Tuesday, June 9, 2009

Plan Integriti Nasional

Adakah anda tahu wujudnya Pelan Integrasi Nasional ini? Jika saya katakan disini, bermakna ada lah apa yang dikatakan sebagai Pelan Integrasi Nasional (PIN). Soalan seterusnya saya ajukan kepada anda Kenapa adanya PIN ini? Dan Adakah ia sebenarnya mendatangkan kebaikan kepada kita sebagai warga MALAYSIA?

Sahabat sekalian,

PIN, fokus utamanya adalah untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Pelan ini membolehkan kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyulurh dan holistic dalam memberi panduan kepada setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti

Apakah Objektif PIN

1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;

2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.

3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;

4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan

5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

PIN dilaksanakan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) yang dikawal oleh sebuah Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan dianggotai oleh beberapa tokoh yang berwibawa dalam bidang masing-masing.

TEKAD 2008


TEKAD 2008 adalah sasaran yang telah dilaksanakan oleh kerjaan supaya PIN itu berjalan dan mencapai matlamatnya. Terdapat 5 sasaran dalam TEKAD 2008

Pertama, mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan, dan salahguna kuasa secara berkesan.

Kedua, meningkatkan kecekapan dalam system penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi

Ketika, meingkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan.

Keempat, memantapkan institusi keluarga.

Kelima, meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Justeru, kerajaan Malaysia amat mengambil berat tentang Integriti dalam pentadbiran dan masyarakat Malaysia kearah mewujudkan sebuah negara yang aman dan tulus.


Sumber

Pelan Integriti Nasional (Edisi Ringkas) Januari 2006

http://www.parlimen.gov.my/transfer/Ringkasan_Mengenai_Pelan_Integriti_Nasional.pdf

No comments: