Dalam Ekonomi, Integriti boleh diaplikasikan dengan kejujuran dalam perniagaan yang dijalankan. Semagat Integriti jika diamalkan oleh mereka yang berniaga akan menajadikan seseorang itu menjadi seorang peniaga yang dihormati oleh masyarakat. Peniaga yang jujur secara lazimnya tidak dipandang oleh masyarakat.
Sebagai contoh, jika pada hari kita pergi ke sebuah kedai untuk membeli sebuah barang yang murah, mungkin akan terlepas pandang apabila peniaga itu sebenarnya menipu kita dengan sebenarnya barang itu sebenarnya adalah barang yang jauh mahal daripada harga sebenar. Itu menyebabkan kurang kepercayaan kita kepada peniagaan itu.
Seseorang yang dikatakan yang jujur akan dipandang baik oleh masyarakat.
Organisasi
Bebas daripada politik wang? ataupun salah guna kuasa. Disinilah perlunya ada diterapkan oleh setiap pemimpin, baik pemimpin negara ataupun pemimpin persatuan-persatuan pelajar. Salahguna kuasa menampilkan personaliti pemimpin yang kurang bijak dan tidak mempunyai matlamat. Mengunakan kuasa yang diberikan kepada mereka bukan untuk tujuan sebenar. Sebagai contoh menjadi pemimpin sebuah organisasi, bukan untuk bersama kearah mencapai matlamat organisasi tersebut, tetapi untuk KEPENTINGAN untuk dirinya sendiri.
Tindakan seorang pemimpin sebegini bakal menghancurkan sesebuah organisasi. bahkan membuatkan masyarakat memandang serong dengan matalmat dan perjuang asal organisasi tersebut.
Pemimpin,
Pemimpin dalam konsep integriti ini perlu bersikap telus, telus dalam menjalankan tugas. Pemimpin perlu menerima segala teguran daripada masyarakat. Teguran yang berguna sebenarnya adalah menunjukan bahawa masyarakat sayang kepada kepimpinan tersebut dan ingin melihat perubahan keatas kepimpinan tersebut. Berani untuk bercakap benar, supaya setuap yang dikatakan tidak ada pertikaian. Jikalau yang dikatakan itu adalah satu kesilapan, pemimpin itu perlu perbetulkan. Seseorang pemimpin perlu sentiasa muhasabah dirinya kepada lebih baik setiap hari. Supaya masyarakat dapat menanamkan semangat kepercayaan yang tinggi terhadap kepimpinan pemimpin tersebut.
Sekaligus, konsep integriti ini sebenarnya dapat menghasikan kepercayaan masyarakat terhadap kepimpinan yang ada.
No comments:
Post a Comment