Tuesday, June 9, 2009

Bersatulah......... Negaraku!!


 Mereka bertanya (dengan hairan): "Engkau
ini Yusufkah?" Dia menjawab: "Akulah Yusuf dan ini adikku (Bunyamin).
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada kami. Sebenarnya
sesiapa yang bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak
menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan



Surah Yusof ayat 90.


Dalam Al-Quran, selalu disebutkan supaya manusia sentiasa  berbuat baik sesama manusia. Kerana berbuat baik sesama manusia adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Manusia jika kita lihat bermusuhan antara satu sama lain dunia tidak akan menjadi aman dan damai.

Inilah akibat jika manusia itu tidak menghayati sejarah dalam kehidupan. Persengketaan kadangkala ia membawa kebaikan kepada diri kita, tetapi kadang-kadang persengketaan itu adalah untuk memecahbelahkan kita. Sesoerang pemimpin, perlu berusaha keras untuk mengekalkan kemakmuran dan keamanan sesebuah negara. Ini adalah kerana keamanan dan kemakmuran sesebuah bergantung juga kepada kebijaksanaan pergolakan dan ancaman sesebuah negara.

Konsep 1 Malaysia yang diamalkan di Malaysia adalah salah satu konsep yang perlu dihayati oleh Rakyat Malaysia. Kerana Malaysia adlaah sebuah negara yang berbilang kaum dan kehidupan dalam keadaan aman dan damai.


 

No comments: