lalang” itu mengikut jejak langkah mereka. Kononya, itulah ‘fakta’ yang sebenar dengan tujuan untuk mengekalkan perpecahan bangsaku.

“Yang Lain”?? menepuk tangan tanda suka, memberi sokongan kepada bangsaku yang terpesong itu untuk teruskan perjuangan mereka. Mereka menyokong perjuangan mereka. Berharap agar bangsaku itu terus berjuang untuk kepentingan diri mereka. BAIKKAN mereka ini!! BERILAH “SOKOGAN” lagi terhadap diri mereka. Kan mereka ini telah memberikan banyak benda kepada anda supaya terus TERPESONG dari KEBENARAN. Pasitikanlah suatu hari nanti mereka akan memipin kita, kerana anda sudah tahu bahawa kepimpinan mereka adalah yang TERBAIK.

Tuan-tuan,

ADAKAH anda mengetahui bahawa kepimpinan ORANG ISLAM itu adalah yang terbaik. Bersifat penuh dengan KEADILAN. Tidak berat mana-mana belah pihak. Yang dimaksudkan dengan kepimpinan Islam itu adalah kepimpinan yang sebenar-benarnya Islam, bukannya boneka kepada mereka.

REFORMASI la konon!!! Perubahan yang diimpikan sebenarnya belum tentu akan menimbulkan kesejahteraan sekarang.

Tatkala mereka perjuangkan mentaati pemimpin, sebenarnya mereka sendiri tidak mentaati pemimpin mereka. Mula mengatakan pemimpin mereka itu cuba hendak pengaruh mereka. Apabila mereka cakap untuk hormati orang yang berilmu, secara terang-terangan mereka cuba untuk mengkiskan orang yang berilmu itu sendiri.

ITULAH ORANG YANG SEBENARNYA “TAMAK” dan “GILAKAN KUASA UNTUK KEPENTINGAN INDIVIDU”

Huh, aku tidak tahu sampai bila kesasatan ini melandai BANGSAku, Yang DIANGUNGKAN adalah ORANG bukannya TUHAN YANG MAHA ESA, yang dijadikan RUJUKAN adalah ORANG YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN dengan DIRI MEREKA bukan ORANG YANG PENUH KEILMUAN YANG BERPEGANG KEPADA KITAB SUCI AGAMA ISLAM.

Tidak ku tahu sampai bila, mereka ini berpaling tadah terhadap kepimpinan dengan niat untuk menjatuhkan apa usaha yang telah dilakukan kepimpinan yang ada untuk BANGSAku SENDIRI…

Khas untuk bangsaku yang bersama parti pakatan rakyat yang tidak sepakat

Tuesday, June 9, 2009

Integriti Dalam Pelbagai Aspek

Ekonomi

Dalam Ekonomi, Integriti boleh diaplikasikan dengan kejujuran dalam perniagaan yang dijalankan. Semagat Integriti jika diamalkan oleh mereka yang berniaga akan menajadikan seseorang itu menjadi seorang peniaga yang dihormati oleh masyarakat. Peniaga yang jujur secara lazimnya tidak dipandang oleh masyarakat.
Sebagai contoh, jika pada hari kita pergi ke sebuah kedai untuk membeli sebuah barang yang murah, mungkin akan terlepas pandang apabila peniaga itu sebenarnya menipu kita dengan sebenarnya barang itu sebenarnya adalah barang yang jauh mahal daripada harga sebenar. Itu menyebabkan kurang kepercayaan kita kepada peniagaan itu.
Seseorang yang dikatakan yang jujur akan dipandang baik oleh masyarakat.

Organisasi

Bebas daripada politik wang? ataupun salah guna kuasa. Disinilah perlunya ada diterapkan oleh setiap pemimpin, baik pemimpin negara ataupun pemimpin persatuan-persatuan pelajar. Salahguna kuasa menampilkan personaliti pemimpin yang kurang bijak dan tidak mempunyai matlamat. Mengunakan kuasa yang diberikan kepada mereka bukan untuk tujuan sebenar. Sebagai contoh menjadi pemimpin sebuah organisasi, bukan untuk bersama kearah mencapai matlamat organisasi tersebut, tetapi untuk KEPENTINGAN untuk dirinya sendiri.
Tindakan seorang pemimpin sebegini bakal menghancurkan sesebuah organisasi. bahkan membuatkan masyarakat memandang serong dengan matalmat dan perjuang asal organisasi tersebut.

Pemimpin,

Pemimpin dalam konsep integriti ini perlu bersikap telus, telus dalam menjalankan tugas. Pemimpin perlu menerima segala teguran daripada masyarakat. Teguran yang berguna sebenarnya adalah menunjukan bahawa masyarakat sayang kepada kepimpinan tersebut dan ingin melihat perubahan keatas kepimpinan tersebut. Berani untuk bercakap benar, supaya setuap yang dikatakan tidak ada pertikaian. Jikalau yang dikatakan itu adalah satu kesilapan, pemimpin itu perlu perbetulkan. Seseorang pemimpin perlu sentiasa muhasabah dirinya kepada lebih baik setiap hari. Supaya masyarakat dapat menanamkan semangat kepercayaan yang tinggi terhadap kepimpinan pemimpin tersebut.


Sekaligus, konsep integriti ini sebenarnya dapat menghasikan kepercayaan masyarakat terhadap kepimpinan yang ada.

Plan Integriti Nasional

Adakah anda tahu wujudnya Pelan Integrasi Nasional ini? Jika saya katakan disini, bermakna ada lah apa yang dikatakan sebagai Pelan Integrasi Nasional (PIN). Soalan seterusnya saya ajukan kepada anda Kenapa adanya PIN ini? Dan Adakah ia sebenarnya mendatangkan kebaikan kepada kita sebagai warga MALAYSIA?

Sahabat sekalian,

PIN, fokus utamanya adalah untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Pelan ini membolehkan kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyulurh dan holistic dalam memberi panduan kepada setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti

Apakah Objektif PIN

1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;

2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.

3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;

4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan

5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

PIN dilaksanakan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) yang dikawal oleh sebuah Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan dianggotai oleh beberapa tokoh yang berwibawa dalam bidang masing-masing.

TEKAD 2008


TEKAD 2008 adalah sasaran yang telah dilaksanakan oleh kerjaan supaya PIN itu berjalan dan mencapai matlamatnya. Terdapat 5 sasaran dalam TEKAD 2008

Pertama, mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan, dan salahguna kuasa secara berkesan.

Kedua, meningkatkan kecekapan dalam system penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi

Ketika, meingkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan.

Keempat, memantapkan institusi keluarga.

Kelima, meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Justeru, kerajaan Malaysia amat mengambil berat tentang Integriti dalam pentadbiran dan masyarakat Malaysia kearah mewujudkan sebuah negara yang aman dan tulus.


Sumber

Pelan Integriti Nasional (Edisi Ringkas) Januari 2006

http://www.parlimen.gov.my/transfer/Ringkasan_Mengenai_Pelan_Integriti_Nasional.pdf

Nilai Integrati dalam konsep 1 Malaysia

Integriti adalah konsep yang terakhir yang diperjelaskan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. menrusi laman web 1 Malaysia.

Kenapa PM mengutarakan berkenaan dengan integriti dalam 1 Malaysia. Disebabkan hasrat YAB PM untuk memastikan negara ini bebas daripada fitnah dan ancaman daripada luar.

Integriti adalah satu keadaan yang dimana rakyat di Malaysia ini memenuhi segala janji yang telah diperkatakan dan seseorang itu menjadikan lebih telus serta terbuka dengan orang lain, oleh itu kita akan terbinalah satu asas kepercayaan yang kukuh antara satu sama lain.

Dalam kata lain, tiada "hiden agenda" dalam melaksanakan sesuatu perkara. Setiap perkara perlu diperjelaskan seacara umum.

Kenapa kita perlu bersikap terbuka?

Bersikap terbuka ini adalah selalunya berkait rapat dengan orang yang berfikiran terbuka. Kedua-dua matlamat ini jelas adalah benda yang sama.

Jika kita mengalamalkan konsep keterbukaan, apa yang kita jalankan akan menjadi telus. Susah untuk musuh "attack" kita.

Keterbukaan juga adalah bersedia untuk menerima kritikan daripada orang, samada kritikan itu adalah sesuatu yang negatif ataupun positif. Jika kita menerima sesautu yang kritikan yang negatif, jikalau itu adalah sesuatu yang benar, perbaikinya dengan sendiri dan jikalau kritikan itu adalah sesuatu yang salah kita pertahankan ia dengan baik. Itulah keadaan yang sebaik-baiknya, bukan untuk kita mengatakan bahawa kita ini adalah seseorang yang hebat. Tetapi, sebenarnya untuk kita menjelaskan keadaan yang sebenar. Agar mereka betul-betul faham dengan apa yang kita lakukan

Sebagai contoh, sebagai seorang pelajar, apabila seseorang itu mengkritik atas tugasan kita dalam apa yang dibentangkan. Kita seharusnya menerima kritkan itu. Menerima tanpa membibas, bairkan mereka memberi hujah. Kadang-kala ada pandangan dan hujah mereka itu adalah sesuatu yang sebenarnya perlu diperbaiki oleh kita. Oleh itu, kita sebenarnya perlu membaiki semua itu.

Kalau kita berkata, berkatalah benar walaupun ianya pahit. Kerana berkata benar itu adalah sesuatu perkara yang penting dalam kehidupan. Hari ini jika kita berkata perkara yang salah, mungkin kita dibidas dengan seteruknya. Kerana orang yang selalu berkata bohong akan mencari seribu satu alasan untuk melepaskan dirinya. Ianya tidak menentu, samada apa yang dikatakan itu adalah benar ataupun tidak

Wallahua'alam

Satu penjelasan yang dikeutarakan oleh YAB P.M berkataan dengan nilai Integriti adalah, seseorang itu perlu mengotakan janji. Seorang pemimpin, haruslah menepati janji yang telah diberikan kepada rakyatnya.

Inegriti harus ada disetiap masyarakat Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang maju. Nilai integiriti ini penting, bukan sahaja ia bermanfaat untuk negara. Tetapi, ia penting jika anda ingin menjadikan diri anda maju setapak kehadapan.

Percayalah, sikap integriti adalah penting untuk memebina keyakinan orang terhadap diri anda.

1 Malaysia! Hayatilah....


1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian di tingkatkan. Inilah konsep 1 Malaysia yang perlu difahami oleh Semua

 

Ada 8 Nilai, 1 Malaysia


layari : http://www.1malaysia.com.my

Bersatulah......... Negaraku!!


 Mereka bertanya (dengan hairan): "Engkau
ini Yusufkah?" Dia menjawab: "Akulah Yusuf dan ini adikku (Bunyamin).
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada kami. Sebenarnya
sesiapa yang bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak
menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan



Surah Yusof ayat 90.


Dalam Al-Quran, selalu disebutkan supaya manusia sentiasa  berbuat baik sesama manusia. Kerana berbuat baik sesama manusia adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Manusia jika kita lihat bermusuhan antara satu sama lain dunia tidak akan menjadi aman dan damai.

Inilah akibat jika manusia itu tidak menghayati sejarah dalam kehidupan. Persengketaan kadangkala ia membawa kebaikan kepada diri kita, tetapi kadang-kadang persengketaan itu adalah untuk memecahbelahkan kita. Sesoerang pemimpin, perlu berusaha keras untuk mengekalkan kemakmuran dan keamanan sesebuah negara. Ini adalah kerana keamanan dan kemakmuran sesebuah bergantung juga kepada kebijaksanaan pergolakan dan ancaman sesebuah negara.

Konsep 1 Malaysia yang diamalkan di Malaysia adalah salah satu konsep yang perlu dihayati oleh Rakyat Malaysia. Kerana Malaysia adlaah sebuah negara yang berbilang kaum dan kehidupan dalam keadaan aman dan damai.


 

Monday, June 8, 2009

Apa Erti Kemerdekaan


Sahabat sekalian,  hayatilah sajak ini... di bawah saya sertakan lirik dikir ini

Apa erti kemerdekaan

Bagi umat Melayu kita

Tak mahu terima perubahan

Anak cucu jadi mangsa

Orang lain dah rebut peluang

Takkan kita nak tengok sahaja

Sedang masa tetap berjalan

Sesaat tak tunggu kita

DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA

 

Kita berbalah sesama sekampung

Bangsa lain telah maju

Anak Melayu masih mundur

Orang bercakap percaya selalu

Hangguk kepala macam Jepun

Stail dulu-dulu

Jadi katak bawah tempurung

DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA

 

Anak orang naik kapal terbang

Anak kita naik teksi

Anak orang jadi taukey

Anak kita jadi kuli

Anak orang jual barang

Anak kita laju membeli

Takde duit rela berhutang

Barang bini gadai lagi

DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA

 

Anak orang membaca buku

Anak kita godok dirat

Anak orang masuk ke U

Anak Melayu penuh dalam lokap

Anak orang minum susu

Anak Melayu sibuk togok ubat

Sampai bila kita nak maju

Kalau tak mahu ubah sikap

DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA

 

Kereta orang kereta mercedez

Kereta kita Morris Minor

Kereta orang asap nipis

Kereta kita asap bunga

Kereta orang hidup dengan switch

Kereta kita mati tolak sahaja

Beli baru takde duit

Beli beraspun berhutang sahaja

DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA

 

Rumah orang rumah batu

Rumah kita rumah atap

Rumah orang pagar batu

Rumah Melayu pagar kawat

Rumah orang karpet beledu

Rumah kita tikar karat

Masa kenduri sambut menantu

Patah gelegar tercabut tongkat

DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA

 

Anak orang jadi peniaga

Anak kita jadi petani

Anak orang baju cap buaya

Anak kita baju guni

Anak orang bahagia

Anak kita suka pening

Jadi mangsa dadah ganja

Jadi mangsa budaya kuning

DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA

 

Anak orang pergi masjid

Anak kita duduk tepi jalan

Anak orang sibuk meratip

Anak kita sibuk....

Anak orang perangai baik

Aank kita serupa setan

Sibuk cari bala penyakit

Tak mahu fikir masa depan

DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA

 

Apa erti kemerdekaan

Bagi umat Melayu kita

Tak mahu terima perubahan

Anak cucu berputih mata

Orang lain dah rebut peluang

Biar kita tengok sahaja

Sedang masa tetap berjalan

Sesaat tak tunggu kita

DILEMA...DILEMA...DILEMA MELAYU KITA


Sunday, June 7, 2009

[FFCrew Event] Good Luck, peserta asas di ALor Gajah pada 3-6/6/09

 
Tahniah diucapkan kepada pelaajr yang bakal mengambil StPM daripada Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor (KPPMS)  yang telah berjaya mengharungi dugaan dan cabaran yang dalam kursus asas. 
 
Terutamanya, kepada group 8. Sy doakan anda semua mendapat keputusan yang cemerlang dalam StPM kelak. 
 

Tuesday, June 2, 2009

[FFCrew Picture] Picture worth thousand word

This picture, got thousand of meaning, from the parent to the children and the nature. If you can imagine, how disparate the malay in the 50-an era. There must go to work early morning for some food to their children.

Then, how about, children today? This is how this young children games, when they are free. For today generation, every seconds the time they spent in front of computer or PS.

Maybe, the hard live make them stronger..